Bab 45

10.7K 452 8
                                    

Sudah dua tahun aku berada di Perth. Kini tiba masanya untuk aku pulang. Pengajian ku telah pun tamat begitu juga dengan Ery. Hayiz kini sudah pun menginjak 2 tahun.

Aku meletakkan Hayiz di kerusi besi di sisi aku sementara menunggu Ery untuk check in tiket kapal terbang pulang ke malaysia.

Aku mencapai telefon bimbit ku di dalam beg tangan. Terus nombor seseorang di dail.

"Hello assalamualaikum".

"......"

"Elly baru nak check in flight. Malam Esok pastikan menjadi ya".

"......"

"Okay jangan sampai dia tahu".

"......"

"Okay assalamualaikum".

Telefon di simpan kembali kedalam beg. Kelihatan Ery sedang berjalan menghampiri aku dan Hayiz.

"Nah passport kau dengan Hayiz. Flight lagi 30 minit"ujar Ery menghulurkan passport aku dan Hayiz.

"Jadi ke nak buat tu malam esok?" Tanya Ery.

"Jadi lah. Semua orang dah tahu. Takkan nak batalkan."

"Sempat ke? Nanti kau nak kena daftar Hayiz lagi untuk kewarganegaraan malaysia. Buat surat beranak dia lagi".

"Kau ni! Ridz kan ada. Aku pergilah dengan Ridz. Bapak dia kan. Takkan nak biar anak dia macam tu je"kata Elly geram.

"Yelah..."Ery menggulingkan matanya.

**********
30 minit kemudian.

Kedengaran pengumuman pesawat ke malaysia. Aku mendukung Hayiz untuk ke balai perlepasan. Ery pula terpaksa membawa beg aku. Yelah.. mana boleh nak dukung anak lagi, nak bawa beg lagi. Apa gunanya ada lelaki.

Mereka masuk ke pesawat. Kaki di atur ke kelas perniagaan. Apa salahnya bazirkan duit bapak sendiri. Untuk keselesaan anaknya juga kalau duduk kelas perniagaan.

Sepanjang perjalanan, Hayiz tidak banyak meragam. Merengek sikit-sikit tu adalah. Terpaksalah aku membawanya berjalan sekeliling kelas perniagaan. Sampai pramugari pun geram tengok Hayiz yang terlampau comel.

5 jam setengah kemudian,

Kapal terbang mendarat di lapangan terbang KLIA dengan selamat. Troli bagasi di sorong menuju ke lobby di mana mama dan abah sedang menunggu.

Aku yang mendukung Hayiz terus mendapatkan mama. Gembira dapat pulang ke tanah air. Ery turut menyalami tangan abah sebaik sahaja dia tiba berdekatan aku.

"Mama, abah datang sini dia tak tahu kan?"tanya aku.

"Tak, dia dekat office. Sekarangkan waktu bekerja"jawab mama.

"Jom abah hantar Ery dengan Elly balik rumah dulu. Malam nanti nak siap-siap"ujar abah. Kami memasuki kereta milik abah dan terus bergerak pulang.

Abah hanya memberhentikan aku dan Ery di hadapan rumah. Kerana perlu membuat persiapan untuk malam ini.

Aku dan Ery berjalan masuk ke dalam rumah. Pintu di kuak luas dari luar. Rumah yang tersergam indah didiami ku sejak kecil itu kelihatan bersih. Mungkin Mak Mah sentiasa datang membersih rumah.

"Haih.. tak sabarnya nak jumpa"ucap aku sendiri.

Aku meletakkan Hayiz ke bawah membiarkan dia merayau di sekitar rumah.

"Mi, Mi, papa. There is papa"kata Hayiz yang sudah petah berkata-kata tetapi masih lagi ada pelat sedikit. Jari telunjuknya di hala ke frame gambar Ridzwan yang terletak di meja hiasan.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin