Malah dia tidak mahu bertengkar dengan Fahmi kerana dia tahu Fahmi tidak akan berduduk diam. Bah kan semakin banyak bisa cemuhan yang akan dilemparkan kepadanya.

Saat dia berselisihan dengan Tengku Hanum. Wanita tua itu memanggilnya tetapi Farisya membuat tidak endah sahaja.

Farisya terus memboloskan dirinya ke dalam kereta miliknya. Dia menyandarkan kepalanya seraya melepaskan keluhan. Matanya terpejam rapat.

'Apa yang aku perlu buat sekarang ini?' Rintihnya. Dengan perlahan Farisya kembali membuka matanya.

Stereng keretanya ditenung dalam. Sebelum dia memandang motorbikenya terparking elok.

Satu-satunya aset yang paling dirinya sayang. Hasil daripada usaha titik peluhnya sendiri. Malah sebuah impiannya terkubur sejak dari dulu lagi.

Dia tiada apa-apa lagi sekarang untuk menyelamatkan harta ternilainya. Resume yang dia hantar ke beberapa buah syarikat firma masih tiada balasan. Malahan sekarang ini lesen guamannya telah ditarik oleh pihak mahkamah.

Farisya sterengnya digenggam kuat. Hidupnya cukup kicar kacir. Dia terpandang sebuah beg kertas di seat sebelahnya.

"Kau tak boleh macam ni. Ingat motif kau hari ini apa." Katanya seorang dirinya. Kepalanya digeleng perlahan membuang segala perasaan yang mengganggunya sekarang.

Lantas dia menghidupkan engine keretanya sebelum meluncur laju.

"Walau apa pun yang terjadi aku akan pastikan ia berjaya." Putusnya penuh nekad.

------------------------

Iris mata biru kehijauan tenang menikam permandangan di segenap sekitar rumah agam milik keluarganya dari balkoni tingkat atas.

Hidangan penuh kelazatan sudah siap terhidang di hadapannya dia mengerling sekilas. Ia masih tidak mampu menarik seleranya untuk menjamu.

Fikirannya masih teringat-ingat wajah amarah Xander terhadapnya. Dia sedar tindakkannya mungkin kejam. Namun dia terpaksa lakukan demi kebaikan adiknya juga.

Sungguh pun Xander seorang yang keras kepala tetapi di pengakhirannya tetap kembali terikat dengan aturan. Xander tidak akan dapat bertahan lama.

Mengambil keputusan untuk bertindak membuta tuli tidak akan mampu melenturkan vater. Walaupun dengan situasi adiknya sekarang sanggup duduk di Malaysia masih tidak mampu mengubah apa-apa keputusan vater.

Dia yakin Xander pasti sudah tahu akan rancangan vater terhadap dirinya. Tambahan pula dengan kemunculan gadis itu semakin merumitkan keadaan.

'Farisya tidak sepatutnya muncul.'

Gadis itu tidak tahu status sebenar Xander. Malah angan-angan Xander telah membuatkan vater semakin berang.

Demi kebaikan Xander dia perlu memaksa adiknya balik semula ke tanah air Jerman. Xander tidak akan ada pilihan lain.

Xavier menghela nafas berat seakan melepaskan ketegangan adiknya. Keadaan hubungannya dengan Xander semakin dingin.

Kemudian, Xavier kembali membuka matanya saat pendengarannya dapat menangkap derapan kaki semakin menghampirinya.

"Tuan, ada panggilan daripada Mr. Knightley." Muncul seorang lelaki bersut hitam lengkap berdiri tepat di sisi kiri Xavier.

Xavier berdecit geram kerana mood paginya telah rosak terlebih awal. Sudah dia menjangkakan pasti akan ada panggilan daripada vaternya.

Huluran telefon daripada Baron diambilnya kasar.

"Was?"(Apa?)

Soal Xavier acuh tidak acuh. Dia dapat mendengar bunyi dengusan kasar dari hujung talian.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now