bab 3

18.4K 729 61
                                    

Hari yang dinanti telah pun tiba. Semua pelajar KV tidak tahu akan kehadiran Kristel Fire yang akan membuat persembahan. Nak suprise katanya.

Kristle Fire adalah nama kumpulan aku. Aku bersiap dengan mengenakan sweater oversize coklat dan Skirt dengan rambut digayakan dengan ponytail.

Aku mencapai beg galas ku dan terus menuruni anak tangga. Terlihat abang ku yang kemas memakai baju kemeja sedang menyiapkan sarapan.

"Morning abang!"sahut aku menuju ke arah Ery.

"Morning my little sister. Awal bangun hari ni?"tanya Ery.

"Adikkan ada show. Yang abang ni pakai kemas macam ni nak pergi mana?".

"Abang nak pergi office hari ni. So, abang dengan abi akan pulang lambat sikit adik duduk dengan mak Mah dekat rumah ya. Pak samad pun ada sekali".

"okay.."

Seusai sarapan, kedengaran hon dari luar. Aku segera mencapai kasut lalu memakainya dan bergegas memasuki van mini milik kristle fire setelah bersalaman dengan abang ku.

Kami bertolak ke KV ERT setapak yang berada tidak jauh dari rumah ku. Lebih kurang 30 minit kami tiba di perkarangan kolej.

Pelajar yang menyedari akan kehadiran kami mula teruja. Aku mengenakan kaca mata. Nak jadi ala-ala victoria kejap. Hehe.

Kami dibawa ke studio yang telah di khaskan untuk kami membuat rehearsal. Perasaan aku waktu itu memang tidak dapat di gambarkan. Tetapi kenapa aku rasa tidak sedap hati ni. Argh! Mungkin firasat aku je kut. Abaikan. Fokus-fokus.

Tetap pukul 9 pagi, majlis sudah pun bermula di dalam dewan. Selepas ucapan dari tuan pengarah, Anugerah kecemerlangan di angihkan.

Tiba-tiba pintu studio di ketuk dari luar menarik perhatian kami semua.

"Awak semua boleh bersiap sedia di luar dewan."kata salah seorang pelajar sebagai pengatur acara.

Kami keluar dari studio ke dewan. Kaca mata ku simpan ke dalam beg.

"Tahniah di ucapkan kepada penerima anugerah. Sebagai ucapan tahniah, kami telah menyediakan kejutan untuk anda semua. Nak kejutan tak!"sahut guru sebagai pengacara majlis.

"Nak!"kata semua pelajar. Bergema satu dewan dengan sorakan pelajar.

Aku yang berada di luar dewan sudah terketar-ketar. Aku mula rasa ada orang yang memandang aku. Aku memandang ke dalam dewan melalui tingkap yang terbuka. Terbuntang aku di buatnya apabila Ridzwan sedang memerhati aku.

Ya Allah apa dia buat dekat sini. Dia student sini ke. Aduh.. Control elly, control. Walau sekacak manapun dia. Aku jangan cair sekarang. Nanti kau nak perform.

Aku cuba menenangkan hati aku yang sudah gelabah tahap gaban. Lisa yang berada di sebelah aku menggengam erat tangan aku. Aku menarik nafas panjang-panjang.

"Tanpa melengahkan masa. Saya menjemput Kristle Fire!" mendengar sahaja nama group itu di sebut. Semua pelajar bagaikan terkena histeria terutamanya pelajar perempuan.

Lagu pertama di mainkan (pump it by black eyes peas)

Sebaik sahaja musik berbunyi, dancer lelaki masuk dari pintu kiri dan kanan dewan. Sorakan dan tepukan gemuruh dari pelajar bergema satu dewan.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz