53

57.3K 2.9K 1K
                                    

                     SELESAI menukar pakaian, Hana keluar daripada bilik air. Kain tuala dibiarkan berada di atas kepala. Langkahnya terhenti ditengah-tengah pintu, memandang Rayden yang duduk di atas birai katil sambil meneguk segelas air putih. Kelihatan wajah lelaki itu masih pucat kerana menangis. Matanya juga bertukar merah. Seram apabila dipandang tapi kadang kala ia kelihatan sedih dan menyakitkan. Tanpa menunggu masa lagi, Hana mengatur langkah ke arah suaminya.

Dia duduk melutut di atas lantai berhadapan dengan Rayden. Lelaki itu langsung tidak memandangnya, malah meneguk sekali lagi air putih itu. Melegakan sedikit tekaknya yang hampir kering. Perlahan-lahan Hana menggapai sebelah tangan Rayden. Dia memberanikan diri untuk mendongak menatap wajah lelaki itu dengan penuh sayu.

"Maafkan saya." rayu Hana, sebak. Hanya itu sahaja yang dia mampu ungkapkan. Dia tidak boleh memutarkan semula masa disaat bertemu dengan Rayden dan hidup bahagia. Semuanya telah berlalu, dan segala kenangan yang pernah terlakar juga tidak mampu dikembalikan semula.

"Maafkan saya sebab dah banyak lukakan hati awak. Saya tahu, maruah saya dah tak sama seperti dulu. Mana-mana lelaki yang jumpa saya, semuanya bekas pelanggan saya.  Kalau saya ditempat awak, mungkin saya pun akan rasa sakit tapi bukan ini yang saya nak selama ni. Kalau diberi peluang untuk saya putarkan masa, saya tak nak pun jumpa lelaki seperti Ziat. Saya hidup dalam terpaksa. Siapa sahaja yang ada waktu saya susah dulu? Sedangkan mak dan ayah saya sendiri langsung tak percayakan saya, macam mana saya nak bela maruah diri saya?" luah Hana.

"Tolonglah, bagi saya peluang... " rayu Hana. Dia mencium tangan suaminya. Menghambur tangisannya di situ. Malah Rayden langsung tidak bersuara. Dia mengetap bibir, menahan sebak.

"Awak hukumlah isteri awak yang jahil ni. Mungkin ini balasan saya sebab tinggalkan suami yang baik seperti awak. Saya redha... saya redha untuk terima segala balasan supaya saya juga turut rasa kesakitan yang awak alami selama ni. Ampunkan saya, awak..." rintih Hana lagi. Berjurai air matanya mengalir keluar. Dia tidak dapat mengawal perasaan yang melanda sekarang. Rasa kecewa, pedih semuanya bercampur kepada diri sendiri. Dia kesal dengan apa yang berlaku.

Rayden menggeleng kepala. Dia meletakkan semula gelas berisi air putih itu ke atas meja yang berada di sebelah. Perlahan-lahan dagu wanita itu ditarik mendongak memandang wajahnya. Air mata Hana diseka, lantas dahi wanita itu dikucupnya lama berserta air mata.

"Aku tak salahkan kau... " desis Rayden setelah dia kembali menarik wajah. Dia mencatumkan dahinya bersama dahi Hana. Kedua-dua belah tangan wanita itu digenggam erat.

"Tapi aku salahkan diri aku sebab tinggalkan kau. Aku tak sepatutnya ceraikan kau, Walaupun kau mendesak aku waktu itu. Tapi aku tak mampu Hana... perkataan cerai amat sakit untuk aku lafazkan pada kau sebab kau cinta pertama dan terakhir aku. Tapi aku bersyukur... sebab kau dah kembali pada aku. Biarpun hati aku sakit menunggu kau, aku tetap bahagia bila dapat jumpa kau semula. I really miss you bao bei... " luah Rayden. Sekali lagi dahi Hana dikucupnya. Lantas, bibirnya turun pula ke hidung, dan akhirnya melekap dibibir wanita itu. Hana langsung tidak membuat apa-apa. Malah membiarkan sahaja. Dia mengepal tangab sekuat yang mungkin. Mata juga dipejamnya erat.

