11

44.2K 2.9K 590
                                    

                      DIA menarik senyuman sinis dibibir. Tak sangka Hana bakal terkejut melihat wajah sebenarnya. Kunci bilik diletakkan ke atas meja, sebelum dia mengatur setapak demi setapak mendekati Hana. Dia berhenti dihadapan wanita itu. Kedua-dua belah tangannnya diseluk ke dalam kocek seluar jeans. Gayanya seperti menanti wanita itu untuk bersuara terlebih dahulu. Lihat wajah Hana yang mula berkerut, pasti ada banyak soalan nak ditanyakan.

"Encik lagi?" soal Hana, bingung. Sebelah tangannya sudah memicit kepala.

"Kenapa? Kau fikir aku ada kembar dalam dunia ni?" balas Rayden, mengejek. Hana menjeling. Kepala digelengnya berkali-kali. Tak faham aku kenapa perlu setiap malam pelanggan yang sama?

"Encik nak apa sebenarnya? Tiap-tiap malam tempah saya tapi tak pernah nak sentuh pun. Jangan bazirkan duit boleh tak? Encik bukannya cuma bazir duit, tapi bazirkan masa saya!"

"Siapa aje yang akan sentuh perempuan kotor macam kau? Hmm?" soal Rayden dengan sindiran. Sebelah keningnya dijongket memandang Hana. Hana terdiam. Membulat matanya memandang muka bersahaja lelaki itu.

"Kau lagi murah daripada perempuan yang aku jual dekat sini. Harga tempah kau untuk satu malam pun cuma 100 ringgit. Pelanggan kau pun jenis mat rempit tepi jalan, isap dadah, and... suami orang? Sorrylah, aku tak minat dengan perempuan yang dah disentuh oleh lelaki kotor."

"Kalau macam tu kenapa tempah saya? Pergilah tempah perempuan mahal dekat luar sana! Kalau setakat nak hina saya macam ni, baik tak payah tempahlah!" herdik Hana, geram. Panas pula hatinya saat dihina begitu. Hana menggeleng kepala. Dia terus melangkah ingin keluar daripada bilik itu. Duduk dengan mamat ni pun bukannya buat apa-apa!

"Tunggu!" halang Rayden. Lengan Hana pantas dicengkamnya, lalu ditarik kembali ke belakang. Hana merengus geram. Terus tangan Rayden di tepisnya kasar. Kalau dah tahu kotor kenapa nak sentuh? Hana menjeling. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Dia berpaling ke arah lain. Malas hendak menatap muka kerek lelaki itu.

"Aku takkan sentuh kau sebab aku bukan dajjal macam suami kau." sinis Rayden. Jatuh rahang Hana mendengarnya. Dia pantas menoleh memandang Rayden.

"Excuse me?"

"Kau tak perlu nak bela suami kau. Dia pun sedang bermesra dengan perempuan lain sekarang. Buat penat kau layan jantan tak guna dekat sini, tapi suami kau pula tengah cuba nak bina rumahtangga dengan orang lain. Pelanggan kau malam ni pun sepatutnya bukan aku tapi..."

Rayden berjalan ke arah almari yang tidak jauh daripada situ. Pintu almari itu ditolaknya. Terbeliak biji mata Hana melihat 10 tubuh mayat lelaki jatuh serentak ke atas lantai. Pantas dia menekup mulutnya. Rasa mual pula dia melihat darah yang masih mengalir laju daripada kepala mayat itu. Rayden tersenyum sinis.

"Sepuluh lelaki untuk seorang perempuan. Itu gila namanya. Silap-silap kau cuma boleh mati sahaja layan nafsu syaitan supuluh jantan ni. Kau tahu berapa harga yang mereka bayar untuk kau?"

Hana menggeleng. Dia pun tidak tahu harga layanannya berapa untuk satu malam. Orang tua itu pun main sebat sahaja duit yang dia dapat!

"Mereka cuma bayar kau untuk dua ribu ringgit sahaja malam ni. Jadi aku gandakan lagi duit tu sampai tiga puluh ribu sebagai ganti aku beli kau malam ni dan seterusnya."

"Apa maksud encik?"

