AM 41

878 45 0
                                    


Stay Tuned Readers !

***

ANA cuba mencelikkan mata, namun hanya hitam saja yang dilihatnya. Ana merasakan seluruh tubuh kecilnya seperti diingat dan dibaring di atas kain lembut. Matanya terasa seperti ditutup dengan sehelai kain yang diikat mengeliling kepalanya, wajarlah dia hanya melihat kegelapan. Tempatnya bebaring ini seperti bergerak. Adakah dia berada dalam sebuah kenderaan. Tapi kereta siapa?

"Hump! hump!" Ana cuba untuk meronta dan menjerit. Malang nasibnya, secebis suara pun tidak mampu menembusi lapisan kain yang diikat menutup mulutnya .

Walaupun Ana berumur lapan tahun, namun dengan sel otaknya yang cepat berhubung dengan baik, dia merasakan dirinya...

...diculik sekali lagi.

"Hump! Hump!" tidak mahu berputus asa, Ana terus meronta-ronta. Terus menerus menjerit walaupun tiada lantunan suaranya yang berjaya menembusi lapisan kain.

"Hump! Hump!"

Ana tetap meronta sehingga tubuhnya berguling ke sebelah kanan dan tidak mampu menahan dirinya daripada berhenti berguling.

BUK!

Tubuhnya berhenti berguling sebelah satu figura. Dalam fikirannya, figura sebelahnya juga sama seperti keadaannya.

"Hump! Hump!" Ana cuba berkomunikasi dengan suara hembusan angin. Tubuhnya turut melanggar tubuh disebelahnya agar tahu isyaratnya ingin berkomunikasi.

Setelah setengah jam Ana cuba berkomunikasi dengan figura disebelahnya, tiada sebarang reaksi mahupun balasan. Kereta yang bergerak itu masih meneruskan perjalanan tanpa menyedari Ana telah sedar.

Ana beranggapan bahawa figura disebelah mungkin figura yang telah mati. Sebab itu tidak bertindak balas.

Dia mengambil keputusan untuk berguling semula ke kiri...

"Hump!"

Ana tersentak

***

TERASA air mengalir dari tepi dahinya sehingga ke pipi. Air yang mengalir seperti peluh namun perlahan kerana kepekatan. Darah.

"Kau patut mati, Anggun!"

"Kau rampas kebahagiaan aku!"

Dua ayat itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Wanita yang telah memperlakunya seperti orang tiada perasaan.

Anggun Madeannah masih berfikir dengan tekunnya. Cuba mengingati jika dia mengenali wanita itu.

"Aku...aku rampas kebahagian dia?" perlahan suaranya mengatakan itu. Bergetar-getar bibirnya.

Diakui, dia memang gadis yang lasak tidak sopan seperti gadis melayu terakhir. Namun begitu, tidak terlintas di fikirannya apatah lagi hatinya untuk merampas kebahagiaan orang lain.

DUM!

Pintu bilik dibuka dengan kasar oleh seseorang. Anggun Madeannah tidak mengangkat wajahnya, pasti wanita itu.

"Kenapa kau tak makan!" muncul saja terus menengking dirinya. Wanita itu memang panas baran atau seperti apa?

Dirasuk syaitan?

"Fikir lah, kau ikat aku macam ni boleh makan pakai apa? kaki?" Anggun Madeannah membalas dengan perlahan namun jelas.

"Sedangkan anjing pun tidak makan pakai tangan, kenapa kau tidak?" kata wanita itu sinis. Memandang keadaan Anggun Madeannah yang duduk tenang dengan ikatan yang dililit seluruh tubuh gadis itu membuatkan hatinya berpuas hati.

"Apa kata kau cuba makan tanpa tangan?" perlahan tapi berbisa. Dalam diam, Anggun Madeannah tersenyum sinis sambil menundukkan wajahnya.

Suara wanita itu. Setiap olahan kata wanita itu. Cukup membuatkan dia mengingati akan seseorang.

Malah, wanita itu seperti kayu api yang menyemarakkan semangatnya untuk melawan.

Wanita itu mula menapak mendekati Anggun Madeannah tanpa disedari. Rambut Anggun Madeannah terus ditarik kasar sehingga mendongak ke atas.

"Kau fikir aku anjing macam kau!" Amarah wanita itu semakin membuak. Pantang bila mangsanya suka membatu api dirinya.

Anggun Madeannah mengukir senyuman. Senyuman sinis. Anak matanya memandang tepat anak mata wanita yang mengenggam kasar rambutnya. Persis mata Ana.

"Kau jawab aku! AKU TAK SURUH KAU SENYUM!!"

Anggun Madeannah hanya berlagak tenang walaupun kulit kepalanya sudah terasa pijar akibat tarikan kasar yang dilakukan oleh wanita itu.

"Aku tak takut kau..." jawab Anggun Madeannah perlahan. Senyuman sinis masih terukir indah pada wajahnya yang sudah penuh dengan air darah kering dan basah.

"KAU PATUT TAKUT AKU! NYAWA KAU DITANGAN AKU!" Wanita itu semakin berang. Makin ditarik kasar rambut Anggun Madeannah tanpa belas kasihan. Siapa dia mahu beri kasihan pada Anggun Madeannah?

Tak, tak akan sesekali.

"Aku tak takut kau! Allah pegang nyawa aku dan aku tak takut kau, Sarah Izara!" balas Anggun Madeannah perlahan namun tegas dan penuh amarah.

Ya, Sarah Izara.

Ibu kandung Ana.

Wanita yang dikatakan Anggun Madeannah bernama Sarah Izara mula terdiam. Matanya membulat besar dan merah.

Amarahnya mula berkumpul untuk menguasai dirinya.

"AKU TAK AKAN PERNAH KALAH DENGAN KAU, SARAH IZARA" jerit Anggun Madeannah dengan lantang apabila wanita itu--Sarah Izara diam seribu makna.












A story by,
Theaizyns

***

Hello readers !

New Update for Anggun Madeannah!

Maafkan sis cerita ni lama dah bergantung😂

Maklumlah dah cuti sekolah ni kan... freedom!

Saya akan cuba tamatkan sebelum 2020 insyaallah !❤

Sedia maklum, jalan cerita sebenar yang baru sebab jalan cerita lama dah hilang dari radar.😭

Hope readers setia menunggu !

And, happy reading❤













TUT ! TUT !
Kapal nak lalu jap...

Follow me on instagram : @nr.aizaaa

and

Follow me on twitter : @theaizyns

Saya akan followback korang!❤

XOXO,
theaizyns



Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now