A M 34

946 50 0
                                    

ANGGUN Madeannah menghayati permandangan lautan yang hanya disinari cahaya bulan penuh. Bintang-bintang berkilauan di seluruh angkasa. Alangkah indahnya jika dia tidak perlu memikirkan apa-apa dan hanya menjadi bintang yang sentiasa berkelipan di sana.

Teringat akan wajah sedih Umi dan Nenek kepada suaminya tadi, Puan Rokiah dan Puan Rosenah membuatkan hatinya rasa bersalah. Bukan dia mahu pulang awal. Jikalau boleh dia mahu berlama-lamaan disana bersama orang-orang yang sudah membuatkan hatinya jatuh sayang. Malah, sayang dari Puan Rokiah membuatkan dia rindu pada arwah ibunya.

"Hey..." tegur seseorang dibelakangnya. Anggun Madeannah menoleh perlahan lalu memberikan senyuman kecil pada figura itu. Sampai bila dia mahu mengelak dari lelaki itu?

Walaupun lelaki itu sukar ditafsirkan, lelaki itu jugalah orang yang membuatkan dirinya jatuh cinta.

Quzyairi berjalan perlahan mendekati isterinya yang sedang berdiri di tepi palang. Ikutkan hati, mahu saja dia tinggalkan Anggun Madeannah di Pulau Helliessicies bersama keluarganya. Dia mahu keselamatan isterinya terjamin disana. Tetapi kali ini, tempat yang paling selamat sudah pun dicerobohi oleh orang-orang BlackScorpine.

"Kau masih marahkan aku?" Soalan pertama yang keluar dari kerongkong Quzyairi tanpa memandang ke arah Anggun Madeannah.

"Marah pun tiada guna juga. Lebih baik lupakan" balas Anggun Madeannah perlahan.

Fahamlah Quzyairi, isterinya pasti rindukan anak kecil bernama Ana. Dia sebenarnya kagum dengan Anggun Madeannah kerana mudah menyelesakan dirinya dengan Ana seperti anak kandungnya sendiri. Sifat keibuan itu sentiasa mencuit hatinya.

"Kau rindukan Ana?" Soal Quzyairi perlahan. Dia berdiri bersebelahan Anggun Madeannah sehingga bahunya berlaga pada bahu isterinya. Tetapi gadis itu menjauhkan diri.

"Tipulah kalau aku tak rindu. Ana dah macam anak aku sendiri," balas Anggun Madeannah perlahan. Kesejukan angin malam jelas mencengkam tulang-belulangnya. Dengan hanya memakai gaun tanpa lengan bercorak floral, sejuknya macam berendam dalam kolam ais.

"Sayang betul kau dengan Ana kan? Kau sanggup tak pertarungkan nyawa kau untuk selamatkan Ana?" Lalu Quzyairi melihat isterinya memeluk bahu akibat kedinginan, dia terus membuka jaket kulitnya dan sarungkan pada belakang tubuh Anggun Madeannah.

"Thanks" Anggun Madeannah memberikan senyuman kecil. Quzyairi hanya menganggukkan kepala tanpa membalas senyuman.

"Kalau dengan pertarungkan nyawa dapat selamatkan Ana...aku akan lakukan" sambung Anggun Madeannah perlahan. Dicengkam lembut jaket kulit milik Quzyairi yang menutupi tubuhnya.

Quzyairi disebelahnya sudah menghela nafas kecil. Dia tidak tahu sebegitu besar sayang Anggun Madeannah pada Ana. Apa agaknya reaksi isterinya bila tahu rahsia itu?

"Kau nak dengar satu cerita?" Soal Quzyairi lalu memandang ke arah isterinya. Anggun Madeannah turut membalas pandangannya.

"Tentang apa?" Lalu dia mengalihkan pandangannya. Dia lemah bila melihat mata lelaki itu. Sungguh menawan buat hatinya berdetak laju.

"About who is Ana"

Dahi Anggun Madeannah mula berkerut nipis.

***

ANA tersedar dari lena. Matanya terkelip-kelip akibat cahaya lampu dalam ruang itu. Tangannya perlahan-lahan menenyeh matanya.

"Mama..." panggilnya perlahan. Dipandang seluruh ruang. Berbeza.

"Mama...Ana takut," guman Ana perlahan. Lantas ingatannya teringat tentang kejadian tadi pagi. Dia dibawa lari oleh seorang yang tidak dikenali.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now