Perlahan-lahan Rayden menarik kembali bibirnya. Wajah Hana diusap lembut. Mata mereka kini saling bertentangan. Kain tuala yang masih berada di atas kepala Hana ditarik turun ke bawah. Debaran jantung mula bertukar laju. Dapat dia melihat halkum lelaki itu yang bergerak-gerak menelan air liur. Dia juga turut terasa perasaan itu.

"No one can touch you except me. Will you?" soalnya, lembut. Hana terdiam tanpa sepatah kata. Dia tidak tahu ingin menjawab apa. Lantas Rayden bangun daripada tempatnya. Kedua-dua belah bahu Hana ditarik untuk berdiri daripada terus melutut di atas lantai. Perlahan-lahan tubuh Hana dibaringkan ke atas katil. Hana menelan air liur. Dia mula gugup tetapi cuba untuk menahan. Dia mencengkam hujung bajunya dengan erat.

Berderau darah Hana saat tubuh lelaki itu mula menghempapnya.  Rayden tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajah dengan wanita itu.

Ting! Tong!

Loceng bilik ditekan seseorang. Tersentak Hana dibuatnya. Perbuatan Rayden juga turut terhenti. Hana berpaling memandang ke arah pintu sebelum kembali memandang Rayden.

"Ad... Ada orang datanglah. Sa... Saya pergi buka pintu." pinta Hana. Dia lantas menolak tubuh Rayden ke tepi. Baru sahaja dia hendak bangun, tangan Hana sudah ditarik kembali jatuh ke atas badan lelaki itu. Hana terkejut. Membulat matanya memandang Rayden.

"Abaikan sahaja dia orang. Aku tahu siapa yang tekan loceng tu. Now, I will not let you go again." ucap Rayden. Dia tersenyum nakal.





                            “PELIKLAH, dia orang tak buka pintu pun? Selalunya buka." rungut Azim. Kazam mengangguk setuju. Pelik juga apabila pintu tidak terbuka. Tiada siapa pun pernah mengabaikan mereka selama ini tahu tak? Sekilas Kazam menunduk memandang ke arah rak kasut. Ada kasut Rayden dan Hana, tetapi mana orangnya?

"Dia orang dah tidur kot?" Kazam cuba untuk meneka.

"Tidur? Eh, dalam kamus Rayden tiada tidur awal tahu tak? Dia tu selalu tidur pukul 1 pagi, dua pagi! Kalau dia tu tidur awal tu bukan Rayden."

"Habis tu?"

"Raysha. Perempuankan selalu tidur awal?"

"Ya tak ya juga kan... " Kazam mengusap dagu. Dia bersandar pada dinding cuba untuk memikir lagi. Azim pula masih lagi tidak mengaku kalah menekan loceng buat kali kedua.

"Tak apalah, biar sajalah dia orang. Lebih baik kita pergi jalan-jalan, daripada tercegat depan pintu."

"Mana boleh! Tadi aku ada dengar bunyi benda jatuh dekat bilik Rayden. Aku risau kalau jadi benda bukan-bukan. Siapa lagi yang boleh selamatkan Rayden selain kita?"

"Alaaa... kau ni tak semestinya bunyi benda jatuh bermaksud ada benda teruk berlaku. Entah-entah... Rayden dengan Hana tengah main baling-baling kasut ke dekat dalam kita tahu apa? Jom lah kita pergi."

"arh! Aku takkan pergi selagi pintu tak terbuka." degus Azim. Dia memeluk tubuh. Tidak mahu bergenjak daripada situ. Kazam sudah menggeleng kepala.

"Ish, kau ni... jangan ganggu privasi oranglah! Manalah tahu diaorang tengah prepair calon isteri untuk anak Shark ke kau tahu apa? Cepatlah! Mari kita pergi daripada sini!"

"Tak nak!"

"Ish, jom lah!"

"Aduh!" Azim mengaduh sakit saat telinganya ditarik memaksa dia untuk mengekor Kazam pergi daripada situ. Azim mencebik bibir. Nak tak nak dia terpaksa aku. Tak apa, esok pagi aku akan terjah lagi bilik mereka.


Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu