BAB 60

49.2K 1.5K 140
                                    

Edrian menekan butang remote control berulang kali namun tiada cerita menarik untuk ditonton. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menonton cerita Despicable Me di HBO. Sekurang-kurangnya dia boleh tengok Minions. Better than nothing.

Sedang Edrian leka menonton TV, kedengaran bunyi loceng kondominiumnya berbunyi. Edrian berdecit. Siapa pulak datang malam2 macam ni. Dia gagahkan juga diri untuk melihat orang yang berani mengganggu waktu lapangnya.

Sebaik saja pintu dibuka, Edrian terus berdiri kaku. Mulutnya terkunci, matanya bulat memandang orang yang datang ke kondonya malam itu.

"Assalamualaikum Edrian. Kenapa kaku macam nampak hantu je ni?"

Edrian terus tersentak dari lamunannya apabila suara Dato Syukri di hadapannya itu memecahkan sunyi.

"Waalaikumussalam ayah" Edrian segera menyalami tangan ayah tirinya itu. "Jemput masuk"

Dato Syukri tersenyum sedikit lalu dia masuk ke dalam kondo Edrian. Matanya melilau sebaik saja dia masuk ke dalam. Edrian menutup pintu lalu menuju ke arah ayahnya.

"Ayah nak air apa?" pelawa Edrian, sopan.

Dia selalu hormat dan takut hanya dengan Dato Syukri. Entah kenapa sebabnya. Sebenarnya Edrian masih terkejut dengan kedatangan Dato Syukri. Jarang ayahnya itu datang ke situ terutamanya malam2 begini. Ada hal penting ke?

"Takpe Ed. Takyah susah2. Ayah saja je datang sini nak jenguk kamu. Kamu sihat?" soal Dato Syukri, prihatin.

"Sihat, ayah"

Dato Syukri angguk perlahan. "Kenapa dah lama tak balik rumah ayah? Risau ayah dibuatnya."

Edrian terdiam seketika. "Maaf, ayah. Ed sibuk sikit. I'll make sure to visit you regularly next time"

Dato Syukri mengeluh panjang. "Ed, sebenarnya ayah datang sebab ada hal penting ayah nak bincangkan dengan kamu."

Edrian diam. Tekaannya tepat. Tak mungkin Dato Syukri saja2 datang mahu bertanya khabar malam2 begini. Mesti ada sebab.

"Hal apa ayah?"

Dato Syukri duduk di kerusi tinggi di kaunter dapur kondo itu. Matanya redup memandang Edrian.

Dia gembira anak tirinya itu sekarang seorang lelaki bekerjaya dengan hasil titik peluhnya sendiri. Dulu ada juga Dato Syukri mahu membantu Edrian untuk membangunkan sebuah syarikat, namun lelaki itu menolak. Edrian memilih untuk menunjukkan kemampuannya dalam menguruskan perniagaan. Dan dia berjaya.

Tapi, masih ada satu perkara yang kurang. Mata Dato Syukri memandang sekeliling rumah Edrian. Pinggan mangkuk bersepah dalam singki, baju dalam bakul belum dibasuh dan longgokan kertas kerja serta dokumen di atas meja.

Dato Syukri mengeluh lagi.
"Ed, I'm happy that you're a successful businessman now. But..." Dato Syukri berhenti seketika. "...hidup kamu tak terurus."

Edrian kerut kening. "Apa maksud ayah?"

"Edrian masih pergi kelab malam ke?"

Soalan cepumas Dato Syukri itu membuatkan Edrian tersentak. Dia menunduk sedikit. "Ya, tapi..."

"Ed, banyak kali ayah nasihat. Jangan pergi tempat maksiat tu. Tak baik. Berdosa."

"But, I went there just for fun...I didn't even drink alcohol or take drugs, ayah" terang Edrian. Dia mula tak selesa.

"Tapi kamu masih lepak kat situ dengan perempuan seksi sana sini, kan? It's the same, Edrian" bidas Dato Syukri, tegas.

Edrian menunduk. Dia tak mampu menghadap wajah tegang ayahnya itu.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now