Bab 33

11.9K 481 4
                                    

Perlumbaan kali ini memang menyebelahi Ridzwan. Dia berjaya merangkul gelaran juara untuk kali ke tiga. Badan Ridzwan di angkat oleh rakan-rakannya atas kemenangan yang di milikinya. Aku yang berada di tepi turut menumpang gembira.

Mereka berkumpul di bawah khemah. Untuk mengemas barang-barang sebelum bergerak pulang ke hotel. Malamnya pula ada majlis makan malam meraikan kejayaan para pemenang.

Ridzwan duduk di kerusi berhadapan dengan aku. Tangannya menongkat ke peha. Mata pula merenung aku yang bermain dengan telefon bimbitnya.

"Sayang, malam ni ada dinner tau"kata Ridzwan.

"Okay"balas aku.

Ridzwan kesal dengan jawapan aku terus dia merampas telefon aku lalu mata di lihat di skrin telefon aku yang buat aku khusyuk sangat sampai tak layan dia.

"Sayang main game? Patutlah abang cakap jawab acuh tak acuh je"kata Ridzwan.

"Hehehe. Okay, okay. Abang cakap apa tadi Elly tak dengar"kata aku menatap wajah Ridzwan dengan senyuman.

"Abang cakap malam ni ada dinner. Baju nanti ada orang hantar. Lepas maghrib ada makeup artis dan hairstylist datang bilik" kata Ridzwan bersandar sambil berpeluk tubuh.

"Untuk sape?".

"Untuk sayanglah.. takkan untuk abang pulak"kata Ridzwan.

Aku mengeluh. Aku bukannya apa, aku memang tak boleh kalau ada orang yang makeupkan atau buat rambut aku. Masa kahwin tu pun aku dah rimas orang make up kan aku. Banyak songeh.

"Dah kemas, kita nak balik hotel dah ni"kata Ridzwan. Dia berlalu untuk menukar pakaiannya.

************************************
Sesampainya di hotel, Ridzwan menyuruh aku untuk masuk ke bilik terlebih dahulu. Aku hanya mengangguk. Sebaik sahaja bayang aku hilang di sebalik pintu lif, Ridzwan melangkah ke kaunter receptionist.

"Yes sir, may i help you?"tanya pekerja receptionist itu.

"Guest yang menginap di bilik 457  tingkat 4 dah check out ke?"tanya Ridzwan.

"Sekejap ya encik"pekerja itu memeriksa bilik melaui komputer yang tersedia di meja receptionist.

"Guest tu baru sahaja check out tengah hari tadi. Di ada tinggalkan nota ini dekat encik"kata pekerja itu sambil menghulurkan sekeping nota.

"Okay thank you"Ridzwan berpaling membelakangi kaunter lalu membuka kertas nota ikut.

'Kau memang tak guna! Kau tunggu apa aku akan buat dekat kau'- Mia.

Ridzwan mengoyakkan kertas itu lalu di buang ke dalam tong sampah.

"Kau jangan main dengan aku Mia."kata Ridzwan tersenyum senget.

"Weh! Kau pahal tersengeh-sengeh ni?"tanya seseorang menepuk bahu Ridzwan.

Ridzwan memalingkan wajahnya. Terus dia mengetuk kepala orang itu.

"Kau ni tak de kerja lain ke Zaim"kata Ridzwan.

"Aduh... Bocor kepala aku nanti"rungut Zaim.

"Kau kenapa bro?"tanya Mirul.

"Hati aku puas dapat kenakan Mia"kata Ridzwan.

"What! Mia ada dekat sini?!"kata Yazid terkejut. Ridzwan mengangguk.

"Dia kene rogol dengan orang upahan dia, atau lebih tepat boyfriend dia. Kononnya nak perangkap aku supaya aku kahwin dengan dia. Last-last dia yang kena balik"kata Ridzwan sinis.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz