Bab 49

10K 436 4
                                    

"A..a..awak?"kata gadis itu terkejut.

"Yes, i am. Kenapa? Terkejut ke?"kata Ery bersandar dengan tangan di silangkan.

"How?"gadis itu masih lagi terkejut.

"Later i tell you. Now have a sit. A need to interview you before you start you work today"kata Ery.

Gadis itu duduk di atas kerusi di hadapan meja Ery. Wajahnya sedikit tertunduk. Segan agaknya mahu menatap wajah Ery yang dulu dia ingat kan Ery seorang lelaki chestnut rupa-rupanya bossnya sendiri.

"Okay, can you introduce yourself and you qualification"ujar Ery bersandar.

"My name putri Erlina binti mohtar. 25 years old. Graduate in bachelor in secretary"tutur Erlina lancar.

"Owh.. fresh graduate. Putri Erlina kan? Boleh saya tahu kenapa nama awak ada putri? Awak keturunan di raja ke? Atau saja letak?"Ery tersenyum senget.

'ish mamat ni. Banyak soal betullah. Perangai dia tak berubah'bisik hati Erlina.

"Saya tak ada keturunan di raja. My mom choose that name for me. Anything else Encik Ery?"sindir Erlina.

"Oh ya. I want you to answer my question seriously. Mana kau pergi? Lepas kau balik malaysia terus tak contact aku. Call tak angkat Whatsapp tak reply? Kau tahu tak aku tunggu kau lama tau?"soal Ery serious.

Erlina sedikit tersentak dengan soalan yang di tuju oleh Ery. Perasaan bersalah mula hadir dalam dirinya.

"Saya minta maaf. Lepas je balik malaysia, beg saya kena ragut. Semua barang hilang. Saya tak ingat nombor phone awak jadi susah sy nak contact awak. Saya dah lama nak jumpa awak nak cakap maaf tapi saya tak tahu awak dekat mana"jawab Erlina sedikit menunduk.

Mendengar penjelasan Erlina, Ery pula tergamam. Rupanya andaiannya selama ni salah. Tak sangka Erlina turut menunggu untuk berjumpa dengannya.

"It's okay. Sekarang semua persoalan aku dah terjawab. Kau boleh mula kerja hari ni. Jom aku kenalkan kau dengan semua staff"Ery berdiri dari duduknya berjalan keluar dengan di ikuti oleh Erlina.

"Alright guys, today we have new staff. Kenalkan Putri Erlina my new PA."semua pekerja wanita berjabat tangan memperkenalkan diri. Yang lelaki pula adalah yang mula nak kenal-kenal. Pantang nampak perempuan lawa.

"Okay jom aku tunjukkan meja kau"Ery melangkah ke bilik bersebelahan dengan biliknya.

"This is your room. Nombor intercom ada dekat meja. Buku tu untuk kau catat semua appointment aku. Lunch nanti ikut aku pergi meeting"ujar Ery. Erlina hanya mengangguk. Langkah Ery di atur ke pejabatnya.

Erlina duduk di kerusinya. Nafas di hela berat. Dadanya di pegang.

"Asal jantung aku ni laju je bila jumpa Encik Ery. Aku tahu aku dah mula sukakan dia sejak di Perth. Tapi, mesti dia dah ada yang punya"kata Erlina sendiri.

*********
Waktu makan tengah hari telah tiba, Ery memandang jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Ery mengemas mejanya blazer yang tersangkut elok di kepala kerusi di capai. Nombor telefon seseorang di dail.

"Hello, ha! Aku on the way"ujar Ery.

"......."

"Okay jumpa dekat sana". Talian di matikan. Langkah di atur ke bilik pejabat Erlina. Pintu di ketuk lalu di kuak.

"Lina, jom"ujar Ery.

Segera Erlina mengemas barangnya dan terus keluar dari bilik pejabatnya. Kaki di lajukan mengikut jejak Ery.

"Sepatutnya kau yang ketuk pintu bilik aku. Bukan aku yang ketuk pintu bilik kau. Kau tak tengok schedule ke?"kata Ery dengan riak wajahnya tanpa senyum.

"Maaf Encik Ery. Saya terlepas pandang"kata Erlina.

"Sejak bila kau pandai minta maaf. Bukan setiap kali aku jumpa kau, kau melawan ke?"perli Ery tersenyum senget.

