"Rasanya Sya. Itu maksudnya dia orang ada hubungan dibelakang aku." Sangkal Aril mentah-mentah.

"Untuk pengetahuan kau. Itu bukan kali pertama aku dapat gambar mereka berdua. Dah banyak gambar yang aku pernah dapat sebelum ni."

Farisya hanya membisu sahaja mendengar luahan Aril.

'Kau memang bagus Qash. Idea kau berjalan dengan lancar.' Luah hati Farisya.

"Mungkin dulu aku boleh butakan mata aku tentang gambar-gambar tu tapi bila dia boleh seronok dengan jantan tak guna depan mata aku. Itu memang membuktikan dia orang memang berhubungan di belakang aku." Kata Aril dengan nada penuh beremosi.

"Sya tak tahu nak kata apa. So apa plan abang bila dah jadi macam ni?" Farisya memandang wajah Aril di sebelah.

Aril berhenti langkah lalu membalas pandangan. Bahu dijongketkan.

"Mungkin teruskan saja. Atau abang putuskan saja." Tenang sahaja Aril katakan.

Senyuman halus Farisya sorokkan.

"Sya, next weekend sekolah kita ada buat reunion dekat grand. Sya pergi tak?" Tanya Aril. Sengaja mahu menukar topik perbualannya.

Farisya menjongketkan sahaja bahunya. Dia tidak tertarik langsung pada parti reunion itu.

Kereta mewah milik Aril berhenti tepat di hadapan villa tersergam indah.

Dari dalam kereta Aril ini Farisya sudah nampak susuk tubuh insan yang amat dia benci. Terus dia melemparkan pandangan meluat kepada seseorang.

'Awal pula dia balik hari ini.' Bisik hati Farisya.

Farisya keluar dari isi perut kereta milik Aril dengan selamba. Langkahnya diatur biasa membiarkan sahaja kewujudan Fahmi saat dia melintasi lelaki itu.

Fahmi tidak memberikan sebarang riak kerana sudah dapat menganggak karenah adiknya itu. Sebaliknya Fahmi terus melangkah menghampiri Aril.

"Kau keluar dengan adik aku?" Sapa Fahmi sambil menyeluk poket seluar slacknya.

"Haah kebetulan aku terserempak dengan dia dekat Mall tadi."

"Ohh really." Fahmi mengangguk perlahan.

Aril menyandarkan tubuhnya pada kereta miliknya. Tindakkan itu diikuti oleh Fahmi juga.

"Kau dengan Sarah apa cerita. Aku ada dengar kau orang macam ada masalah je." Korek Fahmi ingin tahu.

Aril mengeluh perlahan lalu memandang sekilas wajah kacak Fahmi.

"Biasalah wei, makin dekat tarikh rasmi aku. Makin banyak pula benda nak timbul." Luah Aril tanpa berselindung.

"Apa benda pula yang main timbul-timbul ni?" Seloroh Fahmi.

"Tak tahulah aku nak cakap macam mana sama ada aku yang salah ataupun Sarah yang sengaja nak curang dengan aku." Jelas Aril tanpa berdalih.

Baginya tiada salah jika Fahmi tahu tentang masalahnya ini. Kerena keakraban mereka seperti isi dengan kuku.

"Curang?!" Jerit Fahmi tidak percaya. Jadi apa yang group rakan sekolah lama mereka kecohkan itu betul belaka.

Aril hanya mendiamkan diri sahaja.

"Aku macam tak percaya apa yang aku dengar sekarang ni." Sinis Fahmi.

"Percaya atau tak itulah kenyataannya dan aku sendiri ada bukti."

"So kau still nak teruskanlah majlis kau hujung bulan ni even kau dah tahu benda ni?" Tanya Fahmi dengan nada tidak puas hati.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now