Bab 56

10.5K 422 23
                                    

*pasang lagu dekat atas. Untuk mood sedih*

Bang!! Bang!!

Aku membuka mata ku. Terkejut aku melihat Ridzwan jatuh ke tanah. Najwa terbuntang apabila dia tertembak Ridzwan.

Bang!

Satu tembakan mengena dada Najwa. Dia rebah juga ke tanah. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Anak buah Najwa yang berbaki meletakkan senjata dan melutut. Semua tentera yang bersembunyi keluar menggari anak buah Najwa.

Aku terduduk. Air mata aku jatuh mencurah-curah. Kepala Ridzwan di pangku di ribaan ku.

"Sayang, maafkan abang. Sebab gagal lindungi sayang"kata Ridzwan tersekat-sekat.

"Tak... Abang tak pernah gagal lindungi Elly..."kata aku dalam tangisan.

"Maafkan abang Elly"Mata Ridzwan tertutup.

"Abang!! Abang jangan tinggalkan Elly abang!!"aku meraung sambil menggongcangkan badan Ridzwan. Agar Ridzwan kembali sedar.

"Abang... Elly minta ampun abang..."air mata aku membanjiri wajah.

Haziq dan Mirul yang turut ada di situ menahan sebak. Haziq menghampiri aku. Bahu aku di gosok. Ambulance tiba dan segera petugas medic mengangkat Ridzwan lalu di masukkan kedalam ambulance. Aku turut masuk ke dalam ambulance dengan di temani oleh Hamzah yang masih berbaju operasi.

************
Ambulance tiba di hadapan hospital. Katil yang membaringkan Ridzwan dengan bantuan pernafasan di dorong ke bilik pembedahan. Aku menangis mendorong Ridzwan sehingga ke pintu bilik pembedahan. Aku di kehendaki menunggu di luar. Dahi aku lekapkan ke pintu bilik bedah itu. Tangisan masih lagi tidak henti mengalir.

Aku bersandar di dinding melorot jatuh ke lantai. Perut yang kempis aku pegang. Mata aku sembab kerana menangis. Adakah ini pengakhiran hidup aku. Berpisah dengan orang yang paling di sayangi.

Berat sungguh dugaan mu buat ku Ya Allah. Jika ini adalah kesudahannya, aku terima dengan redha.

*********
6 bulan kemudian..

Kandungan aku sudah masuk 7 bulan. Erlina pula sudah hamil 2 bulan anak pertama. Semuanya sudah berakhir. Ketiadaan orang tersayang mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.

Perkhabaran perkahwinan Khai dan Kenny mengemparkan kumpulan Kristal fire. Hamzah pula sudah mula mengatur langkah pertama dalam perhubungannya dengan Mimi. Dalam diam mereka memendamkan perasaan antara satu sama lain.

Mirul pula baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan tunang tersayang. Haziq dan Yaziq pula, masing-masing sudah berpunya. Zaim pula masih lagi forever alone. Tapi dengar cerita mahu menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin sebaik sahaja dia mengambil alih syarikat ayahnya.

Aku yang lengkap bertudung shawl putih, berjubah hitam menyentuh tanah yang baru di taburkan bunga tadi. Batu nisan aku sentuh.

"Maafkan Elly. Elly tahu Elly salah. Semoga tenanglah awak di sana"kata aku sayu.

"Adik, jom. Abi dah tunggu tu"ujar Ery.

Aku bangun dari duduk terus melangkah pergi. Hayiz yang ada dalam dukungan abi ku ambil. Kaki melangkah masuk ke dalam kereta velfire milik abi

Tanah perkuburan itu di pandang sayu. Ery memandu kereta beredar dari tanah perkuburan islam. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Fikiran aku menerawang jauh. Kalau di beri pilihan, mahu saja aku memutar kembali masa dan memperbaiki segala kesilapan aku yang lalu.

Setibanya di rumah, aku terus melangkah masuk ke bilik. Baju kemeja milik Ridzwan ku capai dan ku cium baju tu berkali-kali. Pintu bilik di ketuk dari luar.

"Adik, jom makan. Satu hari ni satu makanan pun adik tak sentuh"panggil Erlina.

"Tak apalah kak, adik tak lapar."sahut aku. Aku merebahkan badan di atas katil. Baju Ridzwan di peluk dan di cium penuh kerinduan.

