Bab 1🐥DENDA

12.9K 457 44
                                    

"Iman kau nak buat apa tu? "Tanya Atikah pelik dengan Iman yang gigih memadam papan putih di dalam kelas mereka. Dengan muka Iman yang nyata mengetap gigi geram. Seram Atikah yang melihat.

"Kau tengok jelah apa aku nak buat. Kalau bukan sebab si Firash tu tak cari pasal dengan aku memang tak aku nak buat benda ni, "Iman capai pula marker pen di atas meja guru yang elok disusun dalam satu bekas pensel.

Atikah pandang Iman dengan mata terbeliak. Iman pakai conteng papan putih tanpa melihat dulu marker pen tersebut. Dilukis kepala kartun dan diletak tanduk. Telinga pula dilukis besar sebesarnya.

Atikah semakin pelik.

"Kau nak lukis apa ni? Kalau cikgu tengok nanti kang tak memasal kau kena, "

Iman pusing badan ke belakang. Dengan senyuman yang melebar.

"Kauorang nak tau tak ni muka siapa? "Tanya Iman kepada seluruh isi kelas.

"Kelas kalau nak tau inilah Firash Amjad bin Muhammad, "kata Iman dengan penuh rasa bangga apabila rakan sekelasnya menggeleng kepala tanda tidak tahu. Pinggangnya dicekak. Lagi dia rasa suka apabila lukisan yang dilukis disambut baik seisi kelas. Pecah ketawa satu kelas.

"Saya tak taulah pula muka Firash macam tu, "tegur satu suara yang buat Iman mula rasa meremang satu badan. Aiyak! Atikah pula laju-laju hilang dari situ menuju ke tempat duduknya.

Perlahan-lahan Iman kalih kepala memandang ke arah itu. Ditayang sengih takut pada si ustaz. Ustaz Halim mula bergerak ke arah lukisan pada papan putih.

"Selama ni, saya tak sangka yang Firash ada tanduk. Sekarang, mana Firash? "Iman sudah mati kata. Memanglah Ustaz Halim hanya betutur mendatar tapi serius seram.

"Sini ustaz, "sela Firash yang baru sahaja sampai di hadapan pintu kelas. Nampak termengah-mengah. Mungkin mahu kejar kelas Ustaz Halim.

"Yang kamu ni dari mana? "

"Dari tandas ustaz. Kenapa ustaz cari saya? "

"Kamu mari sini kejap. Tengok apa Iman buat, "Ustaz Halim juih bibir ke arah papan putih. Rasa macam nak keluar asap dari telinga apabila dengan elok Iman lukis kepala bertanduk siap tulis nama penuh dia lagi.

Dengan caption...

King of Syaitan!

Nak meletup kepala Firash rasakan. Iman kata dia raja syaitan. Kau tunggu Iman!

"Astaghfirullahalazim... Sampai hati Iman buat saya macam ni, Ustaz. Dia selalu cari pasal dengan saya, "mukanya dibuat-buat sedih dengan perlakuan Iman. Apabila Ustaz Halim pusing kepada Iman,elok Firash jeling mata pada Iman buat hati Iman mula membuak-buka geram.

"Kenapa kamu lukis macam ni, Iman? "Tanya Ustaz Halim tegas.

Iman jeling Firash sekilas yang seronok sembunyi ketawa. Muka dimaniskan pada Ustaz Halim.

"Kalau ustaz nak tau.. Semua ni Firash yang mula dulu. Dia letak lukisan hidung b*b* bawah meja saya siap tulis nama saya lagi, ustaz. Mahunya saya tak bengang, "diluahkan semua rasa tidak puas hati pada Ustaz Halim.

Terjegil mata Ustaz Halim.

"Kalau ustaz nak tau lagi, si Firash memang suka cari pasal dengan saya, "tambah Iman lagi. Siap jarinya ditunjuk-tunjuk pada Firash yang nyata terkejut beruk. Terkejut la sebab Iman siap tunjuk bukti lagi depan Ustaz Halim.

"Betul ke kamu buat ni, Firash?"

Erk?