"Aku nak beli kau jadi baby sugar aku." balas Rayden,  berterus-terang. Hana terkejut.

"Baby sugar? Saya rasa encik ni dah gilalah. Saya akan minta Tuan Norman untuk pulangkan semula duit encik. Saya dah ada suami. Saya takkan jadi baby sugar pada sesiapa. Maaf." ujar Hana. Dia menggeleng kepala. Tanpa menunggu masa lagi dia kembali mengatur langkah ingin keluar mancari Tuan Norman.  Rayden menggeleng tidak setuju. Dia pantas berlari merampas kunci di atas meja. Hana tersentak. Dia mendongak memandang lelaki itu.

"Itu bukan suami itu syaitan!"

"Habis apa bezanya dia dengan encik? Dua-dua sama sahaja. Ambil saya semata-mata untuk puaskan nafsu."

"Sekurang-kurangnya aku beli kau hanya untuk aku seorang." cantas Rayden. Hana terdiam.

"Selepas ni ramai lagi jantan yang dekat luar sana bakal tempah kau. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite. Suami kau takkan bawa kau ke jalan syurga, malah dia akan heret kau ke neraka. Mana ada syaitan yang akan bimbing manusia ke syurga. Jangan jadi isteri yang bodoh."

"Saya bukan isteri yang bodoh, tapi saya dah diperbodohkan. Saya dah kotor, masa depan saya dah hancur. Tak guna pun kalau encik bawa saya lari daripada dunia suami saya sebab pengakhirannya tetap akan sama. Saya akan jadi pemuas nafsu lelaki sampai saya mati. Kalau encik nak seorang perempuan untuk layan encik 24 jam, itu bukan saya. Encik boleh beli perempuan lain dekat luar sana. Saya cuma diibaratkan macam barang borong sahaja. Please, lepaskan saya. Saya nak balik. Suami saya akan pulang dalam pukul 1 pagi. Saya tak nak dia tunggu saya." ujar Hana dan merayu untuk dilepaskan. Dia menghulurkan tapak tangannya menanti kunci yang berada dalam genggaman lelaki itu. Rayden mengetap bibirnya geram. Kenapa susah sangat perempuan ni nak faham?

Rayden mengangguk kepala.

"Boleh. Tapi... " dia melemparkan senyuman lebar. Matanya bersinar membawa maksud sesuatu yang tersirat. Kunci itu dilepas jatuh ke atas lantai. Kening Hana berkerut pelik. Dia menunduk memandang kunci itu dan kembali mendongak memandang Rayden. Terkejut Hana dibuatnya saat tubuhnya diangkat lalu dicampakkan ke atas katil. Beg galasnya spontan dilepaskan. Hana mula berasa ketakutan. Gerun dia melihat lelaki itu mula merangkak di atas katil. Dia pula sudah berundur ke belakang. Tubuh Hana terus dihempap oleh batang tubuh sasa lelaki itu. Membulat mata Hana memandang wajah Rayden yang betul-betul rapat dengannya. Deruan nafas hangat lelaki itu terasa di wajahnya. Dia cuba untuk menolak dada lelaki itu, malangnya kedua belah tangan Hana sudah dikunci dengan genggaman yang kuat.

Hana telan air liur. Tubuhnya mula menggigil ketakutan. Perlahan-lahan tangan kasar lelaki itu menyentuh lembut bibirnya. Mata hazel itu pula hanya tertumpu merenung mata wanita itu.

"Aku boleh lepaskan kau pada suami tapi kau kena bayar tiga puluh ribu aku dengan layanan kau. 100 ringgit untuk satu malam, jadi kau kena layan aku lebih daripada satu malam. Kau sanggup?"

"Saya dah cakap saya akan minta Tuan Norman untuk pulangkan."

"Orang tua tu takkan pulangkan duit aku. Siapa yang sanggup pulangkan semula duit yang dia dah dapat? Jadi malam ni... kau sepenuhnya milik aku. Mayat-mayat dalam bilik ni cuma jadi saksi untuk malam kita. Ingat perempuan... aku Rayden. Aku takkan lepaskan apa yang aku nak dan sekarang aku nak kau. Boleh?"

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now