A M 29

972 51 0
                                    

ANGGUN MADEANNAH berdiri ditepi-tepi palang Feri. Melihat keindahan laut yang semakin menjadi biru gelap dan langit yang semakin bertukar warna. Permandangan matahari terbenam. Angin sejuk menyapa kulitnya sehingga membuatkan skirt gaun bercorak floral tanpa lengan yang tersarung di tubuh langsingnya itu beralun perlahan.

Bila teringat tentang tadi. Beberapa jam yang lalu. Memorinya teringat akan tentang kisah arwah ibu dan abahnya. Jika dia boleh undurkan masa...

BANG! BANG! BANG! BANG!

Bunyi-bunyi peluru bertubi-tubi bermain di fikirannya. Bunyi peluru sama seperti ketika kejadian hitam berlaku pada kedua orang insan yang disayangi. Sekali saja kena di kepala. BANG! Nyawa terus melayang.

Anggun Madeannah memandang kedua tapak tangannya. Tangannya tampak pucat. Mesti Allah murka padanya.

Mesti ibu dan abahnya kecewa. Tangan inilah yang selalu membantu ibunya di dapur. Tangan ini jugalah membantu abahnya menyusun fail kerja. Tapi ia sudah tercemar. Tercemar kerana membunuh.

Kedua tangannya perlahan-lahan naik terus mencengkam rambutnya. Matanya terpejam erat. Kepalanya digelengkan perlahan. Cuba mengusir suara yang menganggu fikirannya...

'Anggun pembunuh...Anggun pembunuh...Allah murka pada kau Anggun'

'Tak aku tak bunuh! Aku hanya nak lindungi keluarga aku!'

Lagi dan lagi. Suara itu berkata lagi dan lagi. Dalam fikirannya.

"Deannah..." Panggil seseorang bersuara garau dari jauh. Berjalan perlahan mendekati gadis itu. Anggun Madeannah tidak menoleh.

Makin dicengkam kuat rambutnya yang tadi sudah tersangul cantik. Dia takut. Dia takut pada kesalahannya. Dia belajar mempertahankan bukan kerana ini. Ini bukan kemahuannya!

"Deannah..." sekali lagi suara itu lembut memanggil dirinya.

"Nooo... aku tak membunuh! I just want to protect my family!" Jeritnya kuat. Matanya semakin dipejam erat. Tangannya semakin mecengkam kuat rambutnya.

"Deannah!" Quzyairi memanggil isterinya. Terkejut bila Anggun Madeannah menjerit kuat. Ingatkan isterinya sakit kepala. Dengan pantas kakinya melangkah ke arah isterinya.

"I just want to protect my family! Aku taknak benda yang sama berlaku!" jerit Anggun Madeannah lagi. Kakinya mula terketar-ketar lalu jatuh terduduk di tepi palang.

"Deannah!" Quzyairi terus menyambut bahu Anggun Madeannah. Dilihat isterinya sudah memejamkan mata dan mencengkam rambutnya sendiri. Air mata gadis itu sudah membasahi pipi.

"Aku tak bunuh diaorang... aku tak..." rintih Anggun Madeannah perlahan.

Quzyairi tahu, isterinya pasti trauma dilanda masa silamnya. Di bawa tubuh isterinya ke dalam pelukan. Diusap perlahan bahu isterinya dengan lembut.

"Quzyairi...aku tak bunuh diaorang..." rintih Anggun Madeannah sekali lagi.

"Ya,Honey"

"I just want to protect Ana. To protect you" gumam Anggun Madeannah perlahan. Namun, masih dapat di dengari oleh Quzyairi.

Dilihat isterinya dalam pelukan sudah menangis teresak-esak. Air matanya sudah membasahi seluruh wajah putih mulus milik isterinya. Sehingga kemeja putih di bahagian dadanya juga turut basah.

"I just want to protect my husband." Kata Anggun Madeannah perlahan.

Quzyairi mengangguk perlahan sambil membelai perlahan rambut Anggun Madeannah yang sanggulnya sudah terlerai sedikit. Dagunya di daratkan perlahan di atas kepala Anggun Madeannah lalu mengeratkan lagi pelukannya.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now