A M 2

1.7K 62 5
                                    

ANGGUN MADEANNAH menutup pintu rumahnya lalu ingin menuju ke atas. Ketika hendak memijak anak tangga yang pertama, Mak Timah menegurnya.

"Anggun. Lambatnya balik. Anggun mahu makan? Mak Timah boleh masakkan."

Anggun Madeannah memberikan senyuman manis dan mengelengkan kepalanya lalu menjawab "Tidak mengapalah, Mak Timah. Anggun sudah makan malam di rumah kak Anggerik tadi."

Mak Timah mengangguk faham dan tersenyum. Anggun Madeannah melihat reaksi pembantu rumahnya terus meneruskan langkah menaiki anak tangga.

Tiba di puncak, gambar keluarganya bersaiz besar yang digantungkan pada dinding itu menjadi tatapan matanya setiap kali menaiki anak tangga.

Rumah sebesar ini hanya dia sendiri di dalam bersama Mak Timah dan Mak Jana. Seorang tukang kebun Pak Atob dan Pak Guard Asim.

Sunyi tanpa jeritan insan bernama ibu. Wanita itulah yang sering menjerit namanya ketika waktu malam kerana masih belum masuk tidur. Wanita itulah juga yang selalu membebel setiap masa bila lambat bangun. Dan wanita itulah selalu menasihati anak-anak dengan baik dan lemah-lembut.

Sunyi tanpa gelak ketawa yang garau milik abah. Lelaki itulah yang selalu mengelakkan dirinya apabila dimarahi ibu. Lelaki itu jugalah yang menjadi pelindungnya bila abang dan kakaknya membuli dirinya.

Sunyi dengan ugutan dan amaran tegas dari seorang abang bernama Adam Mohammed. Lelaki itu adalah abang kandungnya. Abang yang selalu memaksa dirinya untuk memasak dan membersihkan rumah walaupun ada Mak Timah dan Mak Jana yang mampu melakukannya.

'Anggun rindu Ibu. Anggun rindu abah. Anggun rindu Adam. Anggun mahu waktu ceria kita bersama seperti dulu' rintih Anggun Madeannah dalam hati. Sebak bila teringat segala kisah hitam yang terjadi pada keluarganya. Masih lagi elok berlayar dalam fikirannya sehingga hari ini.

Anggun Madeannah terus melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh ke belakang lagi. Bimbang dia akan menangis lagi. Cukuplah untuk hari ini.

***

KEESOKKAN harinya ialah hari Ahad. Bermaksud hari cuti untuknya.

Anggun Madeannah keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke bilik utama dimana itu adalah bilik arwah kedua orang tuanya. Ada sesuatu yang tersimpan di dalam bilik itu yang selalu menjadi tanda tanya pada Anggun Madeannah.

Kini kotak bersaiz sederhana di atas almari baju milik kedua orang tua dipandang oleh Anggun Madeannah. Dalam hatinya terusik ingin tahu apa yang ada dalam kotak itu. Sudah lama dia ingin melihat dalam kotak itu, cuma ibunya selalu melarang dan menghalangnya.

"Apa pun yang ada dalam kotak itu, aku nekad mahu selongkar segalanya" ujar Anggun Madeannah lalu menarik satu kerusi yang berada di bawah meja solek milik arwah ibunya. Anggun Madeannah naik ke atas kerusi itu dan mencapai kotak berwarna hitam yang selama ini menjadi tanda tanya pada dirinya.

"Ya ampun! Berat sangat kotak ni. Apa yang ada dalam ni?" kata Anggun Madeannah sendirian lalu mengangkat kota hitam itu dengan berhati-hati dan turun dari kerusi. Di letakkan kotak itu pada lantai dengan cepat kerana keberatan kotak itu seperti lima guni beras. Walaupun dia tidak pernah langsung angkat pek beras tapi dia tahu berat.

Anggun Madeannah menepuk permukaan kotak itu untuk menghilangkan segala habuk yang terlekat. Sudah jelas, kotak ini lama tidak dibuka. Pasti ada yang disembunyikan.

Saat Anggun Madeannah ingin membuka kotak itu..

"Cik Anggun!" jerit Mak Jana diluar pintu bilik kedua orang tua Anggun Madeannah sambil mengetuk pintu. Mungkin Mak Jana melihatnya masuk tadi.

Anggun MadeannahOù les histoires vivent. Découvrez maintenant