BAB 56

43.2K 1.5K 51
                                    

Erina berdiri di tengah2 sebuah gudang lama yang besar. Sesekali dia menoleh ke belakang, menjeling sekilas Harry yang berada di dalam kereta BMW hitam milik Edrian.

Erina bersilang tangan. Wajahnya keruh. Dah 15 minit dia berdiri di situ.

Erina menoleh memandang Harry. "Woi , Harry! Kalau 'client' Edrian tak sampai dalam masa 5 minit, aku nak blah!"

Harry ketawa melihat wajah cemberut Erina. "Sabar la. Macam tak biasa. Kejap lagi sampai la tu"

Sudah sebulan berlalu sejak Erina menjadi 'orang suruhan' Edrian. Nak kata dia sudah biasakan diri, tak juga. Tapi Erina faham tugasnya. Kebanyakan tugasan yang Edrian beri kepada dia adalah menghantar dan menerima barang dari client2 Edrian.

Walaupun Erina masih marah dengan Edrian, namun dia bersyukur setakat ini semua barang yang Edrian hantar dan terima bukan dadah atau benda2 haram. Erina tak sanggup mahu bersubahat jika melibatkan benda2 itu. Dia lebih rela masuk penjara.

Tapi, ada satu perkara yang Erina benci dengan tugasannya. Iaitu berurusan dengan client Edrian.

Sesetengah daripada mereka agak okay, tapi kebanyakannya sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati.  Erina pernah beberapa kali bergaduh dengan client Edrian kerana mereka sangat berlagak dan sombong hanya disebabkan mereka kaya. Dan disebabkan dia bertudung, mereka dengan sesuka hatinya mahu memperlekehkan Erina.

Nasib baik Harry selalu ada untuk meleraikan pergaduhan itu. Setelah sebulan, Erina telah menerima Harry sebagai kawannya. Namun, dalam kepala Erina masih merancang bagaimana mahu melepaskan diri dari Edrian.

Setelah beberapa minit mengelamun, kedengaran bunyi enjin kereta. Erina menoleh dan dilihatnya 3 buah kereta SUV hitam mula memasuki gudang lama itu.

Kereta2 itu berhenti betul2 di hadapan Erina. Erina hanya berdiri tegak sambil bersilang tangan. Seorang lelaki keluar dari kereta yang paling dekat dengan Erina diikuti beberapa orang bodyguard. Lelaki itu berambut curly dan memakai baju t-shirt hitam diselubungi kot panjang mencecah lutut.

Lelaki itu kelihatan biasa2 saja. Tak seperti kebanyakan client Edrian yang bergaya dan elegen. Apabila lelaki itu tiba di hadapan Erina, dia tersenyum manis. Wajah lelaki itu kelihatan tenang.

"Wow, so it's true. Edrian have new 'rare' servant" komen lelaki itu. Senyumannya masih melekat di bibir.

Erina senyum, malas mahu melayan lelaki itu. "Hey, how about you give me the stuffs already. So we can go back now and have a little nap" balas Erina dengan nada perlian.

Lelaki itu ketawa. "You're different. Interesting"

Erina menggulingkan biji mata. Dia betul2 mahu balik dan berehat.

"My name is Smokey"

Erina memandang Smokey apabila lelaki itu mengenalkan diri. Woah, kelakarnya nama.

"I didn't ask that. But, yeah whatever. I am Erina" balas Erina, masih dengan nada perlian.

Smokey ketawa lagi. Dia benar2 terhibur dengan Erina. "Oh dear, you ARE interesting, Erina."

Smokey menghulurkan beg hitam besar kepada Erina manakala Erina memberikan briefcase hitam berisi wang kepada Smokey. Namun, sebaik saja Erina mencapai pemegang beg itu, dia menjerit kecil lalu beg itu jatuh ke lantai.

"Woi, beratnya!" mata Erina bulat memandang beg itu. Beg itu berat seperti ada berpuluh besi di dalam.

Smokey ketawa melihat gelagat Erina. "What? Kau tak tahu apa boss kau beli?"

Erina pandang Smokey seperti tak percaya. Matanya bulat. "Jangan cakap dia beli jongkong emas"

Smokey ketawa lagi, kali ini lebih kuat. "Oh, my. You're so funny."

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now