A M 30

979 46 0
                                    

QUZYAIRI membuka pintu dan melihat dua gadis kesayangannya sedang bercerita di atas katil. Mujur dia sudah memberitahu anak kecil itu agar menahan Anggun Madeannah dari keluar ketika mendengar bunyi hon Feri nanti. Ana hanya mengikut.

Anggun Madeannah yang seronok bercerita dengan Ana, merasakan sesuatu. Dia perasan ada seseorang sedang berdiri di sebalik pintu. Terus dia menolehkan pandangannya.

"Dah berapa lama awak berdiri kat situ?" soal Anggun Madeannah. Ana sudah pun berlari dan menarik lengan Quzyairi agar masuk sebelum kaki kecil Ana menendang perlahan pintu sehingga tertutup.

"Just now" balas Quzyairi dengan sengaja di dinginkan nadanya. Dilihat gadis itu hanya mengangguk perlahan.

"Papa! Bila nak turun?" tanya Ana teruja sambil mengoncang lengan Quzyairi. Teruja nak jumpa nenek dan moyang dia lah tu!

"Ana keluar lah dulu, pergi ikut Aunty Ros and Aunty Nella. Okay?" Suruh Quzyairi dengan senyuman manis. Sempat dibelai rambut anak kecilnya itu.

Ana mengangguk laju dengan senyuman yang sudah lebar lalu berlari terkedek-kedek keluar dari bilik itu. Sempat Quzyairi memesan agar menutup pintu.

Anggun Madeannah sudah berasa lain bila Ana meninggalkannya bersama Quzyairi. Berdua. Walaupun dia selalu berdua dengan lelaki itu, namun kali ini berbeza...

Kerana dia tahu sebelum dia tertidur tadi, dia telah mengucapkan kata-kata cinta depan lelaki itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengungkapkannya terlalu awal. Ah! Ketika itu dia separuh sedar akibat pening kepala.

"Are you okay?" soal Quzyairi perlahan. Namun tiada nada. Biasa saja. Lalu dia mengambil tempat berhadapan dengan Anggun Madeannah yang berduduk sila di atas katil. Lutut mereka bersentuh.

"Y-ya...Im okay" balas Anggun Madeannah lambat-lambat. Lalu dia menundukkan pandangannya. Kenapa hati aku ni! Tolonglah!

Quzyairi hanya pandang isterinya yang menunduk. Dia perasan perubahan wajah gadis itu. Sudah merah. Menahan malukah dia?

"Tak payah malu lah, kita bukan berdua pun tapi berenam" beritahu Quzyairi. Dia sudah menahan ketawa bila isterinya terus mengangkat kepala memandangnya dengan wajah keliru.

"Berenam?"

"Yup! Dua malaikat kiri kanan kau dan dua lagi kiri kanan aku" jawab Quzyairi tanpa senyuman. Wajah sengaja diseriuskan.

Anggun Madeannah diam memandang wajah lelaki itu. Dia tahu tentang itu. Tapi sekarang, yang dia lihat dengan mata kasarnya hanya ada dia dan lelaki ini. Berdua!

Quzyairi menjengkitkan keningnya dua kali pada Anggun Madeannah. Gadis itu mengelamun kah?

"Hello?" Sambil melambaikan tangannya depan mata gadis itu.

"Hah? Kita dekat mana?" Anggun Madeannah tersedar. Sekali gus menyoal keberadaan mereka.

Quzyairi sudah tersenyum senget. Anggun Madeannah mula berasa pelik. Eh dah kenapa senget bibir dia tu? Makan belacan ke?

Tangan Quzyairi terus diletakkan di tepi kiri kanan sebelah pinggang ramping isterinya. Terus wajahnya didekatkan pada wajah Anggun Madeannah. Senyuman senget masih terukir.

Anggun Madeannah menjarakkan wajahnya sedikit.

"Kita dalam bilik. Of course lah do our first night. Lagipun dah malam kan?" jawab Quzyairi lembut.

Mata Anggun Madeannah membulat besar.

'Oh no!'

Terus dia menjarakkan wajahnya jauh dari Quzyairi apabila lelaki itu semakin mendekat. Akibat tidak dapat mengawal imbangan badannya, dia jatuh terbaring. Dengan pantas Quzyairi naik ke atas tubuhnya.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now