A M 12

1.1K 50 14
                                    

DIBACA satu tulisan ayat yang ditulis pada kertas putih bersaiz A4.

Ayat itu tertulis...

Welcome to The Radmeoqiescoe , Miss Anggun Madeannah binti Arman Moehiddin.

"Apa semua ni?!" jerit Anggun Madeannah sedikit kuat selepas membaca ayat pendek itu.

The Radmeoqiescoe?!

Kenapa tidak meow terus. Bunyi kucingkan comel.

Dan..

Apa benda tu? Nama pun sudah terbelit lidah!

Jenama makanan ke? Dari negara mana?

Eh?

"Apa semua ni? Apa ni? Apa ni! Dan ini apa!" Jerit Anggun Madeannah kuat. Tangannya terus mencampak kertas itu ke tepi lalu memandang tiga kotak baldu biru gelap di dalam serta pakaian hitam legam. Satu album bersaiz sederhana yang sudah usang dan sampul surat berwarna coklat.

"And? Topeng ni buat apa? Macam kucing hitam? Cat woman huh?" Dibelek-belek topeng itu yang berada ditangannya sebelum diletakkan di atas katil.

"Nak aku jadi spy ke apa ni?" Soalnya sendiri dan membelek-belek lagi pakaian hitam yang sedikit ketat tapi tidak terlalu. Cukup menutup semua kulitnya tanpa terdedah sikitpun.

Tambahan lagi pakaian itu berjenis getah lembut yang sudah digabungkan dengan pakaian kalis peluru.

" Macam baju nak pergi berperang pula. Ingat aku nak pergi berperang ke?" omel Anggun Madeannah sendiri lalu mencampakkan pakaian itu diatas katil.

Kini tumpuannya pada tiga kotak baldu biru gelap yang bersaiz sederhana. Dikeluarkan ketiga-tiga kotak itu.

"Jangan ja lah benda yang buat aku heart attack " doa Anggun Madeannah sebelum membuka kotak baldu biru gelap yang pertama.

Hanya ada Revolver dan peluru.

"What is....this! Kenapa benda ni ada dekat sini pula?" Kepala Anggun Madeannah mula pening.

Kotak baldu biru gelap yang kedua dan ketiga pantas dibuka. Dan sama seperti apa yang ada dalam kotak baldu biru gelap yang pertama.

Revolver dan peluru.

"Nak buat apa dengan benda ni? Kill the cat or elephant?" kata Anggun Madeannah dengan gurauannya sendiri.

Tanpa disedari hari mula petang, tanpa membuang masa Anggun Madeannah terus mencapai album yang bersaiz sederhana yang usang itu.

Cover album itu hanya tertulis The Radmeoqiescoe.

Dalam fikirannya, mungkin ini adalah petunjuk atau maklumat tentang The Radmeoqiescoe.

Gambar pertama ialah gambar ayahnya bersama beberapa orang luar negara. Tidak dikenali tapi mereka semua memakai pakaian serba hitam. Seperti dalam satu organisasi.

Dibelek lagi, gambar abahnya bersama sahabat abahnya. Memakai pakaian askar lengkap dengan senjata. Mungkin ini lepas tamatnya peperangan.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now