BAB 70

43.6K 1.6K 67
                                    

Erina memeluk erat Qish yang kelihatan sangat ceria melihat kakaknya di depan mata. Cool fever di dahi Qish dibetulkan sedikit oleh Erina. Badan si kecil itu memang panas.

"Macam mana Qish boleh demam?" Soal Erina, matanya memandang Dhia dan Zati di sisi katil Qish.

"Dhia pun tak tau. Malam tadi Dhia nak check dorang dah tidur ke belum, lepas tu Dhia perasan Qish berselubung satu badan dengan selimut dan menggigil. Bila Dhia pegang dahi dia rasa panas sangat" cerita Dhia. Wajahnya risau.

"Betul tu kak" komen Zati. Dia juga risaukan Qish. Si kecil itu memang mudah sakit sejak lahir.

"Hmm takpelah Dhia, Zati. Jangan risau. Nanti Qish sembuh la. Terima kasih sebab jaga adik2 ya" balas Erina sambil menghadiahkan senyuman kepada kedua gadis itu.

"Sama-sama kak"

"Akak tidur sini ke? Kalau ya, Zati siapkan bilik untuk akak dengan Abang Edrian" soal Zati.

Erina terdiam seketika. Dia baru teringat Edrian juga ada di Mahligai Zaaba itu kerana lelaki itu yang menghantarnya ke sini. Aku nak teman Qish sampai sembuh, tapi patut ke aku biarkan Edrian tidur sini sekali? Mungkin dia sibuk.

"Akak takde kelas esok, so akak akan tidur sini harini" terang Erina.

Wajah Dhia dan Zati berubah ceria. Seronok mereka dapat menghilangkan rindu pada Erina memandangkan sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu.

"Tapi akak tak sure Abang Edrian boleh tidur sini atau tak. Dia kena pergi kerja esok" sambung Erina.

"Takpe, biar Zati tanyakan!" Sepantas kilat Zati berdiri lalu melangkah keluar dari bilik itu tanpa menunggu jawapan Erina.

"Cis, cepat je si Zati tu. Mentang2 abang Edrian hensem" komen Dhia.

Erina hanya mampu ketawa kecil. Ya, hensem la sangat.

*   *   *

Edrian duduk atas sebuah sofa di ruang tamu. Ayah Daud keluar seketika kerana ada urusan penting.

Dia merenung mata2 comel di hadapannya satu persatu. Dari tadi mereka tidak putus merenungnya. Bila diingatkan balik, Edrian tidak pernah duduk bersama kanak2 di Mahligai Zaaba itu.

"Apa korang semua nak?" Soal Edrian, berkerut kening.

"Takde pape. Kitorang tengah buat kerja la. Abang Edrian tak nampak ke?" Balas Yassir, kanak2 berusia 7 tahun. Syafiq, (12 tahun), Irfan (8 tahun), Naufal (8 tahun), Zarif (11 tahun) dan Borhan (12 tahun) sedang duduk di meja besar di ruang tamu sambil membuat kerja sekolah. Dan juga merenung Edrian dengan tanda tanya.

Julia (7 tahun), Sayyan (7 tahun), Amira (8 tahun), Nadia (11 tahun), Wardah (11 tahun), Badrina (12 tahun) dan Farhana (12 tahun) pula duduk di meja bersebelahan, turut membuat kerja sekolah.

Mereka antara anak2 di Mahligai Zaaba yang masih bersekolah rendah.

"Apa Abang Erian buat kat cini?" Soal si kecil Qaseh yang berumur 5 tahun. Dia duduk bersebelahan Edrian sambil memegang anak patung beruang.

Edrian tersenyum sedikit mendengar Qaseh yang pelat memanggilnya 'Erian'.

"Dia hantar kak Erin kat sini la Qaseh" terang Iman, gadis pintar yang baru berusia 6 tahun.

"Apa abang buat kat sini? Rashdan tak suka abangg!" Rashdan yang menyorok di sisi sofa membuat wajah marah. Dia masih 'berdendam' dengan usikan Edrian padanya semasa lelaki itu ingin membawa Erina ke family outing Dato Syukri.

"Rashdan, tak baik cakap macam tu. Abang Edrian kan tetamu" Badrina, gadis matang yang baik hati itu menegur kata2 Rashdan.

"Rashdan tak suka!" kanak2 itu berlari masuk ke dalam bilik. Dia benar2 tak mahu melihat Edrian.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now