A M 18

957 43 8
                                    

ANGGUN MADEANNAH sedang duduk di dalam pejabat mininya sambil menyelak fail hitam. Fail itu semua tentang Organisasi Mafia yang ditubuhkan oleh arwah Ayahnya dan Abangnya.

Sedikit demi sedikit dia tahu apa organisasi yang dilakukan oleh Radmeoqiescoe. Ia bukanlah pertubuhan haram yang kebanyakkan mafia diluar sana lakukan, tapi ia lebih kepada keselamatan dan perniagaan.

"Kenapalah semua ni muncul. Serabut otak" rungutnya sambil menongkat dagu dimejanya. Tangan kanannya pula mengetuk perlahan permukaan meja.

Tok! Tok!

Anggun Madeannah terus kelam kabut mengemas fail-fail tentang Radmoeqiescoe lalu di masukkan dalam peti besi di bawah mejanya.

"Come in " panggilnya lalu memandang pintu.

Pintu itu terbuka dengan perlahan, membuatkan hati Anggun Madeannah tertanya-tanya...

Siapakah gerangan yang mengetuk pintu?

"Goodmorning, boss." Sapa Rossamary sebaik saja dia masuk ke dalam pejabat mini milik Anggun Madeannah. Dia mula tinggal di rumah keluarga Anggun Madeannah itu kerana ketuanya yang menyuruhnya.

"Morning. Awal bangun" perli Anggun Madeannah dengan sengihan kecil.

"Bukan selalu" jawab Rossamary lalu melemparkan diri berbaring di atas sofa mini empuk yang ada dalam pejabat mini Anggun Madeannah.

"Pergilah turun breakfast first. Mak Jana dah siapkan breakfast " katanya lalu membuka komputer ribanya yang berjenama ACER.

"Kau dah breakfast?"

"Laterlah"

"Marilah sama-sama. Nanti kau lambat breakfast, gastrik pula" ajaknya lalu dia bangun dari baring dan duduk sambil memandang ke arah ketuannya yang fokus memandang skrin komputer riba.

"Kejap lagilah. I need to find where is my friend. Aku risau"jawab Anggun Madeannah perlahan tapi pandangannya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya. Malah jari-jemarinya pantas menekan papan kekunci.

"Aku yakin kawan kau selamat..."

TOK! TOK! TOK! TOK!

Pintu pejabat mini Anggun Madeannah diketuk bertalu-talu sehingga cakapkan Rossamary terhenti. Suara Mak Timah kedengaran...

"CIK ANGGUN! CIK ANGGUN!"

***

ANGGUN MADEANNAH dan Rossamary Albert terus bergegas turun ke bawah selepas mendengar cerita Mak Timah. Mereka menuju ke ruang tamu diikuti Mak Timah dibelakang.

"Woi! Kau siapa hah?!" Marah Anggun Madeannah sebaik saja matanya melihat seorang lelaki senang-lenang duduk di atas sofanya. Dengan tangan kanannya memegang Revolver menghala ke arah kepala Mak Jana yang terduduk di depan lelaki itu. Mengigil ketakutan.

"Wow! Beautiful mafia" puji lelaki itu lalu tersenyum sinis. Dipandang seketika wajah anak kecil bernama Ana yang duduk disebelahnya.

"Aku tanya kau siapa? Datang rumah orang macam tiada adab. Tanpa diundang terus masuk. Tak kena ajar ke?" Herdik Anggun Madeannah sambil memandang wajah lelaki dengan tajam. Wajahnya sudah berona merah kemarahan.

Tetapi lelaki itu pula hanya memberikan senyuman sinis dan selamba.

Rossamary Albert turut memandang lelaki itu. Dalam fikirannya, dia kenal lelaki itu tapi siapa? Kerana dia tahu lelaki itu jarang sekali mahu munculkan diri.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now