Bab 30

13.1K 506 3
                                    

Hari yang di tunggu-tunggu oleh Ridzwan telah pun tiba. Ridzwan perlu ke johor untuk menyertai perlumbaan motosikal negeri.

Aku dan Ridzwan menuruni tangga sambil Ridzwan membawa dua buah bagasi bersaiz sederhana besar. Kami menuju ke ruang tamu di mana semua ahli keluarga berada.

"Dah nak pergi dah Along?"tanya abah

"Ya bah, takut lambat pulak sampai sana"jawab Ridzwan.

"Kami minta diri dulu mama, abah"kata aku sambil menyalami tangan mama dan abah

"Kak long nanti jangan lupa beli buah tangan dekat Raiqal tau"ujar Raiqal. Aku tersenyum mengangguk.

"Tak malunya muka kau minta buah tangan. Umur dah 15 tahun nak buah tangan lagi"kata Ridzwan.

"Biarlah. Kak long tak de cakap apa pun"kata Raiqal menjelir lidah. Ridzwan menggulingkan matanya menyampah dengan sikap adiknya yang mengada-ngada.

"Kak long, kak long.. Raisha pun nak jugak buah tangan"kata Raisha. Aku duduk melutut di hadapan Raisha.

"Iye.. nanti kak long belikan"kata aku mengelus rambut Raisha.

Ridzwan dan aku melangkah ke kereta. Bagasi di masukkan kedalam bonet. Kereta Ridzwan keluar dari perkarangan rumah. Kami berlalu dengan lambaian dari ahli keluarga.

Di dalam kereta.

Aku membuka aplikasi instagram lalu mengupload gambar yang baru di ambil.

************************************Ridzwan yang fokus dengan pemanduannya memandang ke arah aku sekilas yang sudah terlena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


************************************
Ridzwan yang fokus dengan pemanduannya memandang ke arah aku sekilas yang sudah terlena. Ridzwan memasuki kawasan RnR untuk berehat seketika setelah 3 jam pemanduan.

"Sayang, bangun. Jom kita pergi makan dulu"kejut Ridzwan.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Badan di regangkan habis berbelit urat aku kalau tidur dalam kereta. Aku menenyeh mata supaya penglihatan ku jelas.

"Dekat mana ni bang?"tanya ku.

"Kita dekat RnR. Jom pergi lunch dulu. Lepas tu solat zohor."ujar Ridzwan sambil membuka tali pinggangnya.

Aku mengangguk. Kami keluar dari perut kereta menuju ke tempat makan. Aku mengambil tempat duduk di salah satu bangku di situ sementara Ridzwan memesan makanan.

Tidak lama kemudian, Ridzwan datang dengan membawa makanan yang di pesan. Ridzwan melabuhkan punggungnya di hadapan aku

"Abang, lama lagi ke nak sampai. Elly penatlah"rungut aku menongkat dagu dengan mulut di muncungkan

"Lagi 3 jam sampai lah. Tadi abang cakap tak payah ikut nak ikut jugak"kata Ridzwan sambil menyuakan nasi ke mulutnya.

Usai makan, kami terus ke surau untuk solat zohor. Selesai solat, Ridzwan kembali meneruskan perjalanan.

************************************
Tiga jam kemudian,

Akhirnya sampai juga di hotel yang sudah di tempah oleh pihak pengurusan Ridzwan. Ridzwan memberhentikan keretanya di hadapan lobby. Bagasi di dalam bonet di bawa keluar.

Kami memasuki hotel setelah pekerja hotel membawa kereta Ridzwan ke parking basement. Aku duduk di sofa lobby sementara menunggu Ridzwan check in hotel.

Aku yang sedang duduk di sofa perasan akan seseorang duduk di sofa sebelah aku. Aku mengangkat wajah memandang si gerangan.

"Hai, nama saya Fir. Saya pelumba Kelantan. Nama awak apa?"tanya orang yang duduk di sofa sebelah aku dengan huluran tangan.

"Erm.. nama Elly"jawab aku tanpa menyambut huluran tangan Fir.

"Awak datang berlumba jugak ke? Tapi saya rasa perempuan secantik awak tak sesuai untuk masuk berlumba. Sesuai jadi umbrella girl"kata Fir.

