Bab 24

13.2K 548 5
                                    

Ridzwan pulang dari Kolejnya agak lewat kerana menyiapkan tugasan berkumpulan. Matanya meliar mencari kelibat aku. Kebiasaannya kalau dia balik mesti aku akan duduk dekat ruang tamu tengah menonton tv sambil makan snek.

Sudah seminggu Mak mah pulang ke rumahnya oleh sebab itu lah rumah menjadi sedikit sepi. Ridzwan mencari aku dari setiap sudut. Di pejabat Abi, di dapur, di halaman belakang di dalam bilik, dan semuanya tak ada.

Dia teringat akan satu bilik yang sangat di gemari oleh aku. Ridzwan melangkah ke bilik yang di maksudkan. Sunyi. Tiada sebarang bunyi. Ridzwan meninjau dari setiap sudut.

Matanya tertancap pada seseorang yang nyenyak tidur bersandar di rak buku sambil memeluk kotak viola.

"Haih.. dekat sini rupanya"kata Ridzwan bercangkung di hadapan aku. Dia melihat raut wajah aku yang masih lagi bersisa air mata. Mata aku yang bengkak di sentuhnya perlahan.

"Dia menangis"ucap Ridzwan sendiri.

Ridzwan mengalihkan kotak viola yang di peluk aku ke sisi. Terus mengcempung tubuh kecil ku ke bilik tidur.

Tubuh aku di letakkan di atas katil. Ridzwan beranjak dari katil ingin ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Awak dah balik?"tanya aku menggosok mata.

Langkah Ridzwan terhenti.
'awak?' bisik hati Ridzwan.

"Ha'a baru balik. Ada tugas berkumpulan tadi"kata Ridzwan sambil membuka bajunya.

"Sorry saya tak sempat masak hari ni. Saya tertidur"kata ku.

"Tak pe. Nanti kita keluar"jawab Ridzwan dan berlalu ke bilik air.

Ridzwan memandang wajahnya di dalam cermin.

"Aku tak salah dengarkan? Dia bahasakan 'awak-saya'? Pelik betullah. Aku pulak yang rasa janggal. Memanglah aku cintakan dia, tapi takkan secepat itu dia boleh tukar panggilan. Mesti ada yang tak kena ni"kata Ridzwan sendiri.

************************************

Ridzwan berlari keliling rumah bagi mengelakkan diri dari aku yang mahu menangkapnya. Dari tingkat 3 hingga ke dapur aku mengejar Ridzwan. Ridzwan bersembunyi di belakang Mak Mah.

"Eh! Eh! Kamu berdua ni dah kenapa?"tanya Mak mah yang memegang penyapu.

"Entah si kenit ni duk kejar Ridz"kata Ridzwan yang berada di belakang Mak Mah.

"Eh! Kau yang ambil barang aku kan! Bak lah balik!"marah aku dengan hentakan kaki.

"Kamu berdua ni kan macam budak-budak lah. Main kejar-kejar. Dah tak de kerja lain dah nak buat?".

"Mak mah.. tengok lah si Ridz tu ambik barang Elly"adu ku menghentak kaki.

"Ridz.. bagi balik barang Elly. Dah Mak Su nak keluar ni"kata mak mah.

"Okay mak su"Ridzwan terseyum. Terus berlari dari situ menuju ke bilik musik.

"Muhammad Ridzwan!!! Bagi balik!!"jerit aku terus mengejar Ridzwan sehingga ke bilik Musik.

Di bilik Musik...

Aku memandang Ridzwan dengan pandangan tajam. Ridzwan hanya tersenyum. Aku menggapai sekeping kertas yang berada di tangan Ridzwan. Malangnya, Ridzwan membawa tangannya tinggi di udara sehingga aku tidak dapat mencapainya. Wajah aku sudah cemberut.

"Ridz.. bagilah balik gambar tu...tu gambar lama aku lah.. Dah lah buruk. Kau nak simpan buat apa?"kata ku masih lagi menggapai.

"Buruk ke? Bagi aku comel je. Muka kau tembam gile"Ridzwan tergelak.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now