4

54.8K 3.3K 1.6K
                                    

                      TUDUNG hoodie dijatuhkan ke bawah. Dia meletakkan rantai naga itu ke atas meja. Rantai yang membawa maksud kepada gelarannya dan juga lambang sejati dia kepada uncle Chong. Sesekali tangannya menggosok-gosok lehernya yang terasa lenguh sebelum memusing memandang Hana. 

Eh?

Rayden agak sedikit tersentak saat gadis itu berdiri dibelakangnya. Mujur dia sempat memberhentikan langkah sebelum melanggar tubuh Hana. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.

"Kau kenapa berdiri tercegat dekat sini?" soal Rayden, dingin. Keningnya bertaut pelik memandang gadis itu. Malah Hana hanya mengukir senyuman kecil dibibirnya. Kedua belah tangannya naik membuka zip pada hoodie lelaki itu. Pantas tangan Rayden menggenggam tangan Hana, menghentikan perbuatan itu.

"Apa kau buat ni?"

"Saya nak layan enciklah. Encik kan dah beli saya tadi? Satu ribu?"

Rayden mengeluh kecil. Dia menjuling anak matanya ke atas membuat mimik wajah muak. 'Lain niat aku, lain pula yang difaham gadis ini'.  Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan Hana. Tangan Hana diturunkan ke bawah.

"I just want to save you, not for this." ujar Rayden, separuh berbisik. Dia melepaskan tangan Hana, lantas mengatur langkah ke arah birai katil.
Hana pula masih lagi tercegat disitu. Matanya terkebil-kebil daripada tadi, tidak faham. Dia memusing memandang Rayden yang sudah merebahkan diri diatas katil.

"Untuk apa encik selamatkan saya?" soal Hana, pelik. Tak pernah lagi sebelum ini ada orang menempah ku hanya untuk menyelamatkan diri aku daripada Ziat.  Kalau hanya sekadar memuaskan nafsu lelaki itu yalah aku dah biasa.

"Haih, kau ni... jangan buat lawak boleh tak?"

"Bila masa saya buat lawak? Saya betul-betul tak faham kenapa encik tempah saya walaupun encik tak perlu layanan daripada saya? Habis duit satu ribu tadi untuk apa?"

Rayden memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Perempuan ni ada penyakit mental ke apa? Sudah terang lagi bersuluh mamat itu pukul dia bagai nak mati, takkan tak boleh nak tangkap lagi?

"Aku tak nak kau kena pukul dengan bos kaulah sebab itu aku beli kau malam ni. Kalau tidak, engkau tu dah lama mati dekat belakang lorong club casino aku tu." degus Rayden, geram. Karang kalau ada kes kematian dibelakang club casinonya tak fasal-fasal pula ditutup untuk kes siasatan. Kalau tidak, tak adalah dia bazirkan seribu ringgit hanya kerana gadis itu.  Rayden menjeling. Anak matanya ditebarkan ke arah televisyen yang menayangkan saluran berita tv3.

Hana masih lagi bingung. Dia berjalan beberapa tapak mendekati lelaki itu.

"Bos? Siapa bos?" tanya Hana, lagi.

"Syhh!" Rayden meletakkan jari dibibirnya menyuruh gadis itu mengunci mulutnya buat beberapa minit. Dia kembali mengalihkan anak matanya kearah televisyen. Kelihatan seperti ada tiga orang polis sedang menutup mayat yang dijumpai mereka pagi tadi dipaparkan disaluran berita. Rayden terpempan sejenak.

“Seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai ahli kongsi gelap 306 dibunuh dengan 9 tikaman dileher dan dibadan. Mangsa ditemui kira-kira pukul 11 pagi,  dikawasan semak samun disekitar jalan... "

Tut!
Saluran televisyen ditutupnya menggunakan rimut kawalan jauh. Dia bingkas bangun daripada katil berjalan ke arah bilik air. Kepala paip dipulasnya, mengeluar cecair jernih dengan perlahan. Dia menadah kedua belah tapak tangannya, lalu disapukan pada wajahnya beberapa kali.

Haaa...

Rayden menghembus nafas kecil. Dia mengatup rapat matanya buat beberapa minit lalu dibuka semula. Kedua belah tangannya ditongkat pada singki. Dia mendongak memandang cermin dihadapan yang memantulkan wajahnya sendiri. 'Apa aku dah buat ni... '

"Encik tak apa-apa?" Hana menegur daripada luar bilik air. Pelik apabila melihat Rayden tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik air selepas melihat berita yang ditayangkan beberapa minit tadi.

Malah Rayden menggeleng kepala. Dia mencapai kain tuala kecil yang berada disitu, lalu mengelap wajahnya yang basah.

