Bab 12

13.4K 573 1
                                    

Ridz yang sudah menukar pakaiannya mengajak aku pulang. Aku hanya menurut sahaja kata-kata Ridz. Sepanjang perjalanan pulang, aku diam membisu tidak berani untuk bersuara apabila melihat wajah Ridzwan yang tegang.

Setibanya di perkarangan rumah, Ridz masih lagi diam.

"Ridz, jom masuk dulu. Abi aku ada dekat dalam"sahut aku lembut.

"Oh?ha? Okay"jawab Ridz seolah-olah dia baru tersedar dari lamunan.

Kami keluar dari perut kereta lalu memasuki rumah dengan di dahului dengan salam.

"Wa'alaikumsalam, dari mana ni Ridz?"tanya encik eric.

"Dari litar abi. Ada training hari ni"jawab Ridz. Sejak sudah bergelar tunang aku ni panggilan uncle terus bertukar kepada abi. Ye lah dah nak kawin kan

"Oh..kalau macam tu makan malam dekat sini jelah. Ya?"saran Encik Eric.

"Okay abi".

Sebaik sahaja abi berlalu ke bilik kerjanya, Ridz berbaring di atas sofa panjang. Aku pula dari sampai tadi terus ke bilik.

Tidak lama kemudian, aku menuruni tangga dengan memakai baju sweater oversize sehingga paras lutut. Aku ternampak Ridz yang tertidur di atas sofa ruang tamu. Aku menghampiri Ridz sambil menyanggulkan rambut menjadi bun.

"Ridz, bangun."kejut ku.

Ridz membuka matanya lalu memandang aku.  Kening di jungkitkan.

"Bangun solat maghrib. Apa yang tidur dekat sini. Bilik tetamu tu kosong kan. Kenapa tidur sini"bebel aku.

"Sejak bila kau suka membebel ni"Ridz bangun lalu membetulkan posisi duduknya.

"Pergi lah solat. Nanti abi datang tegur baru tahu"kata aku menarik jaket Ridz.

"Ya. Ya. Ish.. membebel je makcik ni"omel Ridz.

Aku bangkit dari duduk lalu kaki di hayun ke dapur. Sesi memasak pun bermula.

Selesai memasak aku menghidang lauk dan nasi di atas meja. Ery menuruni anak tangga terbau sesuatu yang menyelerakan. Terus dia bergegas ke dapur.

"Wah... Ni semua ni adik masak ke? Ke adik beli dekat kedai"tanya Ery seloroh. Laju betul mulut abang aku ni.

"Eh! Hello, mulut abang tu jaga sikit. Ni adik masak lah"aku menafikan. Ini Elly Juliana lah.. bab masak memasak ni serah je dekat aku. Jangan pandang sebelah mata tau.

Ridz yang baru sahaja selesai solat terus melangkah ke dapur. Terjungkit keningnya melihat hidangan di atas meja.

"Elly, betul ke kau masak?"tanya Ridz.

"Ha, Ridz pun tak percaya adik yang masak"kata Ery dengan tawa.

"Ish! Kau ni. Aku masak penat tau. Dah lah aku nak panggil abi"aku berlalu dari situ berserta hentakan kaki tanda merajuk.

"Selamat memujuk ya"kata Ery menepuk baju Ridz.

"Apa pulak Ridz. Abang Ery kan yang mulakan". Ery mengambil tempat duduk.

Tok!tok!tok!

Pintu bilik kerja encik eric di ketuk dari luar. Bunyi sahutan dari dalam menyuruh masuk. Aku memulas tombol pintu. Kaki di atur ke meja kerja abinya.

"Abi, jom makan"ajak Elly.

"Okay jom"pen di letakkan lalu mengikuti langkah anaknya ke dapur.

Sedang kami menjamu selera, Abi bersuara memecah kesunyian.

"Ridz, dah sedia ke nak jadi suami?"soal Abi.

"Kalau tak sedia pun kena sedia juga abi. Majlis dah dekatkan"jawab Ridz.

"Nanti, Ridz tolong jaga Elly baik-baik. Lepas je adik kahwin, abang Ery dah kena fly ke Australia dah. Abi pulak ada projek dekat Sydney"kata abi.

"Baik Abi. Ridz akan jaga Elly selagi terdaya"kata Ridz.

******************

Seusai makan, aku duduk di kerusi malas di tepi kolam sambil memeluk lutut. Kepala ku dongak melihat langit yang di penuhi bintang-bintang yang menghiasi langit malam.

"Kau buat apa dekat luar ni?"tanya Ridz.

"Tak ada lah. Aku just ambil angin je"jawab aku.

"Kau mesti terfikir pasal esokkan?"kata Ridz duduk di kerusi sebelah aku.

"Aku takut. Aku takut kau kalah"aku menundukkan wajahku memandang kolam. Dagu ku di tongkat diatas lutut.

"Aku tak akan kalah dengan Zack. Aku tahu yang dia akan main kotor esok. Aku dah minta tolong abang kau pasal esok"kata Ridz berdiri menggosok kepala aku macam budak-budak dah dia buat aku ni.

"Betul ke kau tak akan apa-apa?"aku mendongak memandang Ridz yang berdiri di sebelah ku.

"Aku janji dengan kau yang aku akan okay. Dah aku balik dulu"kata Ridz dan melangkah pergi dari situ.

Deruan enjin kereta milik Ridz menyedarkan aku. Segera aku berdiri dan melangkah ke pintu rumah.

Aku menghantar Ridz dengan pandangan sayu. Ridz memandu keluar dari perkarangan rumah aku dan terus meluncur laju pulang ke rumahnya.

Kaku aku dihayun menaiki anak tangga menuju ke bilik. Wajah ku sembamkan di atas katil. Tanpa ku sedar, air mata mula jatuh berguguran.

Aku dapat rasa yang aku sudah mula sayangkan Ridz tetapi hati ku ego. Sekarang ini, aku betul-betul risau akan perlumbaan esok. Ridz akan okay ke esok.

"Adik, boleh abang masuk"sahut ery dari luar.

"Masuklah!"laung aku.

Ery memasuki bilik ku lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Adik, adik risaukan Ridz ke?".

Aku mengangguk dengan wajah yang tertunduk.

"Adik, Ridz tu lelaki. Dia ada rasa tanggungjawab untuk lindungi adik. Ridz dah cerita semuanya dekat Abang dan abi. Adik percaya pada dia."kata ery lantas memaut kepala aku kedalam pelukkannya.









Bersambung....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now