BAB 46

44K 1.7K 36
                                    

Raihanah berbaring di katil menghadap syiling putih di biliknya. Sejak pertemuannya dengan Joe tadi, Rai terus berubah muram.

Betul ke Ray cintakan aku?

Persoalan itu asyik datang menyesakkan minda dan perasaannya. Selama ini, mereka kerap bergaduh sehinggakan Rai tidak sedar jika Ray sebenarnya menyukainya.

Raihanah bangun dari katil lalu dia mengambil sebuah album lama di dalam laci mejanya di sebelah katil. Dibuka album itu. Automatik dia tersenyum.

Gambar pertama yang Rai tengok adalah gambar dirinya semasa berumur 6 tahun sedang bermain dengan belon air. Jelas kelihatan wajahnya sangat ceria, seolah-olah tiada masalah langsung. Alangkah bagusnya jika dia boleh kekal seperti itu.

Rai menyelak muka surat kedua. Kali ini, gambar dia, Ray dan Aiman semasa berumur 8 tahun sedang bermain di taman permainan. Mereka memang rapat sejak kecil dan selalu bermain bersama.

Rai mengeluh. Dia ingat lagi semasa kecil dia dan Ray memang rapat. Namun, sejak meningkat dewasa, hubungan mereka semakin renggang. Mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Pertunangan paksa ini pula hanya mengeruhkan keadaan.

Rai berfikir sejenak. Apakah perasaannya terhadap Rayyan?

Dulu memang Rai tak suka Ray mengusiknya, namun sejak Ray berubah dingin, Rai terasa ada sesuatu yang kosong dalam hidupnya. Tapi, itu tak bermakna Rai juga ada perasaan yang sama dengan Ray.

Ya Allah, apa aku nak buat ni? Kenapa aku buntu sangat sekarang?

Rai mengeluh. Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. In shaa Allah solat istikharah akan membantunya membuat keputusan.

*  *  *

Ray duduk di ruangan menunggu sambil menghirup kopi panas segera yang dibelinya dari mesin. Jam di dinding ruangan hadapan hospital itu dijeling sekilas.

Pukul 11:00 p.m.

Dia mengeluh. Hari ini dia terpaksa bekerja lebih masa kerana berlaku beberapa kes kecemasan dan bilangan kakitangan hospital pula tidak mencukupi. Terasa badannya sakit2 dan lenguh kerana berulang-alik ke sana sini sejak pagi tadi.

Sedang dia menghirup kopinya, tiba2 seseorang datang lalu duduk di sebelah Ray. Tergamam lelaki itu melihat gerangan yang berada disisinya.

Rai hanya diam membisu saja selepas duduk di sebelah Ray. Matanya memandang lantai. Dia tahu pasti Ray tertanya-tanya mengapa dia tiba2 saja duduk di situ. Walaupun masih terkejut, Ray cuba untuk hiraukan saja perkara itu. Dia turut memandang lantai sambil menghirup kopi panasnya.

"I'm sorry"

Pandangan Ray kembali kepada Rai apabila gadis itu tiba2 meminta maaf. Rai pula masih memandang lantai. Matanya tidak beralih.

"Why?" soal Ray. "You realize you don't even did anything wrong, right?"

"I know!" balas Rai. Wajahnya mula merah kerana geram dengan Ray. Dia memandang Ray untuk memarahi lelaki itu kerana telah menyesakkan minda dan perasaannya, namun dia menahan diri. Kekasaran bukan penyelesai masalah.

"I know...but...just ignore that. Aku cuma nak minta maaf" mata sayu Rai tepat memandang Ray. Dia seolah-olah mahu menangis.

Ray semakin terkejut dengan perubahan drastik Rai. Biasanya gadis  itu akan marah2 ataupun memerlinya, namun kali ini Rai minta maaf pula kepadanya. Kenapa?

Rai kembali memandang lantai. "Walaupun aku selalu cakap aku benci kau, tapi aku tak serius pun. Aku taklah benci kau sangat. Aku cuma...aku ingat kau bencikan aku, sebab tu aku cuba nak bencikan kau jugak" luah Rai. Wajahnya sudah merah padam.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now