BAB 48

44.1K 1.8K 59
                                    

Malam semakin larut. Namun Ain masih tak dapat lelapkan mata. Tangannya menggeletar sedikit.

Anak matanya menjeling Aiman yang sedang nyenyak tidur di sisinya. Mustahil. Memang mustahil untuk dia tidur jika Aiman berada di sebelahnya. Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Badan Ain pula berpeluh walaupun aircond terpasang.

Ain mula bangun dari pembaringan. Jam telefonnya menunjukkan pukul 3 pagi. Perlahan-lahan Ain turun dari katil lalu mencapai tudungnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu senyap2. Dia perlu tenangkan diri dulu.

Langkah kakinya diatur menuju ke dapur untuk minum sedikit air. Namun, sebaik saja kakinya mahu menjejak lantai dapur, dia lihat Edrian sedang duduk di salah sebuah kerusi panjang di kaunter dapur itu. Automatik Ain bersembunyi di sebalik dinding.

Ain mula gelisah. Badannya menggigil sedikit. Dia terasa seram sejuk. Kenapa dia perlu terserempak dengan lelaki itu? Dan apa yang Edrian buat di dapur pagi2 buta ni. Walaupun takut, Ain memberanikan diri untuk menjenguk sedikit apa yang Edrian lakukan.

Mata Ain membulat. Dia baru sedar dahi Edrian berbalut dengan kain putih yang terdapat tompokan darah. Ain tutup mulut agar suaranya tidak keluar. Dia benar2 terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Mengapa Edrian cedera sampai begitu sekali?

Edrian sedang mengerang kesakitan. Kepalanya cedera akibat dihentak dengan botol kaca oleh gadis bertudung yang ditangkapnya malam tadi. Dia sudah ke klinik persendiriannya untuk membalut luka itu namun nampaknya darah masih tak henti keluar.

Edrian bengang. Sepanjang hidupnya tiada sesiapa yang berani menyakitinya. Edrian nekad walau apa pun dia akan mencari gadis bertudung yang berani mencederakan nya itu.

Ain yang masih bersembunyi di sebalik dinding pula semakin gelisah. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan. Ikutkan hati mahu saja dia lari masuk ke bilik. Namun, kecederaan Edrian kelihatan teruk dan lelaki itu sedang mengerang kesakitan. Entah kenapa Ain tidak sampai hati mahu melihat saja.

Eh, Ain. Apa kau fikir ni? Kau sedar tak apa lelaki tu dah buat kau? Dia tu jahat tau tak!

Ain menepuk pipinya. Betul jugak. Apa yang Edrian lakukan padanya tidak akan dia lupakan. Lebih baik dia hiraukan saja Edrian tu. Ain berpaling untuk masuk ke bilik. Namun, baru beberapa langkah berjalan, dia berhenti. Kedua tangannya digenggam. Ain memejam mata erat. URGHH.

Dengan pantas Ain berpusing semula menuju ke dapur dan berdiri tepat di hadapan Edrian dengan wajah yang cuba berlagak berani.

Edrian pula terkejut dengan kehadiran Ain tiba2. Mereka kaku berpandangan antara satu sama lain. Beberapa saat kemudian cepat2 Ain menuju ke kabinet dapur lalu mengeluarkan first aid kit. Dia masih ingat Mak Jah memberitahunya lokasi peti pertolongan kecemasan itu.

Ain meletakkan peti itu di hadapan Edrian dengan sedikit hentakan.

"Fir...first aid kit...luka...kepala awak...tukar balutan..." beritahu ain. Ayatnya berterabur entah ke mana akibat gementar. Selepas mengucapkan kata2 itu Ain berpusing untuk pergi dari situ secepat mungkin.

"Hey, hey wait..!" arah Edrian. Ain berhenti lalu menoleh ke belakang memandang Edrian dengan wajah yang sedaya upaya cuba untuk beriak tenang.

Edrian kelu seketika. Dia keliru dengan situasi ini. Beberapa saat kemudian, dia hanya mampu menghamburkan tawa kecil.

"What do you think you're doing? Are you trying to help me?" soal Edrian walaupun sudah terang lagi bersuluh. Dia tersengih sinis, masih keliru dengan tindakan Ain.

"Isn't...isn't obvious...saya cuma tolong sebab awak cedera. Tu...tu je" balas Ain, cuba untuk bercakap dengan nada tenang namun masih kedengaran getaran di suaranya. Ain berlagak berani.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now