A M 15

1K 51 6
                                    

ANGGUN MADEANNAH berjalan ke kiri ke kanan sambil meramas rambutnya. Habis hancur sanggulnya. Nampak seperti sarang burung pun ada. Ulang-alik ke kiri ke kanan hadapan Rossamary sampai buatkan wanita itu naik pening.

"Woi! Dah lah kau jalan ke hulu ke hilir tu. Yang kau ni dah kenapa? Ada apa-apa yang berlaku pada kawan kau ke?" Soal Rossamary terus. Buat apa mahu bermadah lagi. Tengo muka gadis itu pun sudah pasti sedang serabut.

"Dayang weh. Dayang kena culik!" Jerit Anggun Madeannah kuat lalu menghempaskan punggungnya di sofa empuk berhadapan Rossamary

"What! Are you kidding me?" Bukan main terkejut beruk lagi Rossamary. Sampai wanita itu berdiri dari duduknya.

"Kau ingat aku nak main-main ke? Aku dah serabut ni. Serabut sangat!" Naik pening Anggun Madeannah. Lepas satu masalah datang lagi satu.

Kawannya yang tiada salah dan tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa.

"Orang yang telefon kau tu ada beritahu apa-apa dekat kau?" Soal Rossamary lagi.

"Dia suruh aku jumpa dia dekat gudang dia. Nanti dia send location" balas Anggun Madeannah. Matanya tertacap pada gambar-gambar bangunan yang disusun di atas meja.

Hilang sedikit kekusutan difikirannya walaupun dalam hatinya sudah menyumpah seranah lelaki yang telah melibatkan sahabatnya yang tidak tahu apa-apa. Mesti lain tidak bukan pasti musuh The Radmeoqiescoe.

"Ini apa, Mary?" Sekeping gambar gambar diambil. Terdapat tulisan kecil yang tertulis 'Markas Rad'

"Itu gambar Markas milik Radmeoqiescoe. Setakat ini kita hanya mempunyai empat markas. Gambar markas yang kau pegang itu ialah Markas Rad. Markas tu terletak dekat Tawau,Sabah berdekatan satu pelabuhan rahsia. " beritahu Rossamary dengan lebih terperinci.

"Explain all about the Markas and location."Arah Anggun Madeannah lalu duduk dengan menyilangkan kakinya. Dipandang wajah Rossamary yang mula serius.

Rossamary mengambil tiga lagi keping gambar dan satu lagi masih ditangan Anggun Madeannah.

"This one is Markas Meo. Markas ni dekat Rio,Brazil. Tempat penyimpanan segala senjata api yang telah diimport dari Israel. Semuanya akan disimpan rapi dalam markas ni. Tempat Markas Meo tidak terdapat dalam peta google mahupun peta dunia termasuk markas yang lain" terang Rossamary lalu memandang gadis itu. Dingin saja wajah Anggun Madeannah. Fokus benar.

"Next"

"Ini Markas Qies. Terletak di perancis bahagian pendalaman. Tempat ini tidak sesuai di kawasan bandar. Bimbang musuh akan dapat menghidu jejak penyimpanan senjata api milik kita. Semua musuh dahagakan sengata api yang sememangnya sukar didapati di Israel dan Itali"

Anggun Madeannah hanya mengangguk faham.

"Last"

"Ini Markas Coe di Italy. Markas yang pernah diserbu oleh beberapa musuh Radmeoqiescoe and Helliessie. Kerana markas ini menyimpan barang-barang perlindungan dan baju besi kalis peluru. Yang sememangnya semua orang mahukan untuk melindungi diri mereka"

"Nice! Sekarang aku nak tahu berapa ramai anak buah aku" pinta Anggun Madeannah sebelum mengambil tiga keping gambar dari tangan Rossamary. Diperhatikan setiap markas itu. Semuanya tersembunyi disetiap semak-samun yang hijau. Jelas jauh dari bandar kecuali Markas Rad yang berada dekat dengan laut.

"Ini senarai anak buah termasuk yang baru melibatkan diri" Rossamary menyerahkan satu fail pada Anggun Madeannah yang menyenaraikan biodata tentang anak-anak buah dalam organisasi The Radmeoqiescoe.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now