A M 6

1.1K 55 3
                                    

TOK! tok!

"Cik Anggun? Cik Anggun!" Suara jeritan Mak Jana diluar biliknya kedengaran sehingga ke closet room dimana Anggun Madeannah sedang mengemaskan pakaian.

Lantas Anggun Madeannah berdiri dari bersipu dilantai dan berlari kecil. Pintu dibuka. Wajah cemas Mak Jana membuatkan Anggun Madeannah berasa tidak sedap hati.

"Ya, Mak Jana? Kenapa. Kenapa ni?" Soal Anggun Madeannah sambil melihat Mak Jana sudah memegang lengannya yang sedang mengigil.

" Cik Anggun. Pak..Pak Guard...Pak Guard Asim cedera" beritahu Mak Jana sedikit tergagap mungkin berasa takut dan risau

Anggun Madeannah terkejut terus menarik lengan Mak Jana sekali untuk turun melihat Pak Guard Asim.

Mereka berdua terus ke ruang tamu apabila Mak Jana kata Pak Atob sudah membantu Pak Guard Asim ke ruang tamu.

"Telefon doktor peribadi saya, Mak Timah. Cepat!" Beritahu Anggun Madeannah lalu mendekati Pak Guard Asim yang terbaring lemah sambil menutup luka yang sudah berdarah dibahunya dengan tapak tangan.

"Pak Asim. Apa yang berlaku?" Soal Anggun Madeaanah lalu melutut depan Pak Asim ingin melihat luka. Nampak luka ini kesan tikaman pisau.

"Ketika Pak Asim..."

Pak Asim sedang duduk di dalam pondok sambil membaca surat khabar. Malam ini seperti malam malam lain dia akan bekerja sebagai sekuriti dirumah Keluarga Arman Moehiddin.

Ketika Pak Asim ralit membaca, tiba-tiba kedengaran pagar rumah majikannya digegarkan dengan kuat. Seperti ada seseorang ingin masuk namun terhalang kerana terkunci. Pak Asim melihat screen untuk melihat siapa diluar pagar melalui kamera litar tertutup.

Seorang lelaki memakai jacket hitam dan kepalanya ditutupi hoodie. Wajahnya terlindung kerana memakai penutup mulut.

"Siapa pula lelaki ni?" Soal Pak Asim kehairan. Dengan beraninya Pak Asim keluar dan mendekati lelaki itu.

"Maaf Encik? Encik siapa?" Tanya Pak Asim. Lelaki itu memandang muka Pak Asim lalu mendekati Pak Asim.

"Ini rumah Anggun Madeannah?" Soalan dibalas soalan oleh lelaki itu

"Ya ini rumah Anggun Madeannah. Majikan saya. Ada kenapa, Encik?" Sekali lagi Pak Asim menyoal lelaki itu. Dari suara juga boleh tahu lelaki ini sangat berusia. Mungkin ada muslihat tersembunyi. Dia tahu majikannya tidak pernah membawa mana-mana lelaki ke rumah ini apatahlagi lelaki datang ke depan rumahnya.

"Aku nak masuk. Bagi aku masuk!" Tiba-tiba lelaki itu berkata keras dari sebelumnya.

"Maaf Encik. Hari sudah malam. Mungkin encik boleh jumpa Cik Anggun esok hari" balas Pak Asim dengan lembut. Dia melihat tangan lelaki itu sudah masuk ke dalam poket jacketnya.

Pak Asim dilanda ingin tahu.

"Kau bagi ja lah aku masuk! Kau tidak faham bahasa kah" kata lelaki itu sedikit kuat dan keras sambil menghalakan pisau kecil yang dikeluarkan dari poket jacketnya tadi.

Pak Asim terkejut dan mengelengkan kepalanya.

"Maaf Encik. Encik tidak boleh masuk" Pak Asim dengan beraninya membalas lalu ingin melangkah masuk semula. Bimbang jika lelaki itu tiba-tiba menikamnya nanti.

"Arghh!" Pak Asim menjerit kuat. Belum sempat ingin menutup pintu pagar, bahunya ditarik dan dicengkam kuat lelaki itu sebelum pisau kecil itu menembusi kulit dan isi dagingnya sehingga mengerang kesakitan.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now