Bab 51

10.8K 456 6
                                    

Bibir ku tidak lekang dari senyuman sejak kaki aku pertama kali menjejak tanah Maldives. Perkara pertama yang ingin aku lihat adalah laut. Walaupun sejak azali lagi aku ni jenis takut untuk masuk ke dalam laut.

Selepas check in, sebuah buggy datang menjemput Aku dan Ridzwan. Buggy bergerak memasuki kawasan Resort. Tergamam aku melihat keindahan ciptaan tuhan. Sungguh cantik. Aku tidak melepaskan peluang dengan merakam permandangan yang sungguh indah.

Buggy berhenti di hadapan satu chalet. Pekerja itu mengangkat beg bagasi milik aku dan Ridzwan. Ridzwan hanya tersenyum melihat aku yang begitu teruja.

Buka sahaja pintu bilik, bagaikan ada kilauan di mata ku apabila melihat bilik tu besar dan cantik.

Buka sahaja pintu bilik, bagaikan ada kilauan di mata ku apabila melihat bilik tu besar dan cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memasuki bilik dan melompat keriangan. Ridzwan menghulurkan tips kepada pekerja itu dan terus membawa masuk bagasi. Ridzwan ketawa kecil melihat aku yang terlompat-lompat keriangan.

"Ish, ish, ish.... Mak orang ni. Dah macam budak-budak dah abang tengok. Melompat sana, melompat sini"ujar Ridzwan duduk di bangku hadapan katil.

"Biarlah.. Elly tengah teruja sangat ni. Thank you my lovely husband.. sebab bawak Elly datang sini. Dah lama sangat Elly nak datang sini"kata ku teruja lantas memeluk Ridzwan.

"Kalau macam tu, you must treat me today"kata Ridzwan berbisik di telinga ku yang duduk di sebelahnya.

Aku memalingkan wajah memandang Ridzwan. Tersemat senyuman nakal di wajah Ridzwan sudah tahu apa yang ada di fikiran Ridzwan. Terus aku berdiri dan menjauhkan jarak ku dengannya.

Ridzwan ketawa geli hati melihat tindakan drastik aku. Ridzwan berdiri dari duduknya terus menyembamkan badannya tertiarap di atas katil. Mata di pejamkan.

Aku merengus geram. Kaki di hayun ke katil lalu melabuhkan duduk di sebelah Ridzwan.

"Abang, jomlah mandi laut.. dekat depan bilik ni je. Bukak pintu lepas tu terjun. Jomlah..."aku menggoncang badan Ridzwan seperti budak kecil yang mintak gula-gula tapi tak dapat

"Abang penatlah.. Nanti-nantilah sikit kita mandi laut. Bagi abang rest kejap okay"kata Ridzwan terus memaut aku. Badan aku rebah terbaring di dalam pelukan Ridzwan.

"Bencilah abang ni. Jomlah... Please......" Tiada reaksi di terima.

"Ish! Orang datang sini man..."kata-kata ku terhenti apabila bibir Ridzwan sudah mendarat di bibir ku sekilas.

"Tahu pun nak diam. Dah sekarang tidur dulu. Nanti kita mandi laut"terus badan kecil aku di peluknya erat.

Aku hanya mendiamkan diri terkejut ada, geram pun ada. Lama kelamaan mata ku turut layu dan di buai lena dengan deruan angin yang masuk melalui pintu gelangsar.

********
Aku membuka mata perlahan-lahan. Badan aku di regangkan. Berapa lama aku tidur? Aku bangun dari pembaringan. Mata di hala ke arah luar. Masih lagi cerah. Telefon di meja sisi di capai. Sudah pukul 2 petang. Aku turun dari katil dan kaki menapak di hadapan pintu gelangsar.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now