AM 38

891 48 1
                                    


Readers!
As your wish here you go!

***

MALAM melabuhkan tirai. Bulan dan bintang pun mula munculkan diri di malam hari yang sejuk. Duduk bersendirian di bawah sinar bulan, mengenang memori indah yang tidak mungkin pudar dari kotak fikiran.

'Akak sayangkan Deannah' suara wanita itu sentiasa ada dalam fikirannya. Sentiasa bersuara dalam kotak fikirannya.

"Deannah rindukan akak,"gumamnya perlahan dan air matanya cuba ditahan.

"Rindu sangat sangat." Sudah genap sebulan kakaknya pergi menghadap Ilahi mengikut ibu, ayah dan abangnya bersama Allah di alam akhirat.

Mengapa semua orang yang dia sayang pergi jauh darinya? Siapa lagi selepas ini? Quzyairi kah?

Tolonglah jangan...

"Deannah..." suara itu.

Suara seseorang yang sentiasa menyalurkan kekuatan dan semangat padanya. Tidak pernah mengeluarkan keluhan berat untuk memberikan semangat baru padanya. Sentiasa berdiri...

...disebelahnya dan menyokong dirinya.

Anggun Madeannah menoleh ke belakang melihat Quzyairi berjalan perlahan mendekati ke arahnya yang berada di gazebo belakang Villa Qusy.

"Bila awak balik?"

"Sepuluh minit yang lalu? Darling tidak sedar sebab terpegun dengan sinaran bulan kot," balas Quzyairi lalu mengambil tempat disebelah isterinya. Anggun Madeannah tergelak kecil.

Genap sebulan juga, Anggun Madeannah asyik termenung jauh. Lebih menyibukkan diri dengan mengemas rumah dan uruskan pejabat keluarganya sehingga ada hari dia langsung tidak meluangkan masa dengan lelaki itu-suaminya.

"Maaf, saya tak sedar"

"Tak mengapalah. Abang faham..." Quzyairi memberikan senyuman manis buat si isteri dan tangannya mengusap penuh kasih ubun-ubun Anggun Madeannah.

Sejujurnya, dia rindukan gadis ini setiap hari. Rindukan aura tegas Anggun Madeannah.

He know his beautiful mafia never think negative things.

But...

Anggun Madeannah membalas senyuman Quzyairi. Bagaimanalah kehidupannya jika lelaki itu tidak muncul saat-saat memori pahit berlaku. Pasti dia menjadi orang gila yang duduk di bawah jambatan menangis tanpa henti sehingga kering air mata.

"Abang..." lembut saja bicara Anggun Madeannah. Dia mencapai tapak tangan suaminya dan digenggam erat. Quzyairi hanya memandang gerak-geri Anggun Madeannah

"Abang rasa kita ada harapan lagi?" Soalnya pada suaminya-Quzyairi sambil membalas genggaman jari-jemari mereka yang bertaut kemas.

"Selagi Allah bersama kita dan kita sentiasa sujud padaNYA, kita masih ada harapan yang cerah, sayang," balas Quzyairi dengan senyuman yang mampu menenangkan hati sang isteri jelita.

"Maksudnya..." dia berhenti berkata. Matanya merenung jari yang bertaut bersama jari suaminya. Dipandang lama.  Hati sebenarnya merindui seseorang. Seseorang yang...

"Maksudnya kita masih ada harapan untuk mencari Ana. Kan abang?"

***

TUBUH kecil itu duduk bersandarkan papan rumah. Rumah kayu yang kecil dan dihuni oleh seorang wanita tua. Rambut semua berwarna putih dengan wajah yang penuh kedut. Namun, tubuhnya masih kekal cergas bercucuk tanam di hadapan rumah kayu.

"Cu... cu tak nak makan kuih pisang tu?" Wanita tua itu menegur seorang anak kecil yang duduk termenung jauh di depan pintu kayu. Entah apa yang difikirkan oleh anak kecil itu sehinggakan katanya juga seperti tidak di dengari.

Sudah dua minggu selepas menjumpai anak kecil itu terbaring lemah dan lesu di tengah hutan, anak kecil itu kurang berkata-kata padanya. Wanita tua itu sebenarnya berasa simpati kepada kedua orang tua anak kecil itu, pasti sedang mencari anaknya.

Namun, kawasan rumahnya jauh daripada pekan. Hendak membuat laporan, wanita tua itu tidak tahu bagaimana.

"Cu... makanlah sikit. Isi perut kamu tu" pujuk wanita tua itu lalu mendekati anak kecil itu.

"Semalam kamu tidak makan. Pagi ni pun kamu tidak mahu makan. Sedih ibu dan ayah kamu nanti cu..." kata wanita tua itu lagi lalu duduk bersimpuh di hadapan anak kecil itu.

Anak kecil itu memandangnya. Memandangnya dengan air mata yang bertakung di tubir. "Mama...papa..."

Wanita tua itu terus memeluk tubuh anak kecil itu saat air mata anak kecil itu mula jatuh membasahi pipi.

"Mama...Ana rinduu mama"

***


BINGKAI gambar bercorak ukiran bunga dan diperbuat daripada kayu itu dipandang sayu.

"Deannah berharap dapat jumpa semua di syurga Allah," gumamnya perlahan.

Gambar wajah ibunya yang tersenyum lebar membuatkan dirinya merindui wanita itu. Wanita yang menahan perit dan sakit ketika melahirkannya ke bumi.

Dia masih ingat...

"Ibu... nanti kalau Deannah dah besar kan, Deannah nak beli istana besar untuk ibu dan abah," kata gadis yang baru berusia 8 tahun itu sambil mendepakan tangannya ke awangan untuk menandakan betapa besarnya istana yang ingin dia hadiahkan untuk ibu dan abahnya.

"Deannah sayang, ibu tidak perlukan istana yang besar seperti yang kamu impikan," balas ibunya dengan senyuman manis sambil membelai rambut ikal mayang Anggun Madeannah.

"Tapi kenapa? Tak cantik ke?" Amggun Madeannah mencebikkan bibir memandang wajah ibunya seperti hendak merajuk.

"Tak! Deannah hodoh" sampuk Adam-abang Anggun Madeannah yang duduk bersebelahan abah.

"Abang lah hodoh. Muka tempe!"

Ibunya hanya tergelak kecil lalu mengenggam erat jari-jemari comel anaknya-Anggun Madeannah.

"Istana itu indah dan cantik, sayang. Tetapi jika mahu dibandingkan dengan Deannah..." ibunya tersenyum

"Hanya Deannah lah yang ibu mahukan daripada memiliki istana kerana Deannah ialah permata ibu yang paling berharga dunia dan akhirat"

"Jika ibu, abah, abang dan kakak masih bernyawa..." tanpa sedar setitis air matanya jatuh.

"Deannah nak peluk ibu erat-erat. Nak sayang dan luangkan masa dengan abah dan abang sama kakak..." Dia menundukkan wajahnya dengan mata yang terpejam. Tidak dia hiraukan air mata yang mula menitis demi titis merembes keluar dari tubir matanya.

"Deannah rindu. Rindu sangat sangat"

Sedang dia menangis seorang diri duduk di birai katil dalam bilik tidurnya, sepasang tangan mula menjalar dipinggangnya lalu memeluk erat tubuhnya dari belakang. Haba dari tubuh seseorang itu membuatkan dirinya semakin sedih. Sedih dan takut yang bercampur baur.

"If with crying makes you feel better, I'm here ready to give you my shoulder...Deannah"







A story by,
Theaizyns

*****

Hi all readers!✨
Macam mana chapter ni?
Pendek kan kan kan HAHAHA

Alah jangan marah huehue...

Nak tahu apa yang seterusnya?

Hah! 10+ votes to open new chapter

😉🌸

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now