BAB 54

42.9K 1.6K 137
                                    

Ain duduk di meja kerjanya sambil menaip sesuatu di komputer. Sesekali jam di dinding dijeling sekilas. Secawan kopi di sebelahnya dicapai dan dihirup sedikit isinya.

"Ain"

Suara yang sangat dikenali itu membuatkan Ain segera mengangkat wajah. Matanya memandang Aiman yang sedang berdiri di hadapan kubikelnya. Wajah lelaki itu dingin. Ain segera bangun dari kerusi.

"Ya, boss?" balas Ain, agak gementar melihat wajah serius Aiman.

"I want you to meet my client, Dato Erman at 11:00 am with Krishna and Iwan. I have some important things to discuss with my business partner this afternoon," arah Aiman, jelas dan tegas.

"Okay, boss"

Aiman angguk sedikit sebelum beredar dari situ tanpa sepatah kata lagi. Ain terduduk di kerusi. Wajahnya diusap. Air mata yang hampir mengalir diseka sepantas mungkin.

Sejak balik ke KL seminggu yang lalu, Aiman masih dingin dan semakin jarang bercakap dengan Ain. Sikap Aiman benar2 membuatkan Ain terluka. Kenapa Aiman tiba2 berubah? Apa yang tak kena? Kenapa di saat hatinya sudah penuh dengan perasaan cinta untuk Aiman, masalah lain pula datang menimpa?

Dulu Ain tidak terluka seperti ini apabila Aiman bersikap dingin. Namun, sekarang Ain terasa hatinya seperti dirobek apabila setiap kali mereka bertemu, Aiman akan cuba mengelak dari Ain.

It's okay, Ain. Keep strong.

Ain kerap memberikan kata2 semangat itu untuk dirinya. Dia perlu kuat. Walau apapun Aiman itu suaminya. Ain yakin suatu saat nanti semuanya akan pulih.

Dia bangun dari kerusi untuk berjumpa Dato Erman. Kakinya melangkah menuju ke Krishna dan Iwan yang sudah menunggu di lif. Mereka merupakan sahabat sekerja dalam bidang yang sama.

"Hello, Ain. Ready to go?" tegur Krishna, seorang gadis India yang peramah. Iwan di sebelahnya hanya tersenyum sedikit kepada Ain lalu kembali menatap telefonnya.

"Hello, yes, sure. Let's go" balas Ain, senyuman manis cuba ditampal di wajah.

Mereka mula bergerak untuk berjumpa Dato Erman.

*  *  *

Selepas sejam lebih berurusan dengan  Dato Erman di lobi Hotel Harmony, mereka mengucapkan selamat tinggal dan mula bergerak untuk balik semula ke pejabat.

"Aku lapar la" rungut Iwan.

"Kau ni, ingat makan je" komen Krisna, matanya menjeling Iwan. Iwan membalas dengan menjelirkan lidahnya.

Ain memandang jam di tangannya. "Hmm, dah nak dekat tengah hari ni. Jom la kita lunch dulu" cadang Ain.

"Cun! Aku sokong!" balas Iwan, wajahnya mula bersemangat.

Ain hanya menggeleng sambil ketawa apabila Krishna mencubit lengan Iwan. Mereka mula melangkah untuk keluar dari lobi hotel itu.

Tiba2, mata Ain tertancap pada seseorang yang sedang duduk di meja restoran di hotel itu. Dia pejam celikkan mata beberapa kali. Betul ke apa yang dia nampak?

Aiman sedang duduk di meja VIP bersama seorang wanita berambut panjang yang diikat tinggi, berbaju kemeja putih yang dimasukkan ke dalam skirt hitamnya yang separas lutut. Pada pandangan mata Ain, wanita itu sangat cantik dan elegan.

Siapa tu? Tu ke business partner Aiman?

Tiba2, hati Ain terasa ditusuk apabila dilihatnya Aiman tersenyum manis dan sesekali tertawa bersama gadis itu. Ain cepat2 mengalihkan pandangan dari mereka. Dia memegang dadanya yang terasa perit. Ya Allah, kenapa ni? Dada aku sesak sangat.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now