bab 4

16.3K 729 46
                                    

Hari sudah semakin senja. Kedengaran hon kereta menyedarkan aku dari lamunan. Aku segera menghapus airmataku menggunakan tapak tangan.

Kereta Mercedes-benz hitam masuk ke perkarangan rumah agam. Aku tahu itu pasti abang aku sudah balik.

Aku segera menerpa ke arah abang yang baru sahaja keluar dari kereta. Aku memeluk abang ku dan senyuman nipis di ukir.

"Adik, kenapa hidung merah ni. Mata sembab. Adik nangis ke?"tanya Ery. Pelukan di leraikan. Aku memeluk lengan abang dan berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.

"Mana ada. Tadi adik kemas barang dalam stor itu yang merah hidung ni bersin"kata aku mengelat.

"Adik buat apa dalam stor?".

"Erm.. adik.. adik cari topi adik yang warna pink tu. Abang ada nampak tak?".

"Kalau tak silap abang ada dalam studio adik tu".

"Abang naik atas dulu ya, lepas tu kita keluar".

"Yeay! Abi ikut?".

"Yup. Abi ikut".

Aku melompat keriangan. Kaki diatur naik ke bilik. Aku berdiri menghadap cermin memandang susuk tubuhku yang kecil.

Usai bersiap, aku menuruni anak tangga ke ruang tamu bagi menunggu abang aku. Tetapi, malangnya abang aku terlebih dahulu siap daripada aku. Aku memandang Ery yang duduk di atas sofa.

Seperti yang aku katakan. Abang aku memang hensem. Sampai aku pun boleh cair. Ery menoleh ke arah ku yang menuruni anak tangga.

"Wow adik, it is you?"terpana abang ku memandang aku.

"what? Ada yang tak kena ke?"aku menilik tubuh ku.

"no, you look pretty tonight. Shall we?"

Aku mencapai heel aku di dalam almari lalu melangkah keluar ke kereta abang Ery.

***************
"Weh Ridz, esok dah start cuti penggalkan. Kau ada rancang nak pergi mana-mana ke?"tanya Haziq.

"Aku? Em.. Entahlah. Aku pun tak terfikir lagi. Memandangkan mama dengan papa aku sibuk. So, kita pergi camping nak tak?. Lame dowh tak pergi camping"cadang Ridzwan.

"Ape? Camping?! On!!"kata Mirul.

"Geng, cuti nanti camping!"kata Zaim bersorak.

Kesemua rakan-rakannya bersorak. Memang sudah lama mereka tidak berkhemah. Kalau di sebut pasal camping. Memang meriahlah geng mereka tu.

Di dorm sebelah,

Zack yang terdengar akan berita itu turut merancang bersama rakannya untuk bercamping. Rancangan Zack itu sudah semestinya ada muslihat dia tersendiri.

"Geng, aku nak kita pergi camping sama tempat dengan Ridz pergi. Aku ingat aku nak hancurkan rancangan camping dia tu."Zack tersenyum sinis. Rakan-rakannya mengangguk tanda faham.

***************

Aku tiba di restaurant di mana abi telah pun menunggu. Aku tersenyum girang melihat abi di hadapan aku. Nak tahu kenapa? Abi aku pergi outstation selama 3 minggu dan hari ni abi sudah pulang. Mestilah gembira. Aku memeluk abi dan duduk di atas kerusi bersebelahan abi.

"so, how was your day without me?"tanya dato Eric kepada aku.

"erm.. Not bad. Abi tahu tak adik dah terkenal sekarang ni"kata aku gembira.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now