BAB 16

43.8K 1.8K 83
                                    

Pagi itu Ain sudah bersiap kemas untuk ke pejabat. Dia sedikit teruja kerana hari ini merupakan hari pertamanya. Apabila keluarganya dapat tahu, mereka sangat gembira sehinggakan emaknya mahu membuat kenduri kesyukuran.

Walaupun dia masih hairan kenapa Aiman sudi mengambilnya bekerja, namun dia hiraukan saja hal itu. Dia sudah cukup bersyukur dia diterima bekerja.

Ain mengenakan baju kurung moden hijau cair dengan manik yang membentuk bunga-bungaan di hujung baju. Shawl dipakai dan dililit ringkas di kepala.

Ain keluar dari bilik untuk bersarapan dengan Rai. Sarapan sudah disediakan Ain lebih awal selepas solat subuh tadi. Meehoon goreng dengan taburan telur dadar serta air teh 'o'.

Ain menuju ke dapur dan duduk di hadapan Rai - yang juga sudah bersiap untuk ke hospital.

"Ain, good luck ok on your first day," ucap Rai dengan senyuman bangga.

"Terima kasih sahabatku," balas Ain gembira.

"Hmm, kau pasti ke tak nak aku hantar? Aku boleh je nak hantar kau gi kerja. Lagipun office kau dengan hospital tu mana jauh pun,"

"Alaa, takpe Rai. Aku tak nak susahkan kau. Aku boleh je naik teksi,"

"Ok la kalau macam tu. Hati2 tau,"

"Ye, baik bonda,"

Mereka ketawa riang pada pagi itu. Namun, di hati Ain, dia berasa sedikit risau.

Asal aku tak sedap hati eh?

* * *

Ok.

Ain angguk dalam hati.

Dia dah tahu kenapa dia tak sedap hati sejak tadi. Sepatutnya dia dah boleh agak.

Setibanya Ain di tempat kerja pagi itu, dia terus diminta ke bilik 'Encik CEO'! Sekarang Ain sedang duduk berhadapan dengan Aiman. PA Aiman, Kak Ana, pula setia berdiri di sebelah boss nya itu.

Tak senang duduk Ain dibuatnya apabila Aiman hanya bercakap dan bertanya sepatah2 sejak tadi. Mata Aiman sesekali memandang Ain sekilas lalu kembali kepada dokumen di tangannya.

"So...,"

Kini, sepasang mata coklat cair milik Aiman sedang memandang tepat wajah Ain.

"Congrats. You're accepted to work in Jaya Holdings Company, Miss Ain. You'll start your work as a Business Development Executive today. I hope you can work hard because your position in this company is pretty much important and it determine the company's profits."

Aiman diam seketika. Mata masih memandang tepat wajah Ain yang sedang tekun mendengar kata2 nya.

Dia menarik dan menghembuskan nafas perlahan.

"So, do you have any questions, Miss Airana?"

Ain tersentak apabila namanya disebut. Dia terlalu tekun mendengar kata2 Aiman.

"No, I understand perfectly my role as a Business Development Executive in this company. I'll work hard to increase the company's profits from now on, Mr Aiman," balas Ain, agak gugup.

Mana taknya, mata kuyu Aiman tidak berkelip memandangnya dengan wajah tidak beriak sejak tadi.

Aiman mengangguk perlahan. Dia menekan butang interkom di hadapannya.

"Zulaikha, sila masuk bilik saya sekarang," arahnya, tegas.

Kemudian, dia memandang Ain semula.

"Cik Zulaikha merupakan pekerja senior dalam bidang ni. Jika ada apa2 masalah atau pertanyaan , awak boleh merujuk kepada Cik Zulaikha. Faham?"

Ain angguk.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now