Firash garu belakang telinga. Matilah dia. Apa dia nak jawab sekarang ni. Aduh!

"Iman kamu pergi padam papan putih sekarang, "Arah Ustaz Halim. Perhatiannya kepada Firash pula. Muka saja handsome perangai Ya Allah... Suka sangat bergaduh dengan si Iman naik pening kepala dia sebagai guru kelas mereka.

Iman mula rasa suka dalam hati bila Firash yang akan dimarahi Ustaz Halim. Padan dengan muka dia. Iman mula menyenget senyum.

Iman tarik pemadam papan putih. Dilekapkan pemadam pada papan putih. Proses pemadaman bermula sementara Ustaz Halim sedang menyoal Firash.

Sedetik...

Dua detik...

Erk? Kenapa tak keluar ni.. Iman mula cuak,tangannya masih lagi menggosok kuat permukaan putih. Sudahlah lukisannya sebesar alam. Penuh papan putih itu.

"Kamu saya denda sekali dengan Iman hari ni, "ujar Ustaz Halim buat Firash rasa tak puas hati. Siap kau nanti, Iman!

"Ustaz... "Seru Iman takut-takut dari belakang Ustaz Halim.

"....saya tersalah guna marker permanent dekat whiteboard, "takut-takut Iman memberitahu. Dengar itu, Firash rasa nak je bantai gelak depan Ustaz Halim tapi ditahankan jua. Sudah dia fikir kejap lagi dia terlepas dari denda.

"Ya Allah Iman... Habis waktu mengajar saya hari ni. Ambil kotak bawah meja sana, "suruh Ustaz Halim buat Iman kalut tunduk ambil kotak yang disimpan bawah meja guru.

"Ha, tali sekali, "Iman ambil pula tali yang kelas dia guna untuk gantung gambar dalam kelas. Banyaklah juga.

Iman sua kotak tersebut pada Ustaz Halim. Satu kelas diam memerhati keadaan itu.

"Ustaz nak buat apa? "Celah Firash. Pelik dia tengok.

"Firash, Iman saya nak kamu berdua tulis atas kotak tu, 'Saya budak baik, Saya tak buat lagi! ' atas kotak tu depan belakang. Gantung di leher, "kata-kata Ustaz Halim buat Iman dan Firash bergilir pandang antara satu sama lain.

"Yang lain buat buku latihan yang kita beli. Saya nak denda budak berdua ni. Dah tingkatan lima pun masih nak buat perangai. Nama aje kelas sains, "

"Ha, tunggu apa lagi. Ambil kotak tu tulis ikut kreativiti masing-masing, "arah Ustaz Halim apabila mereka masih lagi statik berdiri di situ.

Iman mencebik. Kreativiti tahi kucing kalau hanya untuk denda memalukan diri macam ni. Dijeling Firash yang turut jegil mata padanya.

"Meluat aku dengan kau ni, "Bisik Firash pada Iman. Iman hanya jeling Firash.

"Kau fikir aku suka? Perangai kau serupa aje dengan jin, "Iman siap angkat kedua tangannya ke atas kepala buat tanduk jin.

"Buat cepat. Kejap lagi jalan satu tingkat ni. Biar malu sikit, lalu depan kelas tingkatan empat, "ujar Ustaz Halim lagi.

Iman mendengus kecil.

"Lagi satu, habis denda tu padam papan putih ni sampai cuci. Saya nampak ada kesan siap kamu! "

Bergegar bahu Firash ketawakan Iman. Suka dia tengok muka geram Iman. Nampak comel. Eh, tiberr je kau kan Firash!

Iman nampak Firash buat gerakan mulut yang sedang berkata 'padan muka kau! '.Iman jeling Firash dan terus tulis apa yang Ustaz Halim suruh pada kotak. Kalau tak buat mahunya Ustaz ketuk kepala. Sudahlah, ada depan Ustaz sekarang ni.

Ihik, terasa nak buat balik cerita teenfiction..

Ok tak?

Saya publish balik ni, hmm..

Do follow me too guys kimiafina...thank you for those yg sudi follow.. 😘😘

Cinta Si Troublemaker✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant