A M 28

969 53 19
                                    

KERETA AUDI hitam bergerak laju di jalan raya yang dipandu oleh Quzyairi. Lelaki itu langsung tidak mengeluarkan satu perkataan pun dari mulutnya sejak kes kena pukul sayur bayam.

"Papa...where are we going?" Soal Ana. Tetapi lelaki itu tidak membalas malah hanya melihat Ana dari cermin belakang sekilas. Anggun Madeannah sudah menoleh memandang Ana yang duduk dibelakang.

Tampak wajahnya kecewa sambil memeluk patung minnie mouse. Anggun Madeannah memandang wajah Quzyairi, tegang saja. Fokus pada jalan.

Sekarang mereka dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Quzyairi atas permintaan Uminya, Puan Rokiah. Tetapi Anggun Madeannah tidak tahu sebabnya. Dia hanya mengikut saja.

Tiba-tiba nada dering lagu thankyou next by Ariana Grande berbunyi. Dari telefon pintar milik Anggun Madeannah. Dilihat skrin telefonnya..

Rossamary's calling...

'Nak jawab ke tak eh?' Soal Anggun Madeannah berbelah bahagi. Dari tadi lagi Rossamary menelefonnya, tetapi tidak dijawab. Takkan lah Quzyairi tidak memberitahu pada Rossamary yang mereka tidak ke Markas Rad.

"Kenapa tak jawab? Ex boyfriend?" Tegur Quzyairi tetapi matanya masih fokus pada jalan.

"Bukan...Rossa yang call" jawabnya jujur.

Sekali lagi telefon pintar Anggun Madeannah berdering. Dari orang yang sama. Rossamary.

Baru saja Anggun Madeannah mahu menjawab, Quzyairi sudah menekan pedal minyak sehingga membuatkan telefon pintarnya jatuh ke depan.

"Kenapa awak tiba-tiba lajukan kereta ni?" Soal Anggun Madeannah dengan geram.

"Di belakang" balas Quzyairi lalu matanya memandang cermin belakang sekilas. Ketika Anggun Madeannah mahu menoleh...

BANG!

Satu peluru dilepaskan dan kena di cermin belakang kereta Audi Hitam milik Quzyairi.

"Shit!" Maki Quzyairi lalu menekan kuat pedal minyak.

VROOM!

Mengaum kuat kereta Audi hitam itu. Sekali lagi...

BANG! BANG!

Dua peluru dilepaskan tepat di cermin sisi kereta Audi Quzyairi.

"Siapa tu? BlackScorpine?!" Soal Anggun Madeannah sedikit menjerit. Dilihat Ana sudah baring dikerusi menutup matanya sambil memeluk patungnya. Ana mesti dalam ketakutan.

"Siapa lagi kalau bukan diaorang!" Balas Quzyairi dengan suara lantang. Langsung tidak menoleh.

'You mess up with couple mafia, BlackScorpine'

***

ROSSAMARY ALBERT balik balik menghubungi ketuanya, Anggun Madeannah. Tetapi gadis itu tidak menjawab.

"How? Dapat call?" Tanya Xiang sambil mengasah samurainya.

"Tak. Dia tak angkat" balas Rossamary dan sekali lagi dia menghubungi Anggun Madeannah.

"Aku dah readykan kereta. Joshua dan yang lain juga ada" tiba-tiba Brunella Wong muncul dan berkata pada Rossamary.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now