AM 37

923 44 10
                                    

DIA mengelengkan kepalanya berkali-kali. Air matanya semakin mengalir deras dan kedua tapak tangannya menutup mulutnya dari mengeluarkan esakan. Lututnya mula bergegar tatkala dua katil wad dikeluarkan dari ruang kecemasan dengan kain putih yang menutupi dua tubuh yang baring pada katil wad itu.

"Kakak... abang Abdul..." Hatinya luruh. Air matanya semakin deras. Lututnya bergegar sehingga menahan diri pada dinding dengan sebelah tangan.

Anggun Madeannah berjalan perlahan mendekati. Nafasnya di tarik sedalam yang boleh mencari keredhaan Allah.

"Kakak...," panggilnya perlahan sambil membuka kain putih dari menutupi wajah kakaknya, Anggerik Makkaisyah.

"Kak..." Disentuh penuh kasih dan rindu wajah pucat tidak berdarah dan sejuk. Dibelai perlahan wajah kakaknya itu dengan air matanya turut tumpah ke atas wajah kakaknya.

"Kak... kenapa akak.... tinggalkan Anggun...," katanya.

Perlahan dia memeluh tubuh kaku kakaknya itu dengan penuh sebak. Orang yang paling disayangi sekali lagi pergi menghadap Ilahi. Orang yang sentiasa mendengar isi hatinya, pergi tinggalkan dirinya sendiri.

"Kenapa kak!" Jerit Anggun Madeannah kuat sambil memeluk tubuh kakaknya. Dia sudah menangis teruk sehingga basah kain putih yang menutup tubuh kaku itu.

"Kak! Anggun nak kuih popia lah kak" minta Anggun Madeannah ketika Anggerik sedang sibuk menggoreng mi.

"Sabarlah... akak masak mi ni dulu" jawab Anggerik lembut. Anggun Madeannah mengangguk faham.

"Kak... kak tahu tak siapa orang yang paling Anggun kagumi selepas arwah ibu, ayah dan abang Adam pergi?" Soal Anggun Madeannah lemah lembut sambil menongkat dagu di meja memandang ke arah kakaknya yang sedang menggoreng mi.

"Tak tahu. Siapa orang tu?" Anggerik sudah tersenyum kecil.

"Kak Anggerik lah! Kakaklah kakak yang terbaik bagi Anggun. Sudah cantik pandai masak lagi. Penyayang walaupun kadang-kadang ganas macam harimau! Bonus bonus bonus!" Jawab Anggun Madeannah lalu ketawa besar.

Anggerik Makkaisyah sudah menoleh memandangnya dengan tajam.

"Amboi! Harimau Anggun cakap. Ya, harimau datang! Huwarghh!!" Anggerik Makkaisyah mematikan api gas lalu mengejar Anggun Madeannah.

"Ya! Ampun kak hahahahaha!" Jerit Anggun Madeannah ceria.

"Tiada ampun bagimu! Huwarghhh!"

"Kakak..." perlahan saja dia memanggil kakaknya. Namun hampa, tubuh kaku kakaknya itu tidak mampu membalas lagi panggilannya.

Anggun Madeannah melepaskan pelukan. Kini giliran tangan kanan kakaknya dicapai. Dipandang penuh sayu dan sedih tapak tangan yang semakin sejuk.

"Selamat Hari Raya Kak Anggerik. Maaf Zahir dan Batin," ucap Anggun Madeannah lalu menyalam tangan Anggerik lembut.

"Selamat hari raya maaf zahir batin juga adik kakak yang gemuk ni!" Balas Anggerik dengan senyuman lebar.

"Apa kakak ni, Anggun slim lah" monyok terus wajah Anggun Madeannah

"Apa-apa je lah... asalkan kita dapat beraya bersama tahun ni. Inshallah tahun depan juga," kata Anggerik Makkaisyah lalu mencubit manja pipi Anggun Madeannah.

"Terlalu awal kakak pergi. Bulan Ramadhan pun belum tiba kak..." sebak Anggun Madeannah apabila setiap memori yang dikongsi bersama Kakaknya itu berlayar satu persatu di fikirannya.

"you lie to me sis...you liar!" Anggun Madeannah sudah dalam keadaan tidak terkawal dengan air mata yang mengalir deras. Berita kepergian kakaknya membuatkan dia seperti menolak qada dan qadar.

Anggun Madeannah mengoncang tubuh kaku kakaknya sambil menangis dan air matanya tidak langsung berhenti mengalir.

Doktor dan jururawat yang ada disitu turut menahan Anggun Madeannah sehinggalah...

Tubuh Anggun Madeannah dipeluk erat oleh seseorang dari arah belakang. Membuatkannya berhenti dari meronta seperti orang hilang kewarasan fikiran.

Dia tahu...

"Please don't be like this, my princess"

Itu Quzyairi.

***

KAKI anak kecil itu tetap terus berlari di dalam hutan tebal tanpa fikirkan kepenatan yang dirasainya. Kerana dalam fikirannya hanya ada...

"Mama... papa... wait for Ana. I'm coming home"

Ana sudah kehilangan idea untuk mencari jalan keluar dari kawasan hutan itu. Tidak pernah Ana tahu rumah yang mewah dan besar itu rupa-rupanya di dalam tengah hutan tebal dan menyeramkan. Maklumlah, biliknya tidak mempunyai cermin.

Sudah hampir tiga jam lebih Ana berjalan di hutan itu sehingga matahari juga seperti mahu melabuh tirainya.

"Di mana aku nak cari tempat berteduh ni..." kata Ana sendiri sambil memandang ke kiri kanan.

Firasat hatinya berkata dia telah jauh dari kawasan rumah banglo besar itu. Bermakna dia juga jauh dari jalan keluar.

Ana, where are you now?

***

ANGGUN Madeannah duduk bersebelahan Quzyairi sambil melentokkan kepalanya pada bahu suaminya itu. Sudah setengah jam yang lalu, Anggun Madeannah masih diam setelah menangis teruk tadi.

"Sayang, are sure tak mahu makan?" Soal Quzyairi dan mencapai tapak tangan gadis yang sedang mengalami kesedihan yang amatlah terkesan di hidupnya.

Dia sebagai suami, perlulah sentiasa berada dan menyokong si isteri.

"Im not hungry"

"Ashraf cakap kau belum makan dari tadi. Kau nak sakit ke?" Quzyairi bertukar tegas. Badannya ditegakkan sehingga Anggun Madeannah melarikan kepalanya dari bahu.

"Aku tak ada selera. Please... understand me" jawab Anggun Madeannah lemah lalu menyandar pada dinding dan memejamkan matanya.

"I understand you. Really understand, sayang. Tapi kalau keadaan kau macam ni makin buat saya risau." Quzyairi memandang dengan dalam wajah putih mulus isterinya yang sedang memejam mata sambil menyandar. Jelas kesedihan gadis itu masih belum hilang walaupun sedikit.

"If you want to eat then you go firstlah..." Anggun Madeannah malas mahu bertekak lagi dengan lelaki itu. Dia mahukan kakaknya, Anggerik.

"I can't without you. You should know that I always here and anywhere when you need me, Anggun. I know you in sad mood but please think about yourself too sayang. Think about me... ana..."

Bila nama anak kecil itu muncul di bibir Quzyairi serta merta Anggun Madeannah mencelikkan matanya dan memandang ke arah suaminya.

"Ana?"







A story by,
Theaizyns

***

Hi all readers!💕
Im sorry lama sangat pula tidak terupdate. So, sis bagi update hari ni. Yihi!

Stay Tuned with Anggun & Quzyairi till the end ❤

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now