Erlina menuruni anak tangga menuju ke meja makan, Ery memandang Erlina dengan kening di jungkitkan.

"Adik tak nak turun tak ada selera katanya."kata Erlina.

"Dia rindukan Ridz. Tapi, makan kenalah jaga. Dia tu mengandung. Kalau sakit nanti lagi susah"ujar abi.

"Abang pergilah pujuk adik"kata Erlina.

"Yelah, nanti abang pujuk. Kita makan lah dulu. Perut abang dah buat konsert dah ni"kata Ery laju saja tangannya menceduk lauk.

**********
"Assalamualaikum.."sahutan salam di beri. Kaki melangkah masuk kedalam rumah dengan menarik beg bagasi dan blazer yang tersangkut di tangan.

"Panjang umur, kenapa balik tak bagitahu?"tanya abi.

"Tadi Ridz dari rumah mama. Singgah sana dulu. Lepas tu baru balik sini"Ridzwan menyalami tangan abi.

"Tu, buah hati kau dah menunggu dalam bilik. Rindu kau agaknya."ujar Ery yang meriba Hayiz di pangkuannya.

"Papa!"panggil Hayiz yang baru tersedar akan kehadiran papanya di situ terus melompat turun dari pangkuan Ery.

Ridzwan melutut menunggu Hayiz yang berlari mendapatkannya. Ridzwan mendukung Hayiz yang sudah berusia tiga tahun itu.

"Hayiz rindu papa tak?"tanya Ridzwan.

"Mestilah rindu. Papa pergi lama. Did you buy me a present?"kata Hayiz.

"Of course i bought you a present. Nanti papa bagi okay. Hayiz pergi makan dengan Uncle Ry dulu, papa nak pergi pujuk Ummi".

"Okay" Ridzwan menurunkan Hayiz. Hayiz berlari mendapatkan Ery kembali.

Ridzwan menarik beg bagasinya lalu melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik di ketuk tetapi tiada sahutan. Ridzwan cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Pintu di kuak. Ridzwan memboloskan diri kedalam bilik secara senyap-senyap. Bagasi di biarkan di tepi dahulu. Blazer pula di letakkan di atas bagasi.

Kaki di hayun menghampiri katil. Aku yang tidur terasa katil di henyak. Dahi aku berkerut-kerut.

"Macam kenal je bau ni? Tapi kenapa macam kuat semacam je?"ujar aku dengan mata masih tertutup.

Mata cuba untuk di buka. Terkejut aku dibuatnya apabila melihat wajah kacak Ridzwan terpancul di hadapan aku. Pantas aku bangun dari pembaringan. Aku terus memeluk Ridzwan kerinduan.

"Hey, abang tak ada dua minggu dah rindu ke?"tanya Ridzwan. Pelukan di leraikan.

"Mestilah rindu. 2 minggu tu bagi Elly dah macam dua tahun tau. Dah lah Elly mengidam tak dapat"kata aku monyok.

"Merajuk dengan abang lah ni? Abang kerja sayang.. kan sekarang ni abang dah ada depan mata sayang. Okay. Bagitahu abang apa yang Elly mengidam tu yang tak dapat".

"Elly mengidam nak tidur peluk abang" aku tersenyum. Apa ke pelik sangat mengidam aku ni. Mengada je lebih.

"Nak peluk abang pun mengidam. Anytime you can hug me sayang"kata Ridzwan.

"Mana ada anytime, kitakan tidur bertiga".

"Malam ni minta abi tidur dengan Hayiz okay. Dah abang nak mandi dulu. Melekit dah ni nanti kita turun makan. Sayang kena makan nanti baby dalam perut tu tak sihat".

Ridzwan bangun dari duduknya. Kaki di hayun setapak dan langkahnya terhenti. Ridzwan berpaling memandang aku yang memegang tangan Ridzwan berserta puppy eyes.

"Kenapa ni?"tanya Ridzwan.

"Nak ikut....."kata aku meleret dengan muka seposen di tayangkan.

"La.. abang nak mandi je..".

"Nak ikut..."renget aku macam budak kecil. Aku sejak mengandung anak kedua ni, perangai aku berubah lain macam. Manja, kuat merajuk, selalu nak berkepit dengan Ridz je.

"Ye lah. Jom"Ridzwan pasrah. Terus kaki di hayun ke bilik mandi di ikuti dengan aku










Bersambung...

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt