AM 36

899 41 0
                                    

"ANA, open the door!"

Ana mengangkat wajahnya dari lutut lalu memandang tepat pada pintu bilik itu. Suara itu amat menakutkan Ana.

"Ana, get out now!" Sekali lagi suara itu bergema diluar pintu bilik. Tombol pintu yang sudah dikunci oleh Ana tadi dipulas kasar sehingga kedengaran bunyi. Seseorang diluarkan sana memulas tombol pintu beberapa kali kerana ingin masuk.

Ana memandang ke kiri dan kanan, mencari tempat untuk bersembunyi. Dia takut. Taku jika lelaki itu memukulnya lagi.

Dan lagi.

"Ana! Open this door!" Marah seorang lelaki bernama Khai diluar.

Ana menahan air matanya dari jatuh ke pipi akibat ketakutan lalu turun dari katil.

Dbuk! Dbuk!

Bunyi pintu dirempuh kuat dari luar membuatkan Ana cemas.

"Ana!"

Dbuk! Dbuk!

Dengan pantas Ana merangkak masuk ke bawah katil bersaiz queen itu.

BAM!

"ANA!" Amarah lelaki itu sudah mendidih sehingga ke otak. Lagi naik amarahnya bila melihat Ana sudah tiada diatas katil dan hanya tinggal dulang dan juga mangkuk bubur.

"Ana, where are you?" Tiba-tiba lelaki itu memanggil namanya dengan lembut dan perlahan saja suaranya, cuba mengumpan anak kecil itu keluar dari persembunyiannya.

Ana yang berada dibawah katil hanya memerhatikan langkah kaki lelaki itu sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan dari mengeluarkan esakan halus.

"Ana...come out little girl..."

Sekali dengar memang macam orang psiko. Tapi bila Ana mendengarnya berkali-kali, macam orang tidak betul pun ada.

Ana hanya diam di bawah katil. Dia cuba berfikir cara untuk keluar dari bilik itu. Dia rindukan mama dan papanya. Sungguh.

Klak!

Ana melihat kaki lelaki itu melangkah ke tandas dan membuka pintu tandas itu. Dia mengalihkan pula pandangannya pada pintu bilik yang terbuka luas.

Ini jalannya!

Ana keluar perlahan-lahan dari bawah katil dari membuatkan sebarang bunyi. Sekejap matanya memandang ke arah pintu tandas dan juga pintu bilik.

"Ana! Ana!" Jerit lelaki itu di dalam tandas. Kedengaran lelaki itu seperti mengamuk kerana bunyi cermin pecah dan barang-barang berjatuhan.

Dengan kesempatan ini, Ana terus keluar dari bilik itu. Dia berlari dengan pantas di koridor itu. Pandangannya mula meliar diseluruh ruang tengah dalam rumah itu. Adakah ini istana atau villa?

Persetankan semua itu Ana. JUST GET OUT FROM THAT PLACE

Ana terus berlari menuruni anak tangga dan melimpasi ruangan tengah tanpa halangan. Pintu utama dibuka perlahan dan...

'Saya dimana ni?'

***

DIA duduk dikerusi bersebelahan katil wad kakaknya. Merenung penuh kasih pada wajah kakaknya yang jelas pucat seperti tak berdarah.

"Kak...bangunlah." Hatinya lemah melihat keadaan kakaknya dan abang iparnya begini. Hanya baring tak bergerak. Bernafas pula hanya dengan alat bantuan.

"Bangunlah kak... ceritakan pada Anggun apa yang telah terjadi," rayunya perlahan lalu mencapai tapak tangan kakaknya dan digenggam erat.

Tok!

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now