Bab 28

12.1K 543 22
                                    

"Assalamualaikum.."

Semua mata memandang ke arah pintu yang sudah sedia terbuka menerima tetamu.

"Wa'alaikumasalam.. eh! Puan Mirza masuklah"jawab mama menjemput tetamu yang di gelar puan Mirza itu.

Puan Mirza memasuki rumah di ikuti dengan seorang gadis yang memakai baju raya yang boleh tahan menjolok mata jugalah.

Terbuntang mata aku, Ridzwan dan rakan-rakannya melihat gadis yang masuk bersama Puan Mirza itu.

Puan Mirza dan gadis itu duduk di sofa ruang tamu. Aku yang melihat akan itu terus bergegas ke dapur untuk menghidang air.

Aku mendulang air dan diletakkan di atas meja di ruang tamu. Air di tuang dan di hulurkan kepada Puan Mirza dan gadis itu.

"Ini ke menantu kau tu Liza?"tanya Puan Mirza.

"Ya.. inilah menantu aku. Untung aku dapat menantu macam Elly ni. Semua benda dia boleh buat"puji mama

Aku menyalami tangan Puan Mirza dan gadis itu. Pipi di laga kan. Sempat gadis itu berbisik sesuatu pada aku

"Kau ingat kau dah bahagia, kau takkan bahagia selagi aku hidup"kata gadis itu berbisik. Aku sedikit menolak gadis itu dengan mata di besarkan.

"Baru aku ingat kalau si Ridz tu dah habis belajar, nak jodohkan dengan anak aku si Mia ni. Tapi.. jodoh Ridz dah sampai dulu. Nak buat macam mana"kata Puan Mirza kedengaran sedikit menyindir.

Ya, gadis yang ada di sebelah Puan Mirza adalah Mia.

"Mama, Elly naik atas dulu"pinta aku lalu kaki laju sahaja melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik. Ridzwan yang ada di meja makan hanya memandang aku naik ke bilik.

"Ridz, apasal dengan Elly tu?"tanya Haziq.

"Entahlah"jawab Ridzwan menjungkitkan bahunya.

Mia yang duduk di ruang tamu tadi datang menghampiri meja makan di mana Ridzwan dan kawan-kawannya berada.

"Hai..eh kita sedondonlah hari ni you. Nanti kita ambil gambar sama-sama ya"kata Mia tangannya di letakkan di atas bahu Ridzwan.

"Weh, korang duduk lu aku nak pergi pujuk isteri kesayangan aku kejap. Nanti kita ambik gambar dekat luar"kata Ridzwan mengendahkan kata-kata Mia.

"Orite bro"balas Zaim.

Mia bengang apabila Ridzwan berlalu begitu sahaja. Haziq, Yazid dan Zaim cuba menahan tawa dengan tangan menutup mulut.

Pintu bilik di ketuk lalu tombol pintu di pulas. Ridzwan memasuki bilik. Kelihatan aku duduk termenung di hujung katil. Ridzwan menghampiri katil lalu melabuhkan punggung di sisi aku. Bahu aku di peluknya.

"Sayang, kenapa duduk dalam bilik ni? Kan ada tetamu dekat luar tu?"tanya Ridzwan.

"Abang jelah layan tetamu tu. Hati Elly sakit sangat bila tengok dia tu"kata aku.

"Sayang... Dengar sini. Hati abang hanya untuk sayang sorang je. Dia tak boleh nak rebut abang dari sayang"kata Ridzwan cuba melegakan hati aku.

"Jomlah turun. Kawan-kawan abang dah nak balik tu. Kita bergambar dulu okay."kata Ridzwan lagi.

Aku menghela nafas berat. Wajah ku memandang Ridzwan senyuman diukir di bibir.

Ridzwan turun beriringan dengan aku. Tangan Ridzwan tidak berganjak dari memegang pinggang aku. Dia tidak mahu isterinya terasa hati lagi dengan kata-kata Puan Mirza.

Ridzwan dan aku mendapatkan Haziq, Yazid dan Zaim. Kami melangkah ke luar rumah untuk bergambar.

"Jom kita selfie dulu"kata Zaim terus mengangkat telefonnya tinggi di udara. Semua senyum menayangkan gigi. Ridzwan pula memeluk bahu Elly.

Selesai bergambar, mereka bersalaman untuk pulang. Mia yang berada di muka pintu memeluk tubuh dengan wajah yang cemberut menahan marah.