"Itu, dulu okay. Dulu tu awak tu perangai macam chestnut. Memanglah saya melawan. Sekarang ni awak bos saya. Saya kena lah mengalah"ujar Erlina sedikit geram.

Langkah Ery terhenti lalu merapatkan sedikit wajahnya dengan wajah Erlina. Erlina terperanjat lalu menjauhkan wajahnya sedikit.

"That my girl"kata Ery tersenyum. Wajah Erlina memerah mendengar suara Ery yang sungguh menggugurkan iman.

Mereka memasuki lif turun ke lobby. Ery memandu kereta menuju ke cafe di mana tempat yang di janjikan untuk bertemu dengan clien.

Setibanya di cafe, Erlina hanya mengikut jejak Ery memasuki cafe. Banyak mata yang memandang. Siapa je tak pandang lelaki sekacak Ery. Ery memesan makanan dan minuman sementara menunggu cliennya sampai.

15 minit kemudian, seorang jejaka masuk ke dalam cafe dengan kemas berkemeja biru laut dengan lengan di lipat hingga ke siku dan berkaca mata hitam. Lelaki itu menghampiri meja Ery.

"Sorry abang Ery, lama tunggu?"ujar lelaki itu.

"Tak ada lah lama sangat. Duduk Ridz. Kau order dulu. Nanti kita discuss"ujar Ery.

Mata Erlina tidak lepas memandang Ridzwan. Rupa-rupanya ada lagi lelaki yang sama kacak dengan Ery. Tetapi sayangnya, hati ini sudah terpaut dengan Ery. Fikir Erlina.

"Okay, sekarang projek yang dekat putrajaya tu macam mana? Kau nak aku tolong apa?"tanya Ery sambil menyuakan makanan ke mulut.

Erlina pula sambil menyantap sambil mencatat. Susah betul buat dua kerja dalam satu masa ni.

"Ridz nak abang Ery tolong tentang design projek tu. Kos nanti biar pihak Ridz yang kira"ujar Ridzwan.

"Okay, boleh. Nanti aku inform kau balik macam mana design."kata Ery.

"Ehem, tak nak kenalkan ke?"tanya Ridzwan berdehem.

"Oh lupa, ni putri Erlina PA aku. Merangkap girlfriend aku" ujar Ery. Erlina yang sedang makan tersedak di buatnya. Terus tangan mencapai air. Ery yang berada di sebelahnya turut menepuk belakang Erlina.

Ridzwan ketawa kecil.
"So, brother in law. Bila nak langsung?"tanya Ridzwan berpeluk tubuh.

"Erm.. awal lagi kut"kata Ery.

"Awal apanya. Umur dah 29 kut. Takkan nak tunggu 30 tahun dulu".

'what! Umur dia dah 29, muka tak macam 29 pun. Biar betul'tersentak hati Erlina.

"Tengok lah dulu macam mana?"kata Ery terus menyambung makan.

**********
Ery kembali ke pejabat. Dia duduk di mejanya sambil menopang dagu. Fikirannya kembali berputar mengingati apa yang di cakapkan tadi. Terus rambutnya di kusutkan.

"Argh!! Asal aku cakap Lina tu awek aku!! Aduh!!"kata Ery serabut.

Kedengaran ketukan pintu dari luar menyadarkan Ery. Rambutnya yang messy di kemaskan.

"Masuk!"sahut Ery.

Erlina masuk. Kakinya di hayun ke meja Ery.

"Encik Ery, saya nak bagitahu esok Encik ada meeting pukul 3 dengan kencana Holding. Dan tadi Encik Eric ada call dia pesan dekat Encik Ery untuk cari calon sebelum Encik Eric pulang minggu depan"ujar Erlina.

"What! Calon! Mi..minggu depan!"tersentak Ery mendengarnya.

"Abi ni biar betul mintak aku cari calon sebelum minggu depan"kata Ery sendiri. Ery mengangkat wajahnya memandang Erlina yang berdiri di hadapannya.

"Duduk"arah Ery. Erlina hanya turut.

"Aku nak tanya kau satu soalan. Aku nak kau jawab ya atau tak je"tegas Ery.

"Soalan apa ya Encik Ery".

"Kau nak kahwin dengan aku tak?".

Mata Erlina membulat tergamam.
"Ha!!!..."Erlina tersentak. Bagaikan tidak percaya. Orang yang di cintainya dalam diam melamarnya.









Bersambung...

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن