Bab 26

12.9K 534 2
                                    

Ridzwan memasuki rumah. Sofa di henyak sambil melonggarkan tali lehernya. Aku yang baru masuk menjenguk ke arah ruang tamu di mana Ridzwan bersandar.

Aku berdiri di belakang sofa yang diduduki Ridzwan. Siku aku di tongkat ke kepala sofa sambil wajah ku berpaling memandang Ridzwan.

"Penat sangat ke?"tanya Elly.

Ridzwan membuka matanya lalu memandang ke sisi. Kepala aku di elus.

"Penat lah jugak"jawab Ridzwan.

Wajah aku berubah mendung. Dia mula rasa di sebabkan dia, Ridzwan bekerja keras.

"Kenapa monyok ni? Bukan sebab sayanglah. Abang yang nak buat semua benda"kata Ridzwan.

Aku mula mengukir senyum nipis. Rasa bersalah pula dibuatnya. Ikut kan hatinya nak je dia kerja. Tapi Ridzwan tidak mengizinkan dia kerja.

"Abang pergi naik mandi, solat. Elly nak panaskan lauk kejap"ujar ku.

"Sayang masak ke?"tanya Ridzwan sedikit terkejut.

"Yelah. Apa? Ingat Elly tak boleh masak ke?". Ridzwan berdiri sambil memegang begnya.

"Tak delah.. ingatkan sayang suruh Mak su belikan"Kata Ridzwan terus berlari naik ke tangga kerana dia tahu pasti aku akan memukulnya kalau dia cakap aku beli makanan bukannya masak.

Aku menyanggulkan rambut tinggi lalu memasuki dapur. Di sebabkan mak mah cuti 2 hari, aku lah yang akan memasak.

Aku memanaskan lauk yang telah di masak sebelum mengambil Ridzwan tadi. Seusai itu, aku menghidangkan lauk di atas meja. Aku kembali ke dapur untuk mengambil air.

"Fuhh!! Sayang ke masak ni?"tegur Ridzwan melihat lauk yang di masak.

"Yelah. Takkan janda jiran sebelah kut"jawab ku meletakkan air di atas meja.

"Kalau janda jiran sebelah yang masak mesti lagi sedap"kata Ridzwan.

"Apa!... Abang jangan nak gatal sangat ea!!... Nanti... Elly sembelih abang buat Sup!.."tangan aku pantas mencubit perut Ridzwan.

"Aduh dududu. Ye,ye abang tak gatal. Ish! Bisa lah tangan dia ni. Dah macam ketam".

Aku menceduk nasi ke dalam pinggan Ridzwan lalu menuangkan air kedalam cawan dan di serahkan kepada Ridzwan.

************************************
Ridzwan berjalan menuruni tangga sambil memakai jam di tangannya. Aku yang sedang membaca novel di ruang tamu memandang Ridzwan yang kemas memakai baju Sweater dan berseluar jeans hitam.

"Abang nak pergi mana?"tanya ku.

"Abang nak keluar dengan kawan jap. Nak ikut ke? Kalau nak ikut pergilah siap"kata Ridzwan berdiri menghampiri aku di sofa. Aku mendongak memandang Ridzwan.

"Tak apalah. Malaslah nak keluar. Elly nak habiskan baca buku ni".

"Okaylah kalau macam tu abang pergi dulu. Duduk rumah elok-elok. Kalau nak keluar bagi tahu dulu"kata Ridzwan terus mengucup umbun-umbun ku. Aku sekadar mengangguk.

Bayang Ridzwan hilang di sebalik pintu rumah. Aku kembali membaca buku.

************************************
Hari sudah hampir malam. Aku yang duduk di rumah mula gelisah apabila Ridzwan belum lagi pulang.

Flashback..

"Weh, aku gerak lu. Dah lewat ni kesian Elly dekat rumah sorang-sorang"ujar Ridzwan.

"Okay bro,"jawab Haziq lalu berjabat tangan dengan Ridzwan begitu juga dengan yang lain.

Ridzwan berjalan keluar dari cafe. Langkahnya terhenti seketika apabila telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now