1

79K 3.5K 2.5K
                                    

                     KUNCI kereta dicampakkan keatas meja. Rayden terus merebahkan tubuhnya keatas sofa panjang yang berada diruang tamu. Kedua belah kakinya dilunjurkan ke hadapan. Bunyi air kolam ikan yang mengalir tenang membuatkan hatinya juga turut melayan ketenangan.

Tanpa sedar matanya sudah terpejam. Riak wajahnya jelas menunjukkan keletihan. Dengkuran halus mula kedengaran perlahan. Akhirnya dia dapat juga merehatkan diri buat seketika.

Terasa seperti ada tangan yang beraba-raba butang bajunya untuk dibuka. Dia kembali membuka kelopak mata.

"Lio!"

Pantas Rayden bangun daripada sofa. Tangan wanita berdarah kacukan cina itu ditepisnya. Itulah Lio, anak kepada Tuan Seng dan Puan Yong. Dia adalah keluarga yang paling rapat dengan uncle Chong aku.

"Lio mahu buat apa ni?" soal Rayden, dingin. Tangannya kembali mencantumkan butang bajunya yang sudah terbuka.

Lio mengeluh. "Alaa, Long ni...  Lio cuma bukakan baju sahaja. Bukannya nak ambil kesempatan pun." rungut Lio. Dia memang biasa menggelarkan Rayden adalah long yang bererti naga.

Rayden menjeling. "Sudahlah Lio. Jangan ganggu Long lagi. Long nak rehat, Long penat."

"Sikit-sikit penat, Sikit-sikit nak rehat. Sejak-sejak Shark dah berubah, Long pun dah lain! Long jangan cakap dengan Lio yang Long nak berubah juga kalau tidak Lio akan bagitahu Uncle Chong!" ugut Lio.

Kening Rayden bertaut pelik.

"Apa Lio merepek ni? Long akan tetapi jadi Long. Takkan berubah jadi orang lain. Lagipun dunia ni dah sebati dengan hidup Long. Long bukan macam Shark."

"Heh, bukan macam Shark konon... habis ke mana Long semalam? Kenapa tak balik rumah? Long tahu tak Lio tunggu Long daripada pukul 8 malam sehingga pukul 2 pagi!"

"Long pergi hotellah. Lio macamlah tak kenal uncle Chong macam mana? Setiap kali Long buat kerja, pasti dia akan tempah perempuan untuk layan Long." ujar Rayden.

Lio menjeling. Ada sahaja alasan tak balik ke rumah semalam! Lio mencebik bibir. Dia berjalan menghampiri Rayden. Kadang kala apa yang Rayden katakan itu benar juga. Uncle Chong memang selalu  menempah wanita untuk Rayden setiap kali dia dapat menumpaskan musuh.

Lio tersenyum nipis. Kedua belah tangannya naik meraba kolar baju lelaki itu dengan lirik mata yang menggoda.

"Long mesti tak puaskan semalam?"

"Apa ni Lio... " Rayden menolak perlahan tangan wanita itu. Lio mengetap bibirnya, geram.

"Long tak buat apa-apa pun semalam. Long cuma rehat dekat hotel itu. Sekarang ni pun Long masih penat. Tolonglah... jangan ganggu Long sekarang."

"Ish, asyik penat, penat, penat! Suka hati Longlah!" bentak Lio, geram. Dia terus menghentak kaki pergi daripada situ meninggalkan Rayden. Malah Rayden sedikit pun tisak kesah.  Apa yang dia tahu sekarang, dia mahu rehat. Nak merajuk ke, nak berguling sampai masuk kolam ikan pun lantaklah.










                    
                             DUA cawan teh diletakkan diatas meja. Hana menarik kerusi dihadapan Puan Hajah, lalu melabuh punggung disitu. Kedua-dua wajah orang tuanya dipandang silih berganti dengan lemparan senyuman manis.

"Jemputlah minum mak dan ayah." pelawa Hana. Dia menolak cawan teh itu kearah puan Hajah.

Puan Hajah menjuling anak matanya keatas dengan membuat mimik wajah muak. Cawan teh itu kembali ditolaknya kearah Hana.

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now