BAB 71

41.9K 1.3K 40
                                    

Ain menaip sesuatu di komputernya. Kemudian, dia terasa pinggangnya sakit. Sudah lama sangat agaknya dia duduk di situ, terlalu fokus dengan kerja.

Ain bangun dari kerusi untuk ke tandas namun serta merta dia terasa abdomennya kejang. Ain segera duduk semula. Perutnya diurut sedikit bagi mengurangkan kekejangan. Berkerut wajah Ain menahan sakit.

"Ish, kenapa ni" bisik Ain.

Dia rehat seketika sehinggalah sakit perutnya berkurang. Mungkin penyakit gastrik nya datang semula memandangkan pemakanan Ain tidak teratur kebelakangan ini.

"Ain"

Ain mengangkat wajah apabila kedengaran suara Zulaikha memanggilnya. "Ya kak?"

"Macam mana plan kita? Okay?" Soal Zulaikha. Senyumannya penuh makna.

Ain tersenyum kembali. Hari ini merupakan hari lahir Aiman. Maka, pada malam ini Ain dan warga Jaya Holdings mahu membuat parti kejutan untuk suaminya itu di rumahnya.

"Okay je. Wani dah settle kan semua tempahan memandangkan dia cuti"

Ya, Wani sudah mula bercuti dari bekerja kerana due date untuk kandungannya sudah hampir. Wani dan Didi sangat teruja untuk menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Puas Ain menasihati Wani agar tidak turut serta dalam persediaan untuk majlis yang mereka rancangkan ini. Ain mahu dia berehat. Namun, si keras kepala itu tetap gigih mahu membantu.

"Cun, apa2 hal nanti inform akak eh"

"Okay kak"

Zulaikha berlalu pergi. Tiba2, Ain terasa perutnya kebas dan kejang lagi. Dia memegang erat perutnya.

Nampaknya dia kena pergi ke klinik juga hari ini. Aiman ada hal penting di luar, jadi Ain terpaksa pergi seorang diri.

*   *   *

"Honey, mungkin hubby balik lambat hari ni. There's an important event tonight. Maybe you should come with me. Hubby tak nak Honey duk rumah sorang2."

Ain kasihan mendengar suara letih suaminya di telefon. Mana taknya, sejak pagi tadi Aiman sudah keluar dari office untuk menyelesaikan tugasnya. Dia langsung tak balik office selepas itu. Namun, Ain terharu. Walaupun sibuk Aiman masih risaukan dia.

"It's okay hubby, you should go if it's important. Honey okay je. Jangan la risau." Balas Ain, cuba menyedapkan hati suaminya.

Aiman mengeluh sedikit. "I'm sorry. I'll make sure to come back as soon as possible. Please take care of yourself"

"Okay. Hubby, remember not to force yourself too much. Take some rest alright" nasihat Ain, dia risaukan Aiman.

"I will my love. Thanks."

"Assalamualaikum, hubby"

"Waalaikumusalam, honey"

Ain menamatkan panggilan telefon. Dia sedih Aiman akan pulang lewat namun ini peluang yang sempurna untuk parti kejutan Ain dan warga Jaya Holdings yang lain.

Dalam pukul 8.30 malam nanti semua yang terlibat akan sampai ke rumah agam Aiman dan membuat persediaan untuk parti itu. Time to get prepared.

Dan Ain baru saja menyediakan hadiah untuk Aiman. Hadiah yang berharga dan besar maknanya.

*   *   *

Aiman duduk di kerusi meja bulat yang mewah itu sambil memicit kepala. Ucapan Tan Sri Roslan di atas pentas di dewan Hotel Kenari itu bagaikan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Dia sesak dengan kehadiran manusia2 berpengaruh di sekelilingnya di majlis mewah itu. Apa yang dia mahu sekarang adalah pulang ke rumah dan bersama isteri kesayangannya.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now