Bab 13

12.9K 560 7
                                    

Hari yang dijanjikan tiba. Tengah hari itu, Ridz datang ke rumah aku untuk menjemput aku ke litar. Aku mula rasa tidak sedap hati. Macam akan ada sesuatu yang busuk bakal berlaku. Aku memasuki perut kereta dan Ridz terus memandu bergerak ke litar.

Setibanya di litar, ramai orang yang sudah datang. Nampaknya Zack mengajak penonton. Ridz memaut pinggang ku supaya berjalan menghampirinya dan tangannya lagi satu di masukkan ke dalam poket seluar.

Kami berjalan menuju ke pit di mana kumpulan petugas Ridz berada. Ramai crew yang ke hulu ke hilir dengan barang-barang dan ada yang masih membaiki motor.

Ridz dan aku berada di bawah khemah di pitnya. Haziq menghulurkan tshirt berkolar berwarna merah dan ada jenama dan lambang di baju itu kepada aku.

"Elly kau pergi tukar baju ni"kata Haziq.

Aku mengangguk lalu bergegas ke tandas untuk menukar pakaian. Ridz pula sedang bersedia di bawah khemah. Baju berlumba sudah pun tersarung di badan sebaik sahaja aku bergerak ke tandas tadi.

Ridz tekun mendengar taklimat dari coachnya. Coachnya juga tahu bagaimana cara permainan Zack. Selalu main kotor dan ada saja helah dia untuk menang.

Aku kembali ke khemah setelah siap menyalin pakaian. Mata ku terpandang Ridzwan yang dari tadi lagi kakinya tergedik-gedik. Tak senang duduk nampaknya. Penonton sudah ramai yang datang memenuhi litar sepang. Keluarga aku dan Ridz juga turut sama ada di situ. Mereka turut risau akan Ridz. Pada mulanya mama dan abah Ridzwan melarang Ridzwan untuk berlumba kerana majlis perkahwinan sudah dekat. Tetapi, Ridz berkeras. Katanya demi melindungi aku. Aww.. so sweetnya tunang aku ni. Eh! Eh! Husband to be. Akhirnya mama dengan abah Ridz membenarkan dia untuk berlumba.

Bendera sudah di naikkan menandakan agar peserta bersedia. Aku sebagai umbrella girl memayungi Ridz yang berjalan ke motornya sambil memakai sarung tangan. Jurukamera merakam setiap inci pergerakan Ridz dan Zack.

Ridz menaiki motornya. Helmet fullface di sarungkan ke kepala. Visor di buka. Matanya memandang aku yang memayunginya. Terus pandangan Ridz berarah kepada Zack yang berada di sebelahnya.

Zack tersenyum sinis sambil tangannya memeluk umbrella girl. Aku menepuk belakang Ridz. Visor helmet di tutup dan mereka duduk dalam keadaan bersedia. Aku dan umbrella girl seorang lagi berjalan keluar dari litar. Ridz dan Zack masing-masing fokus memandang jalan.

Tit! Tit! Tiiit!

Bendera mula berkibar. Motor Ridz dan Zack meluncur laju. Aku bergegas ke pit lalu memakai headset yang di hulurkan oleh coach.

Aku tekun melihat perlumbaan itu melalui skrin besar di atas. Hati aku makin berdebar-debar. Ya memang aku risau. Tunang aku kut siapa tak sayang tunang sendiri walaupun ada juga perasaan benci tu. Biasalah manusia. Tak boleh elak dari ego. Luar je kata benci tapi dalam hati sayang..

Mereka sudah melepasi 6 laps pusingan. Kedua-dua motor kembali ke pit untuk mengisi minyak dan memeriksa tekanan tayar. Ridz memandang wajah aku yang redup kerisauan.

"Kau tak perlu risau sangat. Aku okay"kata Ridz.

Aku mendengar suara Ridz melalui headset yang berada di kepala ku. Selepas siap di periksa, motor kembali berlepas ke litar.

Kini sudah masuk pisingan ke 10 Zack tersenyum sinis di dalam helmetnya. Dia memecut mendekati motor milik Ridz dengan sengaja, Zack menendang belakang motor Ridz.

Ridz jadi hilang kawalan menyebabkan motornya terbabas melanggar tayar penghadang jalan. Motor Ridz melambung jauh dari tempat dia berada. Ridz terlantar di tanah tidak sedarkan diri. Semua orang terkejut melihat apa yang terjadi. Para medic bergegas mendapatkan Ridz.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now