'Mamat ni kenapa? Tiba-tiba nak kenal dengan aku. Nampak rupa dia macam muda lagi.'bisik hati ku.

Seseorang berdehem menyedarkan aku dan Fir. Fir memandang orang itu lalu berdiri menghadap orang itu.

"Kita jumpa lagi ye Ridz. Musuh lama"ujar Fir tersenyum sinis menghulur tangan untuk berjabat tangan.

Ridzwan tidak menyambut lantas tangannya menarik tangan aku agar berdiri. Serentak berdiri dengan tangan Ridzwan masih lagi memegang tangan aku erat.

"La... Ni adik kau ke? Aku baru nak try tadi"kata Fir.

"Dia bukan adik aku. Tapi isteri aku. Aku warning kau jangan dekat dengan isteri aku kalau kau nak hidup lama"kata Ridzwan dingin. Terus menarik tangan aku dan bagasi pergi dari situ.

Kami berjalan memasuki lif. Keadaan jadi tegang seketika. Wajah Ridzwan yang sudah berubah dingin membuatkan aku gerun untuk menegurnya.

Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik hotel. Ridzwan menyentuh kad bilik pada pemegang pintu.

"Abang tak nak Elly rapat dengan dia. Jangan sesekali dekati Fir"kata Ridzwan dingin. Aku hanya mampu terdiam dan mengangguk.

Pintu bilik di buka. Ridzwan memasuki bilik terlebih dahulu sambil mendorong bagasinya memasuki bilik.

"Sayang kenapa tercegat lagi dekat situ? Masuklah"kata Ridzwan.

"Ha? Oh? Okay"aku tersedar dari lamunan terus memasuki bilik dengan menarik bagasi ku

"Wow" itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku. Ruangan bilik itu sangat luas. Dan besar. Di sertai dengan katil king. Bilik air pula di hiasi dengan corak marble yang sangat elegent. Bilik air itu juga terdapat tab mandi yang boleh memuatkan dua orang di dalamnya.

"Cantik?"tanya Ridzwan.

"Cantik.. cantik sangat Elly suka"jawab ku tersenyum.

"Bilik ni, coach abang yang tempah tanda hadiah pengantin baru. Sebab masa kita kahwin coach abang tak dapat datang"kata Ridzwan.

Aku mendengar hanya meng'o' kan sahaja. Ridzwan merebahkan badannya di atas katil. Badannya sudah kebas apabila memandu terlalu lama.

"Kesiannya.. cik abang sorang ni.. penat ye.."kata ku ketawa kecil.

"Penatlah, lama kut abang drive. Sayang bukan nak tolong drive"kata Ridzwan memejamkan matanya.

Kedengaran ketukan pintu dari luar. Aku berjalan menghampiri pintu lalu melihat kelibat siapa melalui lubang pintu. Aku membuka pintu dan menutup kembali.

"Siapa yang datang?"tanya Ridzwan mengubah posisi baringnya ke duduk.

"Pekerja hotel bagi kunci kereta. Nah"aku membaling kearah Ridzwan. Tanpa di sangka kunci itu terkena kepala Ridzwan.

"Aduh..."adu Ridzwan menggosok kepalanya.

"Sorry abang. Hehe"kat ku

Ridzwan memandang aku dengan pandangan yang sukar di tafsir. Dia turun dari katil lalu menghampiri aku. Aku mula kecut. Semakin lama Ridzwan semakin hampir dengan aku. Aku terkunci di dinding.

Ridzwan mengunci pergerakan aku dengan melekatkan kedua belah tangannya ke dinding. Badannya di rendahkan sedikit bagi menyamakan tingginya dan aku.

"Dah habis ke gelakkan abang"kata Ridzwan perlahan dengan suara serak-serak basahnya. Jantung aku mula mengepam laju.

"Malam ni. Abang akan denda sayang sebab buat abang sakit"kata Ridzwan tersenyum sengat. Tuala mandi di capai lalu memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri.

Aku menekap tangannya ke dada. Degupan jantung aku sangat pantas sepantas larian pecut.

"Aduh... Mati aku malam ni"kata ku sendiri.










Bersambung....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now