"Tak ada apa-apa." balas Rayden, ringkas. Dia mencampakkan sahaja kain tuala itu ke dalam singki, lantas berjalan keluar daripada bilik air semula. Sekotak rokok yang berada diatas meja dicapainya, lalu dikeluarkan sebatang.

"Mamat tadi bukan bos kau ke?" soal Rayden, tanpa menoleh memandang Hana. Segera dia mencari topik untuk melupakan tentang hal tadi.  Pemetik api dipetiknya mengeluarkan api kecil lalu dicucuh pada rokoknya lantas dihisap. Asap berkepul-kepul keluar daripada hidung dan mulutnya serentak.

"Haah, dia bukan bos saya."

"Habis? Kenapa kau ikut cakap dia?"

"Sebab dia suami saya."  jawab Hana, jujur. Rayden terkedu sejenak. Dia menjauhkan rokok itu daripada bibirnya sebelum memusing memandang Hana.

"Suami?"

Hana mengangguk kepala.

"Habis kalau dia suami kau kenapa dia... " kata-kata Rayden terhenti disitu. Dia agak terkejut apabila mengetahui lelaki itu adalah suami kepada Hana. Sedangkan rakannya Shark yang memegang nama ketua gangster pun tidak sanggup menggadaikan isteri sendiri pada kuncu-kuncunya, inikan pula seorang suami yang biasa.

Seriuslah?

"Habis anak kau macam mana? Dia tahu ke kau buat kerja ni dengan suami kau?"

"Errr...  Kita orang tak ada anak. Kalau ada pun, dah digugurkan. Suami saya yang suruh, saya cuma ikut sahaja." ujar Hana, berterus-terang. Dia langsung tidak malu mengaku begitu. Lagipun, lama juga dia melakukan kerja-kerja seperti ini. Selama dia berkahwin dengan Ziat, satu cahaya mata pun tiada. Setiap kali dia mengandung, pasti Ziat bakal memaksanya untuk menelan abortion pill. Ubat gugur kandungan.

Lidah Rayden terkelu. Dia tidak tahu ingin berkata apa. Kalau aku kejam, suami dia lagi kejam!

"Habis? Kau langsung tak bantah?"

"Mana boleh bantah. Dia suami saya. Kalau saya tak buat macam tu nanti suami saya akan marah. Saya tak naklah jadi isteri yang nusyuz."

"Tapi itu bukan suami. Seorang suami takkan buat isteri dia merana."

"Siapa kata saya merana? Saya buat semua ni ikhlas. Saya cuma nak bantu suami saya. Saya tahu dia tiada duit. Apa salahnya kalau saya bantu?" suara Hana mula meninggi. Tiba-tiba sahaja kata aku merana, bila masa aku merana? Semua yang aku buat ini adalah untuk Ziat. Aku takkan merana selagi arahan ini keluar daripada mulut Ziat.

"Something wrong with you. Aku tak pernah lagi jumpa isteri yang macam kau. Taat sampai lupa diri sendiri."

"Bila masa saya lupa diri sendiri? Encik jangan cakap sebarangan ya. Saya isteri, jadi saya kena taat pada suami saya! Kalau tiada dia, saya takkan nampak syurga depan saya."

"Aku bukan orang beragama, tapi aku tahu Tuhan takkan sekejam ini. Sesyaitan aku, aku tak pernah bunuh orang yang baik. Tapi kau? Kau bukan Mafia, kau bukan orang jahat tapi kau seorang isteri dan seorang ibu. Apa yang kau buat adalah bunuh anak kau sendiri."

"Saya tak bunuh anak saya! Mereka semua akan masuk syurga juga. Saya sahaja yang takkan masuk syurga kalau ingkar arahan suami. Encik kalau tempah saya semata-mata untuk cakap macam ini, baik tak payahlah. Saya lebih rela kena pukul dengan Ziat, asalkan saya tak jadi isteri yang derhaka!" bentak Hana, geram. Turun naik nafasnya menahan amarah. Panas pula apabila tiba-tiba sahaja lelaki itu ingin mengaitkan dirinya dengan seorang pembunuh. Apa yang aku buat hanya untuk suami, bukannya saja-saja!

Hana menjeling. Dia terus melangkah keluar daripada bilik itu. Namun, Rayden lebih pantas menangkap tangan Hana. Hana tersentak. Dia memusing memandang lelaki itu dengan wajah tidak puas hati. Sesekali dia cuba untuk merentap tangan Rayden, namun gagal.

"Kau takkan ke syurga selagi kau dalam jagaan syaitan."

"Ziat bukan syaitan. Encik yang syaitan! Lepas!" terus tangan Rayden direntapnya kasar. Dia lantas menyambung langkah pergi daripada bilik itu meninggalkan Rayden seorang diri.


Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now