Bab 35

11K 476 3
                                    

Mia duduk di hadapan meja soleknya. Dia memandang pantulan dirinya di dalam cermin tersenyum sambil tangannya menyisir rambut.

"Ridzwan...Ridzwan. Tak sangkakan. Tak lama lagi kau akan jadi milik aku. Dan aku akan hapuskan Elly Juliana"kata Mia sinis dengan sebelah kening terjungkit.

************************************
Aku duduk memeluk lutut di atas lantai di hujung katil. Air mata ku tidak kering, sentiasa mengalir. Hati ku sakit. Hancur. Aku memandang pregnancy test yang ada di atas meja solek.

Flashback.

Sebulan berlalu, aku mula rasa tidak sedap badan. Kepala aku selalu sakit. Aku hanya berbaring sahaja di dalam bilik. Mujurlah aku pulang ke rumah mama kalau tidak memang sorang-sorang saja lah di rumah sakit-sakit macam ni.

"Aduh.. sakitnya kepala aku"kata ku.

"Elly, ni mama ada masak bubur. Makan sikit ya. Lepas tu makan ubat"kata mama

Aku hanya mengangguk. Aku menyuakan satu sudu ke mulut. Beberapa detik bubur di telan, aku mula berasa mual. Segera langkah di atur ke bilik air. Aku memuntahkan segala isi perut yang ada.

Reaksi puan Haliza mula berubah. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, terus mama bertanya.

"Elly? Bulan ni Elly dah period ke?"

"Belum ma, dah terlepas 4 hari dah. Kenapa ma?"kata ku

"Elly mengandung?".

Reaksi aku pula bagaikan tidak percaya. Adakah aku betul-betul mengandung.

"Jom kita pergi farmasi beli pregnancy test"ujar mama.

Kami terus bersiap untuk ke farmasi. Pulang sahaja dari farmasi, aku terus mencuba pregnancy test. 15 minit kemudian, aku keluar dari bilik air. Akumenekup mulut bagaikan tidak percaya apa yang aku lihat. Kelihatan dua garis merah terang pada pregnancy test itu.

Aku tersenyum gembira. Tak sabar nak bagitahu Ridzwan tentang hal itu. Tiba-tiba bunyi kekecohan di luar. Aku meletakkan pregnancy test itu di atas meja solek dan terus melangkah keluar.

End flashback.

Aku mencapai telefon bimbit dan segera membooking tiket flight ke australia. Aku sudah berfikir panjang. Aku harus pergi. Pergi dari Ridzwan. Tidak lama lagi, Ridzwan harus berkahwin dengan Mia. Tak perlulah aku tunjukkan diri aku di hadapan Ridzwan lagi.

Sehelai kertas kosong di capai. Terus aku menulis pesanan terakhir kepada Ridzwan sebelum bergerak pergi.

*Pasang lagu di atas untuk mood sedih*

Aku mencapai bagasi lalu memasukkan segala pakaian dan keperluan aku ke dalam bagasi. Aku melangkah menuju ke meja solek gambar kahwin ku tatap sayu. Tangan aku mencapai frame gambar itu. Gambar Ridzwan di usap. Terus di masukkan kedalam bagasi. Anak aku nanti perlu tahu siapa ayahnya.

Aku menarik bagasi keluar dari bilik. Langkah ku di atur cepat menuruni tangga. Tiba-tiba aku di tegur oleh seseorang.

"Elly nak pergi mana?"mama mendapatkan aku.

Air mata aku gugur. Aku terus memeluk mama dan menyalami tangan mertua ku itu.

"Elly perlu pergi. Maafkan Elly mama. Halalkan makan minum Elly"kata ku dalam tangisan.

Air mata mama yang bertakung di tubir mata akhirnya pecah. Tubuh aku di peluk lama. Ucapan maaf diungkap beberapa kali.

