BAB 25

43.8K 1.6K 19
                                    

Ain duduk bersama warga Jaya Holdings yang lain di kawasan lapang di belakang hotel itu.

Tempat itu sudah dihias cantik. Terdapat lampu bergantungan antara satu pokok ke satu pokok. Terdapat juga banyak meja bulat dan lilin seperti meja candle light dinner. Di hadapan pula terdapat pentas terbuka. Langit malam yang penuh dengan bintang pula menambah keindahan majlis penutupan itu.

Ain duduk bersama Wani, Didi, Zulaikha, Kak Ana dan Afiq. Dari situ kelihatan Aiman dan Zafwan sedang duduk di meja VVIP betul2 di hadapan pentas. Mereka2 yang berpangkat tinggi juga duduk di situ.

Semua pekerja lelaki mengenakan pakaian formal iaitu kemeja putih dengan tie atau bow tie serta kot hitam. Pekerja wanita pula ada yang mengenakan baju kurung, kebaya dan gaun elegen.

Ain memakai gaun unggu labuh yang dibelinya bersama Rai di mall tempoh hari. Tudung shawlnya yang berwarna unggu gelap pula menambahkan seri wajah Ain.

"Ain lawa la malam ni. Fewitt" Wani mengusik Ain sambil menyiku lengan gadis itu.

"Kau ni Wani!" muka Ain mula merah padam.

Sebenarnya, kalau tidak kerana Zulaikha memaksanya bersungguh-sungguh, tidak mahu dia memakai baju itu. Dia lebih selesa berbaju kurung.

"Haa, kalau akak tak paksa takdenya dia nak pakai camni" Zulaikha pula mencelah sambil tersenyum bangga.

Belum sempat mereka ingin berbual dengan lebih lanjut, kedengaran bunyi mikrofon diketuk perlahan seterusnya bunyi seseorang berdehem.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya, Laila akan menjadi salah seorang host anda pada malam ini" gadis berambut pendek paras leher yang bernama Laila itu tersenyum manis.

"Dan saya, Edwin, juga akan menjadi seorang lagi host anda sepanjang majlis penutupan ini" lelaki berbangsa cina tinggi lampai itu pula mengenalkan diri.

Mereka terus berucap sebagai pembuka majlis. Kemudian, beberapa VVIP dipanggil untuk membuat ucapan. Of course, Aiman adalah salah seorang daripada mereka.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. As usual, percutian ni sebagai tanda terima kasih saya dan Dato Syukri di atas usaha anda semua. The success of this company is because all of you. Thanks a whole lot. I'm thankful that all of you enjoy this vacation. And I hope you can also enjoy  the next one" Aiman menamatkan ucapannya. Wajahnya kali ini tidak dingin, dia hanya tersenyum sedikit memandang para pekerjanya yang setia.

Mereka semua berdiri sambil bertepuk tangan selepas Aiman selesai berucap. Kemudian, dia turun dari pentas. Dia berpelukan dengan seseorang di tepi pentas lalu duduk kembali di kerusinya. Kawasan itu agak gelap jadi wajah orang yang dipeluknya itu tidak kelihatan. Namun sebaik saja dia menaiki pentas, semua orang mula menepuk tangan.

Dato Syukri sedang tersenyum manis di atas pentas sambil mengangkat tangan kanannya. Lalu, dia mula berucap. Selepas beberapa minit, para tetamu dijemput menjamu selera.

Semasa mereka sedang makan, tiba2 telefon Ain berdering. Nombor anonymous. Dengan pantas Ain mengangkatnya lalu berjalan ke belakang sebatang pokok agar perbualannya tidak mengganggu orang lain.

"Hello?"

"Hello miss Ain" suara garau seorang lelaki kedengaran.

"Ya? Siapa ni?"

"Sila datang ke bilik 202. Jika tidak, cik dan rakan2 cik akan mati"

Ain terkejut mendengar ugutan itu. Jantungnya berdebar.

"Siapa ni? Jangan main2 boleh tak?" Ain mula menyoal, panik.

"Saya tak main2, Cik Ain"

Sebaik saja ayat itu disebut, Ain perasan terdapat laser merah di dadanya, bahagian jantung. Laser riffle!!! Ain mencari arah datangnya laser itu. Lalu, kelihatan kelibat seseorang di atas bumbung hotel yang gelap, sedang memegang sebatang senapang berlaser.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now