"You ingat I ini budak kecil ke?" Kata Farisya sarkastik.

"Farisya." Seru Daylon menahan Farisya terus melangkah.

Lantas Farisya berpaling memandang Daylon dengan kehairanan. Reaksi wajah Daylon dipandang pelik oleh Farisya. Pandangan itu lebih nampak serius berbeza dengan tadi lebih nampak santai dan bermain-main.

'Kenapa aku rasa tak sedap hati ini.' Detik hati Farisya.

"Kenapa you berhenti dekat tengah sini? Ada yang tak-" Farisya cuba menampilkan lagak biasa. Namun kata-katanya pantas dipotong.

"Walau apa pun yang terjadi. You mesti kena percayakan sepupu I itu. Sebab I letakkan kepercayaan yang tinggi ada you." Beritahu Daylon dengan nada serius.

Farisya diam dan membalas pandangan tajam Daylon. Tidak pernah dia melihat Daylon berkeadaan serius begitu.

"Apa maksud you? Semestinya I percayakan Xavier tak kira apa yang terjadi sekali pun." Balas Farisya tegas.

Malangnya, masih dia tidak dapat menangkap maksud tujuan yang ingin disampaikan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena malah hati merasakan hal ini memang kaitan dengan Xavier.

Manakala Daylon memberikan senyuman senget. Kemudian kedua tangannya dimasukan ke dalam poket sebelum membuka langkah.

"I pegang kata-kata you, Farisya." Ujar Daylon saat melepasi Farisya.

"Ini motif you datang jumpa jumpa I? Kenapa you nak mempertikaikan kepercayaan I pada Xavier? Apa maksud you dengan 'apa yang terjadi' sebenar?" Soal Farisya bertubi-tubi. Dia tidak berpuas hati dengan tindakkan yang tidak jelas Daylon kepadanya.

"Sampai masanya you akan nampak perkara yang tidak sepatutnya you nampak." Kata-kata kiasan Daylon berikan. Masih tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan hati Farisya.

Farisya terus membisu dan tiada tanda-tanda bahawa dia mahu berkata lagi. Manakala Daylon terus meninggalkan Farisya yang masih berdiri terpaku.

'Apa yang Daylon cuba nak sampaikan sebenarnya? Apa motif dia bagi aku amaran?' Hatinya berperang cuba mencari jawapan.

Farisya turut merasakan kepercayaannya seperti bakal diancam sesuatu. Nafas dihela keluar perlahan. Dia cuba untuk menenangkan kegusaran hatinya daripada bercelaru. Tanpa membuang masa Farisya menyambung langkah.

'Walau macam mana pun aku tetap percayakan Xavier. Sebab dia-' Tangan kanannya diletakkan pada dadanya. Seraya itu senyuman kecil turut terukir pada bibirnya.

Segala kebaikan dan keikhlasan Xavier padanya mula terlayar pada mindahnya. Tidak mungkin dia mampu untuk membalas kebaikan Xavier pada dirinya. Farisya yakin pada dirinya dan cuba membuang amaran Daylon tadi.

---------------------------

Terasa bahang apabila membuka pintu kaca ketuhar. Tidak membuang masa dulang aluminium yang panas segera dikeluarkan daripada ketuhar. Walau sarung tangan ketuhar sudah cukup tebal tetap masih terasa bahang.

Farisya membiarkan dulang biskut yang masih panas disejukkan dahulu sebelum dia memindahkan ke dalam bekas. Bahan adunan yang masih lagi berbaki pembantu dapur ligat memasukkan ke dalam dulang cetak.

"Wah! Sedapnya rasa. Memang cukup rasa bahan biskut ini. Langsung tak ada kurangnya." Puji Kimberlyn tanpa selindung.

"Betul. Memang sedap rasanya. Puan memang pandai buat biskut bourbon." Ujar Maya seorang pembantu sambil menyapu cream di tengah biskut.

"T-terima kasih. Rasanya tadi main campak-campak saja bahan yang ada." Kepala yang tidak gatal digarunya. Sungguh kekok apabila dipuji secara terang-terangan.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now