44

36.3K 2.7K 535
                                    

                   EXCUSE ME, mr. Did you see a woman with gold Cheongsam here?" tegur Ziat kepada orang asing yang lalu lalang disekitar kawasan koridor itu. Namun mereka menggeleng kepala tanda tidak tahu. Kening Ziat bertaut pelik. Kepalanya yang tidak gatal digaru buat seketika. Ke mana pula si Rose ni pergi? Majlis pun dah nak tutup tetapi kelibat dia pula langsung tidak muncul. Dia mengeluh kecil.

"It's okay. Thank you." ucap Ziat, sebelum dia meneruskan langkahnya ke hadapan. Anak matanya tak henti melilau memandang sekeliling kawasan yang mula berubah suram. Lampu-lampu neon yang dipasang pada patung naga serta tanglong merah yang digantung juga sudah dimatikan. Pekerja-pekerja yang menganjurkan majlis itu semuanya sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah masing-masing. Ziat berhenti dihadapan bilik persalinan. Telefon canggih dikeluarkan daripada kocek seluarnya lantas dia terus menghubungi Rose entah ke berapa kali.

Tidak dijawab.

Ziat merengus geram. "Mana pula minah ni pergi? Karang aku balik aje ke hotel baru padan muka! Dah aku call jawab sajalah, heh!" bebel Ziat. Sekali lagi dia cuba menghubungi Rose.

Tetap panggilannya tidak dijawab. Ziat mengeluh. Dia kembali menyimpan telefon canggihnya ke dalam kocek seluar. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. "Telefon dia habis bateri ke ek? Entah-entah dia dah pergi dahulu sebelum aku? Si Rose ni memang nak kenalah..." gumam Ziat seorang diri. Dia menggeleng kepala. Tanpa menunggu masa dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ.

"Ermmm!!"

Langkah Ziat spontan terhenti. Keningnya berkerut pelik. Dia terus memusing ke belakang. "Bunyi apa tu?" soal Ziat, anak matanya melilau memandang sekeliling kawasan yang kosong dan sepi tiada orang.

"Errmmm!"

Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Anak mata ziat terus beralih ke arah bilik stor yang berada tidak jauh daripada situ. Tak silap, bunyi suara itu datang daripada sana. Tanpa membuang masa dia lantas mengatur langkah ke arah bilik stor itu. Dia melekapkan telinga pada deduan pintu cuba untuk mendengarnya dengan lebih teliti.

"Ermmm!!"

Sah. Bunyi itu datang daripada bilik ini. Lantas tombol pintu itu dipulasnya lalu dikuak daripada luar. Membuntang mata Ziat melihat wanita yang diikat dengan kain langsir lama pada kaki serta kedua-dua belah tangannya yang disilang ke belakang. Manakala kepala wanita itu pula ditutup dengan bakul tong sampah. Dia mengecilkan sedikit mata memerhatikan baju yang dikenakan pada wanita itu. Cheongsam berwarna emas. Takkanlah Rose?

"Rose?" cepat-cepat Ziat berlari masuk ke dalam bilik stor itu. Tong sampah yang disarung pada kepala wanita itu ditariknya. Terkejut Ziat apabila tekaannya tadi betul. Lekas dia membuka ikatan pada mulut Rose. Tercungap-cungap nafas Rose dibuatnya. Lega sedikit dia  dapat bernafas. Rambutnya yang tadi rapi kini sudah bertukar serabai. Solekan dimuka juga habis cair disebabkan suhu bilik yang terlampau panas.

"Macam mana you boleh ada dekat sini? Siapa yang ikat you?" soal Ziat, curiga.

"Siapa lagi kalau bukan suami 'bekas isteri' tak guna you tu! Nasib baik you cepat, kalau tak I dah lama mati hidu bau tong sampah busuk tu!" bentak Rose, tidak puas hati.

Kening Ziat berkerut pelik. "Suami bekas isteri? Rayden ke?"

"Yalah! Siapa lagi? Hei, dia tu memang buta ek? Perempuan yang selekeh tu juga yang nak dibelanya. Ish, kalau I tahu nasib I macam ni... I akan tolak sahaja Hana jatuh atas pentas tadi. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!"

"I dah cakap dekat you kan, Rose...  suami Hana tu takkan tergoda dengan you. Memang daripada dulu lagi dia memang cintakan Hana. Kalau tidak, tak adalah dia kutip balik si Hana tu. Sudahlah... baik you batalkan sajalah plan untuk pikat Rayden sebab benda tu takkan terjadi."

"No! I tetap dengan plan I. You cakap you nak kaya, kan? Jadi ikut cakap I. Sudah! Buka kain langsir ni cepat. I dah tak tahan dengan bau hapak kain ni!" degus Rose. Ziat mengeluh.