************************************
Hari pertama raya sudah hampir selesai. Pulang sahaja beraya, aku terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Badan aku sudah melekit-lekit dah rasanya. Seharian aku memakai baju kurung moden itu. Naik rimas pula rasanya.

Usai mandi, tubuh aku hanya di baluti dengan kain tuala yang besar. Rambut aku yang basah di biarkan begitu. Aku keluar dari bilik mandi terus badan ku tersentak apabila Ridzwan sedang berdiri betul-betul di hadapan ku.

"A..a..abang nak apa?"tanya ku menjarakkan sedikit badan ku.

Ridzwan tersenyum nakal. Aduh.. masak aku kali ni. Air liur ku di telan kesat. Ridzwan menundukkan sedikit badannya untuk memandang aku.

"Abang nak Elly malam ni"kata Ridzwan dengan suara yang menggoda. Tangan Ridzwan mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Nafas aku sudah tercungap-cungap. Jantung aku mengepam laju. Mati aku malam ni. Aku berfikir macam mana nak mengelak dari Ridzwan.

Tidak lama kemudian, Ridzwan keluar dengan hanya bertuala di pinggang. Aku yang sedang menyisir rambut di meja solek mula berdebar.

'aduh.. macam mana ni? Aku tak habis fikir lagi. Laki aku ni cepat betul dia mandi'bisik hati aku.

Aku meletakkan sikat rambut di atas meja solek. Kaki di hayun ke katil tanpa memandang Ridzwan. Takut, berdebar, cemas semua dia ada.

Ridzwan yang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala yang lain memandang aku yang mendekati katil dengan langkah yang agak janggal. Ridzwan tersenyum.

Kakinya diatur ke katil. Aku yang bersandar di kepala katil menutup wajah ku dengan kedua belah tangan. Ridzwan naik ke katil. Kepala di dekatkan ke telinga aku.

"Assalamualaikum sayang"ucap Ridzwan dengan suara yang mampu menggoda jiwa aku.

"Wa'alaikumsalam"jawab aku tangan masih lagi menutup wajah. Malu yang teramat sangat.

"Abang tumpang lalu ya"kata Ridzwan tersenyum senget. Terus lampu bilik di matikan.

Malam itu terlunas juga tanggungjawab aku sebagai seorang isteri yang tertunggak 4 bulan lalu.

************************************
Aku menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk memasak sarapan pagi. Rambut di sanggulkan. Apron di pakai. Dan mulalah sesi menukang di dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Selesai memasak, aku membawa bihun goreng yang diletakkan ke dalam bekas di meja makan. Mama dan abah turun lalu melabuhkan duduk di meja makan.

"Wah... Untung mama dapat menantu macam Elly"puji mama. Tak mandi aku nanti ni. Asyik kena puji je.

Raiqal dan Raisha menuruni anak tangga. Meja makan di tuju. Mereka duduk di kerusi meja makan lalu menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan.

"Mama, hari ni mama dengan abah nak pergi mana?"tanya Raiqal.

"Rumah kawan abah ada buat rumah terbuka. Nanti Raiqal siap-siap okay"bagitahu Encik Sulaiman.

"Elly ikut tak?"tanya Puan Haliza.

"Kalau Ridz pergi Elly akan pergi"jawab ku.

"Mana Ridz Elly? Tak bangun lagi ke?"tanya Encik Sulaiman.

"Tadi dah bangun dah. Tak tahu pulak kalau dia tidur balik"jawab ku.

Kedengaran suara menguap datang dari arah tangga. Ridzwan  datang menghampiri meja makan. Punggungnya di labuhkan sebelah aku.

"Haih along, mengantuk je nampak. Tak boleh tidur ke semalam?"tanya Encik sulaiman.

"Ridz kerja overtime semalam"kata Ridzwan tersenyum. Ekor matanya memandang aku.

Wajah aku mula memerah. Boleh pulak dia cakap macam tu. Malu aku di buatnya. Mama dan abah melihat anak mata Ridzwan bergerak ke arah aku terus mereka mengangguk tanda faham.

"Tak lama lagi dapat cuculah kita ye bang"kata mama tersenyum gembira.

Makin memerah muka aku di buatnya. Raiqal dan Raisha hanya khusyuk menyantap makanan. Mereka tidak memperdulikan apa yang dibualkan orang dewasa.









Bersambung....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now