AM 50

2.2K 73 28
                                    


Hi!❤
Seperti yang dijanjikan, update untuk korang. Always stay tuned, stay safe and stay be my cute readers!

Enjoy!

***

ROSSAMARY Albert menepuk-nepuk kedua tangannya untuk menghilangkan debu. Joshua Pan disebelahnya hanya memandang secara senyap-senyap.

"Tidak pernah tengok perempuan tepuk tangan ke?" perli Rossamary Albert. Anak matanya terus menikam pantas kedua-dua anak mata Joshua Pan.

"Ehem!" Joshua Pan tersedar dan berdehem kuat menelan air liur.

"Jomlah. Quzyairi tunggu diatas tu," nada suaranya tegas sahaja kedengaran. Dia terus melangkah pergi. Beberapa pengawal yang sudah rebah menghalang jalannya, dilangkah begitu sahaja.

Rossamary Albert sudah tersenyum senget. "Oh boy, you're not good at hiding feelings."

"Rossamary Albert! Come here faster please!," jerit Joshua Pan lantang.

Rossamary Albert terus tersedar dan berlari anak mendekati Joshua Pan yang sudah jauh di hadapan. Sempat dia menoleh ke belakang, melihat pengawal yang rebah diatas lantai.

Mana tahu ada yang berpura-pura meninggal.

"Keep walking, Rossa." Joshua Pan sempat menoleh sekilas ke arah gadis dibelakangnya.

Gadis pujaan.

Rossamary Albert yang mendengar apa yang dikatakan Joshua Pan terus menjelingkan matanya.

"Annoying ugh," gumam Rossamary Albert dan terus mengikut langkah Joshua Pan dihadapannya.

***

QUZYAIRI Qaiqusydan menyandar pada dinding yang sudah buruk dan lama. Rupa macam bukan dinding tapi tar jalan berlubang.

Matanya meliar ke sekeliling kawasan, clear. Tiada sesiapa.

Dia mula menarik nafas yang dalam. Bersedia untuk masuk ke dalam. Dia pasti, isterinya ada di dalam.

Wajah Anggun Madeannah mula terlayar dalam fikirannya.

"Beberapa lang-"

"TIADA MAAF BAGI KAU!"

Ayatnya terpotong dan matanya terbuka luas. Suara lantang menarik perhatiannya. Dalam fikirannya sekarang hanyalah Anggun Madeannah.

Quzyairi Qaiqusydan terus menolak pintu dengan perlahan dan berhati-hati. Firasat hatinya memberitahu pasti ada sesuatu yang berlaku. Dia perlu tahu dahulu sebelum bertindak.

Matanya meliar ke dalam. Figura pertama yang dilihatnya ialah anak kecil yang terbaring lemah di atas lantai penuh dengan percikan darah serta figura seorang lelaki matanya terbuka luas tidak berkelip.

"TIADA MAAF BAGI KAU!"

Sekali lagi suara lantang menerpah gegemdang telinga Quzyairi Qaiqusydan, tetapi dia masih beli nampak figura itu.

Dua anak matanya tertumpuh pada dua figura anak kecil yang terikat sambil menyamdar di dinding. Kelihatan mengigil ketakutan.

"Where are you sayang?" Gumam Quzyairi Qaiqusydan.

"TIADA MAAF BAGI KAU!"

Kali ketiga, Quzyairi Qaiqusydan mendengat jeritan itu. Dirinya terus masuk sepenuhnya ke dalam ruang gelap yang hanya bercahayakan beberapa buah lilin di sudut dinding.

Terpampang figura Anggun Madeannah yang sedang berdiri sambil mengenggam ketat rantai besi di kedua-dua tangannya. Wajahnya penuh amarah masih terlihat walaupun terlindung sedikit dengan rambutnya yang serabai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now