AM 39

881 38 0
                                    



SUPRISE!






***

TIK tok tik tok...

Jam dinding terus bergerak mengikut arah putaran jam dan masa semakin ke depan dalam tempoh sehari dua puluh empat jam.

Papan kekunci pada komputer ribanya hanya ditekan tanpa henti. Menaip segala kerjanya ke dalam komputer ribanya. Kertas yang tersusun kemas dalam sebuah fail terus diselak dan diselak olehnya satu persatu. Tidak menghiraukan sekelilingnya langsung. Penghawa dingin juga bagai tidak terasa. Sejak minggu lepas, dia semakin sibuk menguruskan hal kerja di pejabat. Perhatiannya semua pada kerjanya.

Terutamanya mengurus hal kertas kerja pejabat keluarga yang semakin banyak klien dari luar negara untuk bekerjasama dalam syarikat pelancongan milik keluarganya.

Seketika, tekaknya berasa kering. Botol air mineral dicapai lalu diteguk dua tiga kali.

"Hm.. leganya."

Anggun Madeannah meneruskan kerjanya. Tanpa sedar sudah masuk waktu isyak. Tetapi dia masih dan hanya fokus membuat kerjanya tanpa menyedari...

...pintu pejabatnya dibuka dari luar.

Dia masih lagi menekan papan kekunci komputer ribanya. Pen hitam disebelah kiri dicapai lalu menulis sesuatu pada kertas putih--A4 paper. Sekejap jari-jemari pada papan kekunci sekejap lagi menulis.

Setapak kaki masuk melangkah dengan perlahan dan menutup pintu. Segala kelakuan seseorang itu, Anggun Madeannah tidak menyedarinya...

...dan...

...sepucuk pistol dikeluarkan dari poket belakang seluar lalu di arah pada seorang gadis yang sibuk dengan komputer ribanya...

"Angkat tangan kalau kau tak nak mati!"


***

WANITA tua itu berjalan kaki ke sebuah pekan kecil di sesuatu kawasan sebaik saja dia turun dari bas mini yang selalu ada di perhentian bas. Niatnya baik dan simpati, sebab itu dia mahu pergi ke pekan walaupun keadaannya yang sudah tua dan lambat bergerak menjadi penghalang.

Walaupun wanita tua itu mempunyai lapan orang anak yang tidak pernah datang melawatinya, dia tetap tabah. Kehadiran anak gadis kecil sedikit sebanyak memberi keceriaan padanya.

Namun tidak, apabila anak gadis itu lebih banyak mengelamun pada pagi dan malam hari.

Hati tuanya risau...

Sekeping gambar budak perempuan menjadi tatapan mata lalu dimasukkan ke dalam beg kecilnya.

"Nek akan bantu cu untuk pulang..."

Dengan senyuman lebar dan ikhlas yang kelihatan terpancar pada wajah tua itu, wanita tua itu terus melanjutkan jalannya di sekitar pekan kecil.

Pekan kecil yang jauh dari bandar besar. Jauh dari suasana yang menyesakkan jalan dan juga hidup. Asap sana-sini-berkepuk-kepuk. Mujur hanya pekan bukan bandar besar yang secara logiknya lebih banyak udara karbon dioksida berbanding oxygen.

Wanita tua itu. Lebih tepat gelarannya Nek Teh.

Nek Teh melangkah dengan perlahan kerana kudratnya. Maklumlah dah tua...

Nek Teh mendekati pondok telefon yang berhampiran dengan sebuah restoran mamak. Sekeping kertas dikeluarkan. Kertas yang tertulis satu nombor. Nek Teh menjumpai kertas itu dalam seluar anak kecil--Ana ketika membasuh pakaian semalam.

"Nek harap ini nombor ayah atau ibu kamu cu..."

Dengan kata bismillah...

Nek Teh menekan butang nombor pada pondok telefon itu dengan cepat.

Tut... tut...

"Assalamualaikum... ini nombor keluarga Cik Ana?"

***

QUZYAIRI berkali-kali menghubungi nombor telefon pintar milik isterinya--Anggun Madeannah. Panggilannya bukan dibatalkan tetapi masuk voicemail.

"Deannah mana kau ni..." hatinya sudah gelisah. Kakinya melangkah ke kiri dan ke kanan.

Semalam dia pulang jam sepuluh malam, namun kelibat Anggun Madeannah masih tiada. Bila dihubungi, dijawab. Akibat dia terlalu penat, lantas dia membersihkan diri lalu rebah di atas tilam empuk sehingga terlena dibuai mimpi. Dalam masa yang sama hatinya berharap isterinya pula cepat.

Tapi berbeza pula pagi ini. Bayang Anggun Madeannah pun tidak nampak. Satu mesej atau panggilan daripada isterinya juga tiada.

"Argh! Angkatlah Deannah!" Geram Quzyairi lalu mencampakkan telefon pintarnya di atas sofa. Rambut dicengkam dan meraup wajahnya.

Dia terus melangkah naik ke atas. Membuka pejabat kecil milik isterinya. Dari dia terus berkelakuan agresif seperti orang psiko yang kehabisan pil, lebih baik dia siasat bilik pejabat Anggun Madeannah.

"Abang... Deannah ada pasang cctv dekat pejabat..."

Quzyairi terus membuka komputer bila teringat akan sesuatu. Dia tahu isterinya berada di pejabat syarikat AA semalam, dan hari ini isterinya itu tidak pulang.

Dia memeriksa cctv dalam pejabat syarikat AA semalam dan...

Wajahnya bertukar rona. Urat dipelipisnya mula timbul. Matanya tajam seakan-akan helang menerkam mangsa.

"Angkat tangan kalau kau tak nak mati!"

BUM!

Seluruh urat muka timbul di lengannya sebaik saja menumbuk meja...

"Celaka lah kau syaitan!"

























A story by,
Theaizyns


*****

Hello!

How abt this chapter? Pendek jer HOHO

Apa yang terjadi pada Anggun? Jeng jeng...

Korang mesti tahu ni~
Cerita Cliche kan😂😂😂😂😂

Oklah itu saja dari saya hari ini. Ceh~

See ya next chapter.

Comment if you like
Vote if you like it!

Tata!💕

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now