BAB 14

41.1K 1.9K 36
                                    

Ain mengenakan baju kurung plain berwarna biru laut dengan corak di hujung bajunya. Tudung bawal berwarna sama dipakai di kepala. Ain hanya memakai bedak compact dan lip balm sebagai mekap. Dia tidak suka berlebihan dari itu.

Resume dan dokumen2 penting lain diperiksa lagi untuk memastikan semuanya cukup. Dia perlu pastikan temu duganya di Jaya Holdings Sdn Bhd hari ini berjaya.

Ain menelefon keluarganya lagi. Dia rasa sangat gementar. Menelefon keluarga di kampung sedikit sebanyak menenangkannya. En Razak menasihati Ain agar banyakkan berdoa dan berselawat.

Tiba2, satu ketukan di pintu kedengaran.

"Ain, boleh aku masuk?" soal Rai.

"Boleh. Masuklah"

Pintu bilik Ain dibuka. Rai tersenyum lebar melihat Ain yang lengkap berbaju kurung.

"Ya Allah, Ain. Cantiknya kau. Mesti yang interview kau nanti terpikat haha," usik Rai.

"Ish kau ni. Aku tengah nervous ni tau" balas Ain dengan wajah gelisah.

"Alaa, kau relaks je. Wat peace. Kau boleh buat punya," pujuk Rai.

"Terima kasih"

"Haa, dah. Jom gerak. Kang lambat pulak kau pergi interview. Tapi sorry tau Ain. Aku boleh tolong hantar je. Nanti balik kau naik teksi, tau. Aku sibuk pulak hari ni. Sorry ya," Rai terasa sangat serba salah kerana membiarkan Ain sendiri nanti.

"Eh, takpelah Rai. Aku langsung tak kisah. Kau nak hantar aku ni pun dah cukup baik. Balik nanti aku boleh balik sendiri. Kau settle la urusan kau ya. Jangan Risau"

Rai mengangguk lalu mereka berjalan keluar dari rumah menuju ke kereta Rai.

* * *

Tiba saja di syarikat Jaya Holdings Sdn Bhd, Ain terlopong. Syarikat itu sangat besar dan luas. Ain terasa semakin gementar. Rai di sebelah mula perasan perubahan wajah Ain.

"Ain, kau ok? Banyakkan selawat...in sha Allah kau boleh buat. Good luck ok?" Rai memegang bahu Ain.

Ain memandang Rai lalu mengangguk perlahan. Senyuman cuba diukir agar perasaan gementarnya hilang.

"Thanks Rai, aku pergi dulu ya. Doakan aku," Ain memeluk Rai erat. Tangan Rai mengusap lembut belakang Ain.

Ain keluar dari kereta Rai. Dia memberanikan diri untuk melangkah masuk ke dalam bangunan gergasi itu. Dia terus melangkah sehingga  ke kaunter pertanyaan. Seorang wanita muda sedang tersenyum manis memandang Ain di kaunter tersebut.

"Maafkan saya, cik. Boleh saya tau kat mana sesi temu duga dijalankan?" soal Ain, sopan.

"Oh, boleh. Sesi temu duga dijalankan di tingkat 15. Cik jalan terus sehingga ke hujung koridor tingkat itu ya," balas wanita yang memakai tanda nama 'Zura'.

"Baik, terima kasih ya,"

"Sama2, cik,"

Ain berjalan menuju ke lif. Resume dan dokumen penting lain di tangannya digenggam erat. Setelah masuk ke dalam lif, butang bernombor 15 ditekan.

Sementera menunggu lif sampai ke tingkat 15, Ain berzikir dan berselawat untuk menenangkan diri. Tiba sahaja di tingkat 15, pintu lif terbuka. Ain keluar dengan perasaan gementar. Tangannya sudah sejuk. Aduhh, macam nak ambik result SPM pulak rasa.

Mata Ain melilau memandang sekeliling. Kemudian, kelihatan beberapa orang yang sedang menunggu di kerusi luar di hujung koridor. Mungkin sedang menunggu giliran mereka untuk di temu duga.

Ain menuju ke seorang setiausaha wanita yang berada di meja betul2 di sebelah pintu itu.

"Cik, ni bilik untuk temuduga, kan?" soal Ain.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now