"Elly pergi dulu"kata ku berjalan keluar. Sesekali aku berpaling memandang wajah mentua ku yang menangis sedih.

Aku memboloskan diri kedalam grab yang di pesan ku tadi. Grab itu terus bergerak ke lapangan terbang KLIA. Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke luar tingkap. Air mata ku tidak henti merembes keluar.

Ridzwan yang baru sahaja sampai ke rumah. Segera memasuki rumah. Dia memandang mama yang menangis di ruang tamu. Terus dia mendapatkan mamanya.

"Ma, kenapa ni?"tanya Ridzwan.

"Elly, dia..dia dah pergi"kata mama dengan tangisan. Ridzwan terkedu. Rambutnya di raup ke belakang. Dia kembali keluar, badannya diloloskan ke dalam kereta. Terus memecut laju membelahi jalan raya.

Aku memasuki lapangan terbang KLIA. Kaki di atur ke kaunter tiket. Selesai di check in, aku duduk di bahagian menunggu. Kejadian tadi mula berlegar di minda ku. Selepas 30 minit menunggu, panggilan kapal terbang ke Australia berkumandang. Aku tersedar dari lamunan lantas menarik bagasi ke balai pelepasan.

Ridzwan pantas berlari memasuki lapangan terbang. Pandangnnya diliarkan mencari kelibat aku. Dia mencari di setiap pelusuk tempat dan kakinya tiba-tiba terhenti. Dia ternampak susuk tubuh aku memasuki balai pelepasan.

Aku memalingkan wajah kebelakang dan terlihat wajah sayu Ridzwan. Sekali lagi air mata aku jatuh. Aku dapat membaca pergerakan bibir Ridzwan yang menyatakan 'abang minta maaf'.

Perasaan sakit itu sangat mendalam buat aku, aku meneruskan langkah ku masuk ke dalam kapal terbang tanpa menghiraukan Ridzwan di situ.

Ridzwan bersandar di dinding badannya melorot jatuh. Dia menangis. Ya menangis kehilangan orang yang di cintai. Kerana fitnah hubungan rumah tangganya hancur. Ridzwan menjerit sepuas-puasnya di situ. Tidak menghiraukan orang yang memandangnya.

Dia berdiri, langkah yang longlai di atur keluar dari lapangan terbang. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Dia masih lagi belajar. Jika dia mengejar aku pembelajarannya terganggu.

************************************
Kereta milik Ridzwan memasuki perkarangan rumah. Ridzwan keluar dari perut kereta dengan perasaan hampa. Dia memasuki rumah kakinya di atur menaiki tangga menuju ke bilik. Panggilan mamanya juga tidak di dengari.

Ridzwan duduk terbelenggu di hujung katil. Rambutnya di raup ke belakang. Dia tertoleh ke arah meja solek. Terdapat sepucuk surat di atas meja di tindih dengan pregnancy test.

Ridzwan bangun dari duduknya menghampiri meja solek. Pregnancy test dan kertas itu di capai dan kembali duduk di hujung katil. Kertas yang berlipat itu di buka.

Kepada Ridzwan,

Elly minta maaf dan minta ampun dekat abang kerana terpaksa pergi. Elly tak sangka abang sanggup buat Elly macam ni. Elly minta abang bagi Elly ruang untuk bersendiri. Elly tak nak menjadi penghalang untuk abang kahwin dengan Mia. Abang perlu bertanggungjawab dengan apa yang abang dah buat. Dan Elly nak bagitahu yang Elly mengandung 4 minggu. Selamat tinggal

Elly

Ridwan menundukkan wajahnya kertas itu di renyuk. Bahu Ridzwan terhinjut-hinjut menahan sebak.

Di dalam kapal terbang.

Aku termenung ke luar tingkap. Mengenang nasib kehidupan apa yang akan berlaku nanti. Aku duduk di business class jadi aku boleh termenung tanpa di ganggu oleh sesiapa.










Bersambung...

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now