A M 10

1.1K 57 9
                                    

" Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya " (Juara Tinju Dunia, Muhammad Ali)

***

KEESOKAN paginya, Dayang Syairah berjalan beriringan sekali lagi dengan Ashraf Naufil disekitar menara Eiffel Tower. Memandangkan itu sajalah tempat yang dekat dengan Hotel Pullman. Sempat juga mereka breakfast bersama dan menghantar makanan pada Anggun Madeannah.

Sahabatnya Anggun Madeannah masih tidak mahu keluar dari bilik sejak semalam. Mungkin sahabatnya itu masih terkejut dengan cerita benar yang disampai oleh lelaki disebelahnya ini.

"Kenapa Anggun tak nak ikut sekali?" Soal Ashraf Naufil. Hatinya masih teringat gadis itu. Sudahlah bersendirian.

"Dia sedih lagi tu. Semalam pun dia balik balik terbangun. Mimpi katanya" balas Dayang Syairah.

Mereka berdua teruskan berjalan disekitar. Pagi ini ramai orang berjalan bersiar-siar. Terutamanya yang sudah berkeluarga. Ceria dan gembira saja wajah mereka.

"Tak pernah aku tengo kau sebelum ni." Kata Ashraf Naufil memulakan perbualan.

"Huh? Saya?"

"Berapa lama sudah kau kenal Anggun?" Soal Ashraf Naufil lagi

"Dah lama. Dari sekolah menengah. Tapi masa tu aku bukanlah dikategorikan dalam bestfriend list Anggun. Cuma teman sekelas" balas Dayang Syairah sambil tersenyum sehingga menampakkan lisung pipitnya disebelah kiri.

Ashraf Naufil terpegun seketika sebelum menyoal lagi..

"Macam mana kau boleh bercinta dengan arwah Adam pula?"

"Kenapa kau nak tahu?" Soalan dibalas soalan oleh Dayang Syairah sambil memandang wajah Ashraf Naufil. Tapi lelaki itu cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Saja nak tahu. Masa tu kan kau dengan Anggun baru enam belas tahun. Aku rasa peliklah macam mana arwah Adam yang umur dah dua puluh lima tu jadi idaman kau" balas Ashraf Naufil sambil melihat wajah Dayang Syairah hanya dari ekor matanya.

"Hahahahahaha! Mesti lucukan. Budak enam belas tahun bercinta dengan lelaki berumur dua puluh lima tahun" gelak Dayang Syairah sendiri.

Ashraf Naufil masih diam. Hanya menunggu sambungan kata gadis itu. Seketika dia rasa terpegun lagi bila gadis itu ketawa.

"Sebenarnya arwah Adam yang mulakan dulu. Masa tu aku belum rapat lagi dengan Anggun ni."

"Sebab aku bukanlah jenis yang suka sangat berborak macam Anggun yang peramah"

Dayang Syairah mula membuka cerita..

"Masa tu Anggun macam tidak setuju habislah yang abang dia suka aku. Aku pun macam tu lah. Cinta monyetkan. Hahahahahah" kata Dayang Syairah lalu ketawa kecil.

Ashraf Naufil hanya senyum kecil. Lihat saja dari wajah Dayang Syairah yang mula bertukar, dia tahu gadis itu rindu memori lama.

"Eh? Kenapa muka kau tiba-tiba macam lepas kena hujan ni?" Soal Ashraf Naufil memandang wajah Dayang Syairah yang sudah kelihatan sayu.

"Lepas perginya arwah Adam, aku tidak lagi jumpa Anggun. Sebab aku pindah sekolah dekat kampung nenek aku" sayu saja Dayang Syairah bercerita.

"Macam mana boleh jumpa Anggun balik?" Soal Ashraf Naufil.

"Masa aku masuk Universiti. Kami sama Universiti masa tu cuma lain aliran. Aku yang tegur dia dulu. Dia pun ingat dekat aku. Disitulah mula jejak persahabatan kami" tersengih-sengih Dayang Syairah. Ashraf Naufil juga turut nembalas dengan senyuman manis.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now