BAB 39

45.8K 1.6K 71
                                    

Ain baring di atas katil di bilik barunya. Matanya terkedip-kedip memandang syiling. Jam atas meja kecil di sebelah katilnya menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. Matanya masih sukar dilelapkan. Mungkin kerana dia berada di bilik baru.

Petang tadi Ain meneroka seluruh rumah itu. Ianya sangat besar. Ain tertanya-tanya bagaimana Aiman boleh duduk berseorangan di rumah itu. Tak sunyi ke?

Bercakap tentang Aiman, petang tadi Ain menyediakan makan malam untuknya dan Aiman. Namun, lelaki itu tidak mahu makan. Katanya kalau dia lapar pandailah dia cari makan sendiri.

Ain sedih. Dia terasa seperti dia seorang saja yang berada dalam rumah agam itu. Ain mengeluh.

Tiba2, telefonnya berdering.

"Hello?" sapa Ain.

"Hello, assalamualaikum Ain!" balas Raihanah, ceria.

Wajah Ain mula berubah ceria. Dia meniarap di atas katilnya.

"Waalaikumussalam, Rai! I miss youu~"

"I miss you too~Ain, buddy. How's everything? Are you okay? Aiman ada buli kau tak?" soal Raihanah, prihatin.

Ain ketawa mendengar soalan sahabat baiknya itu. Tiba2, tawanya mati bila teringatkan apa yang Edrian buat padanya tempoh hari dan perubahan drastik Aiman. Namun, Ain ketepikan semua itu. Dia tidak mahu Rai risau.

"Alhamdulillah semua okay. Aiman takde buli aku pun" balas Ain. Perit di hatinya didiamkan saja.

"Oh, bagus la. Keluarga tiri Aiman macam mana? Dorang...um, okay tak dengan kau?" soal Rai lagi. Namun, kali ini kedengaran sedikit risau.

Ain kerut kening.

"Erm, boleh la. Okay je. Kenapa kau...tanya camtu?" soal Ain balik kepada Rai.

Rai diam seketika.

"Ain, kau free tak esok? Jom jumpa, dah lama kita tak lepak sama2" cadang Rai tiba2. "...aku akan cerita apa yang aku tahu"

Ain semakin curiga. Apa yang Rai ingin bagitau sebenarnya?

"Boleh je, aku free minggu ni. Minggu depan baru aku start keje" balas Ain. "...benda apa kau nak bagitau aku tu?"

"Erm, adalah. Esok aku jemput kau eh? Sekarang kau kat mana?" soal Rai.

"Aku kat rumah Aiman"

"Okay aku jemput kat sana. Jumpa esok. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Talian dimatikan.

Ain kerut kening. Agaknya apalah yang Rai mahu bagitau. Ain mula tertanya-tanya.

Matanya cuba dilelapkan. Beberapa minit kemudian Ain terlena.

*  *  *

8:00 pagi

Pagi itu Ain duduk bersama Aiman di meja makan untuk bersarapan. Sejak pukul 5 pagi tadi Ain sudah bangun untuk menyediakan sarapan itu.

Sudah hampir 10 minit mereka duduk bersarapan namun sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut masing2. Suasana sepi dan janggal. Ain tidak selesa. Dia cuba mencari topik perbualan.

"Erm, Abang Aiman...Rai ajak saya keluar hari ini. Boleh saya pergi?" soal Ain, meminta izin suaminya.

Mata Aiman mula tepat memandang Ain. Wajahnya seperti biasa, dingin.

"Sure" balas Aiman, ringkas.

Ain angguk perlahan. Matanya kembali menatap makanan di hadapannya. Suasana janggal lagi.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now