"Yalah... yalah... " ikatan pada tangan dan kaki wanita itu dibuka Ziat satu persatu. Setelah ikatan terlerai, Rose terus bangun daripada situ. Dia merapikan sedikit rambutnya yang serabai. Sesekali dia cuba untuk menghidu bau baju Cheongsam yang dipakai. Rose buat-buat hendak muntah. Rasa mual pula apabila bau baju sendiri. Ergh! Busuk dengan bau sampah. Kurang ajar punya Rayden!












                             

                              KAD butik itu ditatap Hana, lama. Kotak fikirannya mula memainkan semula kata-kata wanita cina tadi di bilik persalinan. Katanya, Ziat dahulu pernah ganggu aku sehingga berhenti kerja. Tapi kalau aku berhenti kerja disebabkan Ziat, bagaimana aku boleh pilih untuk berkahwin dengan dia? Takkan punca penceraian aku dan Rayden disebabkan aku cintakan orang yang aku tidak suka? Hana mula berfikir.

KTAK!

Kedengaran tombol pintu dipulas seseorang terus mematikan lamunan Hana. Cepat-cepat dia menyorokkan kad itu ke dalam beg tangannya semula. Hana terus bangun buat-buat seperti membetulkan cadar katil. Rayden kembali menutup pintu itu sebelum berjalan ke arah ruang bilik. Beg plastik berisi bungkusan mee goreng diletakkan ke atas meja.

Hana memusing ke belakang setelah selesai mengemas katil. Secarik senyuman dilemparkan ke arah Rayden. "Baru balik?"

"Dah tu Siapa dekat depan kau ni? Roh?" soal Rayden, menyindir. Hana mencebik bibir. Entah mengapa dalam banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang terpacul keluar daripada mulut aku. Hana berjalan beberapa tapak mendekati Rayden.

"Err... Awak. Terima kasih ek sebab awak tolong saya dekat pentas tadi." ucap Hana. Dia masih lagi rasa terhutang budi dengan Rayden. Kalau tiada lelaki itu, apalah nasibnya di atas pentas tadi. Pasti dimalukan cukup-cukup!

Rayden mengangguk perlahan. Butang baju kemejanya dibuka satu per satu, lalu digantikan pula dengan baju T berwarna putih. "Takkan terima kasih sahaja?" soal Rayden. Dia menjongket kening memandang Hana.

Kening Hana berkerut. "Habis tu?"

"Aku buka baju depan orang ramai. Maknanya aku dah buka maruah aku.   Jadi takkan kau balas dengan terima kasih sahaja?"

"Tapi aurat lelaki pusat sampai ke lutut sahaja."

"Tapi aku special." cantas Rayden laju. Makin berkerut kening Hana memandang Rayden. Apa yang specialnya? Setakat cacah tatoo dibahagian lengan takkan itu dipanggil special? Makin pelik pula perangai Rayden sejak kebelakangan ni. Semuanya bermula daripada balik dari rumah keluarga Shark. Haih, pelik betul!

Rayden tersenyum sinis. Dia berjalan beberapa tapak mendekati Hana. Terus pinggang Hana dirangkul, membuatkan tubuh wanita itu terdorong ke arahnya. Tanpa sengaja kedua-dua belah tangan Hana melekap di dada lelaki itu. Hana tersentak. Cepat-cepat dia menarik tangannya ke bawah. Anak matanya membulat merenung sepasang mata hazel milik Rayden.

GULP!

Air liur ditelannya Hana kesat. Debaran jantung mula berubah laju. "Aku cuma nak kau tahu satu benda sahaja Hana. Aku tak pernah jijik dengan kau." ujar Rayden. Kali ini suaranya agak berubah lain sedikit. Tidak sekeras dan dingin seperti biasa. Perlahan-lahan sebelah tangannya naik menyentuh bibir wanita itu. Makin kuat debaran jantung Hana dibuatnya. Semakin lama wajah lelaki itu mula dekat. Dekat. Makin dekat dan...

Ting! Tong!

"Pesanan Domino's!" celah suara itu terus mematikan perbuatan Rayden. Dia kembali menarik tubuhnya jauh daripada Hana. Hana menghembus nafas lega. Sebelah tangannya mengurut dada. Fuh! Bergetar tulang rusuk!

"Kau ada oder pizza ke?" soal Rayden. Hana menggeleng kepala. Rasanya dia tidak membuat pesanan apa-apa pun tadi kecuali pada Rayden. Itu pun hanya pesan sebungkus mee goreng. Kening Rayden bertaut pelik.

"Habis siapa oder pizza?"


Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now